Masuk Kindergarten Di usia 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan | Assalamualaikum korang. Tak terlewat kot untuk Liez ucapkan selamat tahun baru 2021. Tiada azam baru seperti tahun-tahun sebelumnya cuma Liez berdoa semoga Covid19 beransur pergi. Hmmmm, tak boleh nak harapkan yang lain cuma nak jalani hidup seperti biasa. Bila sebut pasal tahun baru, tak sah kalau kita tak tengok momen anak-anak yang baru pertama kali ke sekolah. Tahun ini, kami hantar Niyaz ke kindergarten 5 tahun seperti kami hantar Qaseh dulu.

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan 

Memang kami rancanag untuk masukkan anak-anak ke sekolah seawal 5 tahun untuk mendedahkan mereka dengan kawan-kawan, pendidikan awal dan guru-guru. Alhamdulillah, kerajaan benarkan taska dan tadika dibuka. Dan rezeki kami kindergarten tu terletak di paras G bangunan kondo kami sahaja. Kerisauan nak hantar Niyaz tu tetap ada tapi since bilangan pelajar dan kanak-kanak tidak ramai. SOP pun ketat ye.

Ok, berbalik pada Niyaz pula. Kami kerap bagitahu Niyaz yang dia kan bersekolah dan dia akan cakap taknak! Dia tak nak pergi sekolah guy, fuhh!! Liez ni pujuk la cakap sekolah best dan ramai kawan-kawan, boleh main toys segala. Turut pujuk sekali ialah encik suami dan Qaseh. Sehinggalah bulan lepas, Liez bawa dia ke sekolah untuk berjumpa dengan cikgu Ayu. Sebenarnya nak ambil borang, nak tahu SOP dan yuran pendaftaran. Sambil Liez berbincang, Niyaz sempat la bermain dengan permainan di situ. Terus dia naik syok dan bagitahu dia nak sekolah.Haaaa... acah dengan toys je terus hilang taknak tu hihihi..

2 hari sebelum sekolah bermula, cikgu dah suruh datang ambik uniform dan juga baju sukan. Bila dapat je baju, Niyaz excited habis. Suruh try pakai baju dan last sekali taknak dibuka pula. Katanya nak pakai sampai malam dan tak sabar nak ke sekolah.

Sepatutnya, dah boleh hantar Niyaz pada 11 Januari tetapi disebabkan PM akan menyampaikan perutusan khas mengenai isu Covid-19 jadinya kemasukan ditunda ke 12 Januari 2021.

12 Januari 2021 (Selasa)

Hari yang dinanti telah tiba. Awal pagi Niyaz dah dikejutkan dan dimandikan. Seronok dan ceria riak wajahnya. Liez, encik suami dan Qaseh sama excited nak hantar Niyaz ke sekolah. Bag sekolah dan botol air pun dah disiapkan. Jam 8 pagi turunlah kami ke kindergarten untuk menghantar Niyaz.

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan 

Sepanjang perjalanan nak turun tu, dia happy je. Liez pula asyik suruh dia berhenti untuk bergambar. Mama dia pun excited jugak ye. Sampai depan pintu kindergarten, masih lagi boleh bergambar. Bila cikgu panggil nama dan minta untuk check suhu, Niyaz dah mula merengek suruh Liez masuk sekali. Liez pujuk dia, dan tenangkan dia dari luar. Dia masih lagi panggil Liez, berdiri depan pintu. Liez pun tunggu dalam 15 minit dan bila nampak dia dah tenang, duduk di kerusi Liez pun bagitahu dia yang Liez nak balik dulu. Dia pun cakap ok walaupun muka tu sedih je.

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan 

Liez pun berlalu pergi tetapi ke cafe di clubhouse untuk sarapan pagi. Sambil tunggu roti canai sampai, Qaseh sempat usha ke arah kindergarten tu. Terus Qaseh berlari dan bagitahu, Niyaz tengah menangis depan pintu sekolah. Liez pun pergi la intai-intai nak sahkan kejadian tu, NAH!!! dia boleh berguling-guling panggil mama depan tu. Ya ampun lah anak oiiiiiii.

