5 Sebab Untuk Pilih Percutian Ke Port Dickson | Bila sebut pergi bercuti, memang itulah yang menjadi perkara pertama yang bermain di fikiran Liez sejak kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dari March tahun lalu. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, tiba- tiba encik suami ada menyuarakan pendapat untuk bawa Liez dan anak-anak bercuti. Gembira sangat kerana sudah agak lama kami tidak melancong dan spent masa bersama-sama keluarga.
source image blog.traveloka.com/en/ |
Sebelum ini, kami hanya berbincang untuk staycation di sekitar Kuala Lumpur sahaja tetapi selepas mendengar rungutan anak-anak hendak ke tempat yang boleh mandi manda, kami memilih untuk bercuti ke Port Dickson. Memang seronoklah anak-anak bila dapat tahu baba mereka setuju untuk bawa mereka ke Port Dickson. Masing-masing dah tahu apa yang hendak dibawa, apa yang hendak dibuat dan mana lokasi yang hendak dituju. Mesti korang nak tahu kenapa kami memilih Port Dickson sebagai tempat percutian kami kan? Kalau nak cerita memang panjang berjela tapi Liez nak share juga. Ada 5 sebab untuk pilih percutian di Port Dickson antaranya:-
1. Jarak perjalanan yang singkat
Bila anak kecil, memang Liez akan pilih tempat yang berhampiran kerana tidak mahu anak- anak meragam duduk lama di dalam kereta. Biasalah bila dah bosan, mula la buat perangai, bergaduh la. So, jarak Kuala Lumpur ke Port Dickson mengambil masa antara 1 jam hingga 1 jam perjalanan sahaja. Dan ianya lokasi percutian popular yang berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur.2. Mempunyai pantai yang popular dan cantik
Banyak pantai untyuk riadah sepanjang pantai dan Pantai Teluk Kemang antara yang menjadi tarikan rakyat Malaysia. Selain pantai yang cantik, ia adalah lokasi yang sangat sesuai untuk bawa anak-anak mandi manda, berkelah sambil layan hidangan BBQ.3. Tempat penginapan yang cantik
source image blog.traveloka.com/en/ |
Kali ini kami memilih Lexis Hibiscus Port Dickson sebagai tempat penginapan kami. Dah lama sebenarnya kami nak stay di sini. Antara resort yang menjadi pilihan utama pengunjung dan yang penting mendapat review baik yang tinggi. Anak-anak lagi suka sebabnya dapat mandi pool sepanjang hari. Lagipun, ia resort yang kids- friendly kerana mempunyai banyak fasiliti sesuai untuk kanak-kanak. Mama pula boleh berendam sambil menikmati pemandangan laut yang terbentang di depan mata.
4. Tempat - tempat lawatan yang menarik.
5. Tempat makan makanan laut
Kalau dah berhampiran dengan pantai, memang pengunjung akan mencari restoran atau kedai yang menghidangkan menu masakan berasaskan makanan laut. Kami tak risau sebab kami dah survey beberapa port makan antaranya di Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran PD, Restoran Mimi Seafood, PD Waterfront Food dan banyak lagi.Dah banyak kali sebenarnya kami ke Port Dickson tetapi masih lagi tidak jemu dan memilih Port Dickson sebagai tempat percutian. Kami tidak sabar hendak bercuti Bersama-sama kerana ada banyak tempat menarik yang masih belum kami pergi dan terokai.
11 Comments
welcome to PD. hehe. sye yg ddk PD pun bercuti dekat PD.
ReplyDeletePort Dickson is a good weekend getaway places. I agree with everything that you said in this post. Port Dickson has beautiful hotels, interesting hotspots to visit, and a good state to eat seafoods.
ReplyDeletekalau nak short staycation memamg port Dickson in the list. rinduuuu bau ombak
ReplyDeletePort Dickson is always a great getaway location for me. Some beaches are serene dan sangat menenangkan
ReplyDeleteuntung ada tempat yang menarik.. saya tak pernah sampai PD..
ReplyDeleteTempat makanan laut tu.mmg tarikan. Pegi PD selalu sebab nk makan seafood
ReplyDeleteRindu PD kak. Sebab situ tempat best untuk beriadah. Org KL pi sana je idea bercuti paling jauh. Hahahaa. Senang semua dah tau apa ada kat sana. Makanan , hotel, aktiviti dan semuanya relax. Tak serabut.
ReplyDeleteRindunya nak bercuti... arghghhh terus teringat pi Avani tu, nanti dah bol;eh merentas memang nak pi bercuti ke PD laa..
ReplyDeletetak pernah lagi pergi lexis ni tapi ramai yang cakap best bercuti dekat sini. Guna apps Traveloka mesti senang nak book kan?
ReplyDeletejika diizinkan Allah, mahu juga ke PD. In Shaa Allah.
ReplyDeleteBestkan staycation kat PD ni.. Now lagi banyak tempat staycation yang cantik2 kat PD.. Oh yes, makanan kat situ pun sedap jer... Rindu nak g PD..
ReplyDelete