Resepi Pulut Serunding Kelapa Air tangan Emak

Resepi Pulut Serunding Kelapa Airtangan Emak | Assalamualaikum. Dua minggu yang lepas, mak Liez sempat buat pulut serunding. Itu pun sebab kami berdua ternampak post pasal pulut serunding di FB. Terus cari bahan dan kisahnya terjadilah pulut serunding sedap kebabom tu. Memang dah lama tak makan pulut serunding tambahan pula memang susah nak dapat pulut serunding dekat KL ni. Memang sedap dan puas hati kalau dapat buat sendiri kan?

Resepi Pulut Serunding Kelapa Air tangan Emak

RESEPI PULUT SERUNDING KELAPA

Bahan-Bahan:

Untuk Pulut
Beras pulut (ditanak)

Untuk Serunding Kelapa
1 biji Kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja)
10 ulas Bawang merah*
8 ulas Bawang putih
*
6 batang serai*
1 inci Halia*
3 sudu besar cili giling
*
1/2 cawan Udang kering (direndam)*
3 keping Asam keping (rendam dalam air)
Garam dan Gula secukup rasa

Cara penyediaan serunding kelapa

1. Masak pulut seperti biasa.
2. Untuk serunding. Tumiskan cili dahulu bagi garing kemudian masukkan bahan yang dikisar. Bila agak kering masukkan air asam keping.
3. Biarkan air kering dan masukkan kelapa parut. Gaul hingga agak kering dan kemudian masukkan asam keping. Gaul dalam 5 minit dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Bila sambal dah sejuk, bolehlah digaulkan dengan pulut tadi.

Selamat Mencuba!!!

Nak lebih banyak resepi, boleh ke

Post a Comment

5 Comments

  1. Sedap betul makan pulut tanak dengan serunding kelapa. Lagilah yang bentuk-bulat ni. Maunya 3-4 ketul masuk perut!

    ReplyDelete
  2. sejak dah tau buat, selalu juga buat pulut serunding ini. Cantik view back ground tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liez ni suka tp sbb klau buat sendiri xde yg mkn so bila mak adabolehmkn beramai²..

      Delete
  3. mujur I sempat merasa..lepas la kerinduan kat pulut serunding kelapa ni...sila buat lagi ehhee

    ReplyDelete