Lama juga tengok dia meraung depan pintu tu, adalah dalam 10 minit. Hati Liez dah sayu dan kesian dekat Niyaz. Duk intai la tengok dia menangis tu sampaikan guard pun tegur. Boleh pula Liez lupa nak record moment dia berguling depan pintu tu, aduhaiiii! Boleh buat kenangan. Tapi selepas 15 minit, suara dia dah tak kedengaran. Dalam hati berdoa sangat yang dia ok. 

Yang Qaseh, terus sedih sebab adik dia meraung menangis. Sampai minta babanya pergi tengok adaik dekat sekolah. Aduhai kakak. Hati tisu pulak. Kalau bergaduh memang tak ingat pun.

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan 

Bila balik dari sekolah, Liez peluk dia dan bertanya khabar. Saja risik-risik kalau dia nak cakap pasal dia menangis tu.

Liez: Ok ke dekat sekolah tu?
Niyaz: Abang ok.
Liez: Mama dengar ada budak menangis?
Niyaz: Ada budak kecik tu menangis panggil ayah dia. (Buat gaya baby menangis)
Liez: Mesti dia sedih tu. Takpe lah nanti dia ok la tu.
Niyaz: Tapi dia nangis panggil ayah dia.
Liez: Mama dengar, ada budak yang menangis panggil Mama?
Niyaz: Abang (sambil angkat tangan dan senyum malu)

Terus kami gelak terbahak-bahak. Amboi... konon cerita kawan tu menangis macam baby tapi dia tu meraung tak ingat dunia. Cehhhhhh.... konon nak tutup kes dia meraung depan pintu pagar la tu. Aduhai Niyaz.

Hari Kedua

Tapi dari rumah lagi dia dah merengek tak nak pergi sekolah. Katanya sekolah macam penjara (gril pintu tu) hahahaha. Tapi Liez pujuk dan umpan dia dengan bagi bekal roti coklat Gardenia. Sampai sekolah ok tapi bila kami hilang dari pandangan mata, terus meraung. Liez tak tunggu dah dan minta cikgu update. Cikgu kata kejap je dia menangis. Alhamdulillah.

Hari Ketiga

Masih cakap taknak ke sekolah. Tapi excited pakai baju sekolah, minta bawa bekal. Liez sediakan nugget, masak guna Air Fryer je. Cumanya, hari ketiga dia dah tak menangis dah. Balik rumah pun happy siap tunjuk hasil aktiviti di sekolah. Fuhhh.. lega mama. Kalau tidak, memang tak tenang Liez dekat rumah. 

Masuk Kindergarten 5 Tahun, Niyaz Buat Hal Di Hari Pertama Persekolahan

Itulah kisahnya Niyaz boleh buat hal di hari pertama persekolahan. Niyaz memang terlebih manja berbanding dengan Qaseh. Qaseh memang relax je sejak dari kindergarten dan ke sekolah rendah. Dia pandai bawa diri dan berdikari. 

Pengalaman kan bila masuk sekolah ni. Semua orang ada pengalaman tersendiri tapi pengalaman Liez boleh tahan juga. Mak Liez kata, Liez pergi sendiri sebab masa tu tadika dekat bawah kuarter je. Mak Liez bagi Liez turun lif dan mak usha dari tingkat 7. Relax je Liez hahahha..


Post a Comment

4 Comments

  1. hahahah comel la niyaz! Pandai ea cakap pasal orang lain padahal dia pun terguling2 nak mama dia

    ReplyDelete
  2. haha..apsal tak rekod. boleh buat kenangan tu. boleh tunjuk kat Niyaz dah besar nanti. aunty yang baca ni pun tergelak. boleh bayang dia menangis berguling dpn pagar. haha

    ReplyDelete
  3. Aduhaiii cakap orang ye. dia pun sama..macam macam karenah anak baru masuk sekolah :)

    ReplyDelete