Pes Masakan Serbaguna Cepat Dimasak Keluaran Aya Real Food | Assalamualaikum. Sejak ada baby ni, jadual aktiviti harian Liez dirumah memang bertambah. Mana tidaknya, mengisahkan baby dan anak-anak, mengemas rumah, membasuh baju dan macam-macam lagi. Belum lagi, masa baby Najla buat perangai tak nak tidur dan merengek saje memang berterabur waktu bekerja tu. Kadang-kadang nak masak pun tak sempat dan kadang-kadang rasa malas tu memang ada. Bila nak lewat, rasa stress sangat sebab nak kena buat kupas bawang itu ini la. Fuhh!! mencabar betul. Tapi Liez dah jumpa produk yang memudahkan kerja memasak, Liez dapatkan pes masakan serbaguna sedia dimasak dari Aya Real Food.

Pes Masakan Serbaguna Sedia Dimasak Keluaran Aya Real Food

Aya Real Food telah menghasilkan pelbagai jenis pes dan sos masakan serbaguna seperti Seafood Cook Out, Kalio, Gillies Rendang dan Shiroi Ponzu yang boleh dimasak dengan pelbagai jenis bahan segar menggunakan ayam, daging, makanan laut dan sayuran. Terdapat juga snek sedia untuk dimakan seperti Karashi bilis, Karashi bilis with garlic dan Karashi bilis with kombu. Korang tak perlu risau kalau tidak tidak tahu nak masak apa kerana resepi telah  disediakan di setiap kotak yang pes serbaguna tu.
Pes Masakan Serbaguna Sedia Dimasak Keluaran Aya Real Food

Aya Real Food juga mementingkan kualiti dalam setiap pes dan sosnya kerana ia dihasilkan menggunaan bahan-bahan berkualiti dan sihat sesuai untuk semua peringkat usia. Istimewanya semua pes dan sos ini sangat sesuai untuk yang sedang menjaga badan atau diet kerana bahan-bahan yang digunakan adalah Gluten-Free dan ada yang sesuai untuk pengamal VegetarianKesemua produk Aya Real Food juga dihasilkan Tanpa MSG, Tanpa Bahan Pengawet dan Tanpa pewarna tambahan.

Pes Masakan Serbaguna Sedia Dimasak Keluaran Aya Real Food

Liez telah mencuba pes serbaguna Shiroi Ponzu dan juga snack sedia untuk dimakan Karshi Bilis with Garlic. Liez masak Shiroi Ponzu dengan udang dan juga tambahan sayuran seperti lobak merah dan tomato.

Pes Masakan Serbaguna Sedia Dimasak Keluaran Aya Real Food

Shiroi Ponzu Udang

1. Tumis sedikit bawang besar dengan minyak. Kemudian masukkan lobak merah dan masak hingga lobak merah lembut.

2. Masukkan udang dan biarkan udang masak seketika.

3. Tuangkan pes serbaguna Shiroi Ponzu dan tambah sedikit air.

4. Bila kuah sedikit pekat boleh masukkan tomato. Gaul kan seketika dan sedia untuk dihidangkan.

Untuk melengkapkan hidangan, Liez juga menikmati Karashi Bilis with garlic bersama-sama nasi panas. Fuh!! Makan bertambah ye dan yang seronoknya anak-anak Liez pun suka Karashi bilis ni. Katanya tak pedas dan ada rasa manis. Hidangan yang mudah, hanya buka bungkusan dan tuangkan ke dalam mangkuk.

Pes Masakan Serbaguna Sedia Dimasak Keluaran Aya Real Food

Produk terbaru, Sirlion Steak with potatoes yang telah diperap untuk terus di gril atau dibakar. Yang ini memang menjadi rebutan anak-anak Liez kerna daging yang lembut, perapan yang secukup rasa dan sedap. Untuk menyediakan pun senang, hanya defrost terlebih dahulu dan seterusnya gril atau bakar mengikut selera korang.

Pes Masakan Serbaguna Sedia Dimasak Keluaran Aya Real Food

Kalau korang tiada idea nak beri hadiah kepada keluarga atau sahabat, Liez cadangkan korang dapatkan Aya Real Food Care Pack box di www.ayarealfood.com. Di dalam pack box itu, korang boleh pilih 2 produk mini pes serbaguna atau Karashi bilis dan juga disertakan 1 reusable Face mask, 1 all purpose Sanitizer 100ml dan 3 sample produk p:rem dengan harga RM45.00 (Harga Asal RM56.70). Tapi jangan lupa gunakan Kod istimewa AYACARES tau.

Pes Masakan Serbaguna Sedia Dimasak Keluaran Aya Real Food

Produk Aya Real Food juga diboleh didapati di platform membeli belah online seperti LazadaShopee, Grabmart dan Happy Fresh. Untuk mengetahui lebih lagi tentang produk Aya Real Food boleh ke social media mereka seperti dibawah:

Website: https://www.ayarealfood.com

Facebook: https://www.facebook.com/ayarealfood

Instagram: https://www.instagram.com/ayarealfood