Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah Untuk Rawatan Demam Kuning Baby Najla

Sewa Fototerapi Di Rumah Untuk Rawatan Kuning Baby Najla | Bersambung cerita tentang kelahiran Najla. Yang belum baca sebelumnya, kena baca pengalaman bersalin di musim Covid19. Mesti ramai akan melaluinya atau bakal melaluinya. Kali ini Liez nak cerita tentang demam kuning atau jaundice Najla.

Seperti pengalaman Liez melahirkan Niyaz, Niyaz sempat bermalam di rumah untuk satu malam sebelum bermalam di NICU selama 3 hari 2 malam kerana tahap jaundice yang tinggi. Najla pula, selepas kami discharge dia juga sempat bermalam untuk satu malam. Keesokkan harinya, Liez bawa Najla untuk pemeriksaan di KK Selayang. Ujian darah dibuat dan kuning Najla masih tinggi dan berat badan menurun. Terus Liez diminta berjumpa doktor dan doktor memberitahu yang berat Najla turun lebih dari 10% dan harus dimasukkan ke hospital.

Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah Untuk Rawatan Demam Kuning Baby Najla

Dengan berat hati, kami bersiap dan terus ke NICU Hospital Selayang. Di sana, nurse membuat pemeriksaan sekali lagi dan Najla perlu bermalam di wad untuk pemerihatian doktor. Hati Liez memang sebak sebenarnya tetapi Liez pujuk hati dan berdoa semoga Najla cepat baik dari jaundice. Waktu tu memang Najla diberi susu formula yang disediakan hospital. Liez pula tak sempat nak pam susu untuk dibuat stock. Redha Najla diberikan susu formula, untuk kebaikan dia.

Keesokkan harinya, Najla dibenarkan balik dan doktor menasihatkan agar Najla kerap diberi susu badan. Tapi biasa lah baby, awal-awal memang kerjanya tidur je. Menyusu pun kejap-kejap sahaja itupun jenuh mengejutkan dia bangun. Doktor juga menasihatkan untuk topup Najla dengan susu formula kerana merasakan yang susu badan Liez tidak banyak. Liez redha dan minta encik suami untuk belikan susu formula untuk Najla. Nak yang terbaik, Liez google susu yang sesuai untuk membantu proses menunrunkan jaundice Najla.

Keesokkan harinya selepas balik dari KK, kuning Najla menerun sedikit sahaja dan nurse dan doktor mula bising. Ibu mana nak baby di cucuk setiap hari untuk ambik darah kan. Liez sedih dan pendam rasa je sampai ada ketika Liez jadi down. Tetiba menangis sebab badan tak dapat rehat sepenuhnya dan memikirkan baby lagi. Dan Liez teringat yang ada syarikat yang membuat servis sewa lampu Fototerapi di rumah, terus Liez menyuarakan rasa pada encik suami. Alhamdulillah, ada rezeki untuk Najla dapat Liez cari syarikat yang menyediakan servis penghantaran secepat yang mungkin. Godek di Instagran, Facebook dan di google dan akhirnya terjumpa syarikat Home Phototherapy Service Sdn Bhd.

Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah Untuk Rawatan Demam Kuning Baby Najla

Kalau tak silap Liez ambil pakej sewa lampu Fototerapi selama 3 hari 2 Malam yang berharga RM395. Setiba sahaja orang dari Home Phototherapy Service Sdn Bhd sampai, Liez tertarik dengan briefcase yang dibawa. Rupanya itulah lampu biru yang akan digunakan oleh Najla. Memang brilliant la!! Dia buka je briefcase tu dan siaplah lampu untuk kegunaan Najla.

Sewa Lampu Fototerapi Di Rumah Untuk Rawatan Demam Kuning Baby Najla

Risau sebenarnya bila fikir nak sewa lampu Fototerapi ni sebab takut ia tidak bertauliah. Tetapi Liez diterangkan cara penggunaan lampu biru ini selepas Liez diminta details tentang Najla. Korang boleh tanya soalan jika korang tak faham dan mereka sedia membantunya.

Sebenarnya walaupun Liez sewa lampu biru ni, tetapi rasa kesian dengan Najla sebab tahu dia tak selesa dengan kepanasan lampu biru tu. Kejap je letak dia dah bangun dan merengek. Memang kesian tetapi untuk turunkan demam kuning, Liez tabahkan hati untuk buat semua ini untuk Najla. Dah tak sanggup nak hadap nurse dan doktor dan yang sedih tengok anak menangis disebabkan ambik darah tu. Rezeki untuk Najla lagi sebab selepas 3 hari, Liez bagitahu syarikat untuk mengambil semula lampu biru tu tetapi disebabkan mereka sibuk, Najla dapat gunakan lagi 2 hari tanpa bayaran tambahan.

Akhirnya Najla bebas jaundice selepas 40 hari ye. Macam-macam cara dah buat sampai yang terakhir Liez cuba minum air sengkuang cina. Minum dalam masa 3 hari sebelum check up Najla dan syukur bacaan jaundice turun dari 160 ke 96. Allahuakbar!!! memang time tu perasaan gembira sangat sebab Najla dah tak perlu lalui prosuder ambik darah, dah tak perlu ulang alik ke klinik dan Liez boleh fokus pada proses berpantang.


Pada korang yang mencari servis yang ada membuat sewaan lampu fototerapi ini boleh cuba Home Phototherapy Services Sdn Bhd atau boleh dapatkan info di www.bluelite.com.

# Ini bukan review berbayar tetapi Liez sendiri gunakan khidmat syarikat ini dan berpuas hati dengan servis mereka.

Post a Comment

2 Comments

  1. Mudah juga sebab boleh awasi sendiri dan lebih selesa di rumah.

    ReplyDelete
  2. OOO.. ada perkhidmatan macam ni yea? baru tahun ni.. moga Najla terus sihat dan membesar dengan baik...

    ReplyDelete