Pengasas Eskayvie Dedah Rahsia Kejayaan di Himpunan 100 Usahawan Jutawan Program Titan Summit 2021 - 10x Bina Bisnes Berjaya

Pengasas Eskayvie Dedah Rahsia Kejayaan Di Himpunan 100 Usahawan Jutawan Program Titan Summit 2021 - 10x Bina Bisnes Berjaya Assalamualaikum korang. Bila sebut sahaja tentang perniagaan, sudah pasti ada liku-liku turun naik dalam semua jenis perniagaan. Tidak kira perniagaan jenis perniagaan, besar atau kecil akan menempuhi saat-saat diuji dengan pelbagai dugaan. Liez tertarik dan ingin tahu tentang kejayaan seorang usahawan wanita yang bergelar jutawan iaitu Kartika Wati Mohamed, pengasas Eskayvie Sdn Bhd.

Eskayvie adalah salah satu brand diantara 100 usahawan jutawan dibawah bimbingan dan didikan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan Richwork yang akan menyertai Program Titan Summit 2021 - 10x Bina Bisnes Berjaya. Program ini akan dibuka kepad orang ramai khususnya pengasas dan pemilik bisnes secara PERCUMA pada 24 - 26 September ini.


>>> SERTAI PROGRAM TITAN SUMMIT 2021 - 10X BINA BISNES BERJAYA SECARA PERCUMA <<<

Permulaan Bisnes Eskayvie Yang Cemerlang 

Bercerita tentang bermulanya penubuhan Eskayvie Sdn Bhd oleh Kartika Wati Mohamed dan suaminya Dr. Syid Ayob Mutafa Al-Qudri pada tahun 2009.  Walaupun Kartika Wati adalah seorang peguam dan memiliki beberapa firma guaman yang berjaya, ia tidak menjadi halangan untuk beliau mengejar minatnya untuk memulakan perniagaan produk kesihatan pada ketika itu.

Dan bermulalah Eskayvie mula dikenali ramai hingga dapat mencapai jualan mencecah RM 60,000,000 setahun dari tahun 2009 hingga 2013. Ia mula mendapat perhatian dari orang ramai yang tertarik dengan produk yang di keluarkan. Ketika itu, iklan produk Eskayvie sering dilihat di majalah-majalah terkenal, mendapat panggilan temubual di kaca televisyen dan menjadi antara produk kesihatan keluaran tempatan yang melopori pasaran ketika itu.

Walaupun hasil jualan mereka melonjak, mereka masih lagi menghadapi cabaran untuk menambah baik dan mewujudkan sebuah team untuk memajukan lagi perniagaan. Selain itu, Eskayvie masih lagi tercari-cari hala tuju dalam perniaagaan yang perlu mereka capai.

2014 Tahun Bermulanya Kejatuhan Bisnes Eskayvie

Seterusnya, jualan makin merosot dengan teruk kerana ketika itu wujudnya media sosial yang membolehkan ramai perniaga terutama peniaga muda yang rancak mempromosikan jualan mereka. Kartika Wati pula masih menggunakan cara pemasaran dan promosi yang sama.

Jualan produk Eskayvie menurun hampir 50% iaitu hanya RM 31,000,000 setahun pada tahun itu. Mereka masih lagi gagal untuk menaikan jualan kerana menganggap kemerosotan itu kerana kerajaan memperkenalkan cukai GST. Kartika Wati dan Dr. Syid Ayob Mustafa masih tidak dapat sebarang perancangan bagamaa untuk menguruskan bisnes dan masih tercari-cari bagaimana untuk menstrukturkan semula perniagaan mereka mengikut peredaran masa.

Seterusnya, Kartika Wati mengeluarkan produk terbaru iaitu Phytax adalah wajah terbaru produk Eskayvie Redianze. Namun begitu, jualan mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan tetapi makin menurun kepada 7 angka. Tiada tindakan berbeza selain terus mempromosikan perniagaan dengan cara yang lama. 

Tahun 2016, Kartika Wati hampir putus asa dan merancang untuk menutup Eskayvie tetapi kakitangannya menggesa beliau menyertai program IMKK 2016.  Kartika Wati pada mulanya keberatan untuk menyertai program yang dianjurkan Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana tidak yakin dan merasa mustahil beliau dan suami dapat menaikan semua bisnes mereka denganhanya mendengar ceramah. Dan lagi, seorang usahawan yang bermula sebagai pelopor dan mempunyai perniagaan yang gah, pernah menjual kapal terbang perlu belajar dari bawah. Perasaan malu dan tidak yakin mula mengganggu fokus mereka.

Tetapi, dengan dorongan dari Allah SWT Kartika Wati tidak mahu menutup Eskayvie dan nekad untuk menyertai program tersebut. Dengan dorongan dari Dr Syid Ayob Mustafa, Kartika Wati terus mendaftar program TITANIUM selepas dua hari menyertai program IMKK. 

Akhirnya pada disember 2016, beiau menstruktur semula Eskayvie dan jualan produk mereka mula menampakkan hasil dan meningkat mencapai 7 angka.

Permulaan tahun 2017, Eskayvie mula menumpukan pada 1 produk khusu untuk penghidap kencing manis dan Diabetes. bermula dengn menwujudkan Team Sales seramai 3 orang. Dengan susah payah dan usaha tanpa jemu dari Kartika Wati, Dr Syid Ayob Mustafa dan semua kakitangan, Eskayvie diiktiraf dan memenangi Brand Experience Award 2017, ICM Bangkok. Jangan tak tahu, selepas itu hasil jualan Eskayvie pada tahun 2017 dan 2018 melonjak hingga belasan juta setahun.

Eskayvie Mula Membina Empayar di Seluruh Malaysia

Selepas dua tahun berjaya menaikkan semula Eskayvie, Puan Kartika Wati memperkenalkan produk STEVAX pada bulan April 2019. Beliau juga telah menambah 1 pejabat lagi di Kota Bahru menjadikan 5 pejabat dan 1 warehouse Shah Alam. Team Sales juga bertambah kepada 250 orang untuk membantu melancarkan perniagaan dan mereka berjaya dengan hasil jualan mencapai RM 5,000,000 di bulan Januari 2019.

Selain itu, Eskayvie meraikan kejayaan 88 orang di antara mereka adalah stokis dan Intrapreneuer dengan membawa mereka bercuti ke London dan Paris. Dan Eskayvie berbangga kerana berjaya mencipta 330 Intrapreneuer Eskayvie ketika menyambut ulangtahun ke 10 pada Mei 2019.

Tetapi, langit tidak selalunya cerah dan Eskayvie sekali lagi diuji dengan notis peletakkan jawatan 50 orang internal sales team ke syarikat lain di penghujung tahun. Tetapi Puan Kartika Wati tidak berputus asa dan terus merancang untuk bisnesnya.

Tahun 2020 Bila Pandemik Covid-19 Melanda Malaysia

Sejak kerajaan mengumumkan PKP dan penutupan semua sektor ekonomi, Puan Kartika mencuba nasib dengan membangunkan sistem ala MLM pada Ogos 2020 dan menaikkan lebih kurang 130 billboard di seluruh Malaysia dengan bimbingan MenThor. Percaya atau tidak, ia berjaya mendapat respon dari orang ramai yang mengetahui Eskayvie daripada billboard tersebut. Seterusnya, hasil jualan tahun 2020 telah memecah rekod melebihi hasil jualan tahun sebelumnya.

Setelah melalui berbelas tahun dengan dugaan dan cabaran yang mungkin tidak dapat dilalui oleh orang lain, Puan Kartika Wati berjaya mengembangkan bisnes beliau walaupun kita masih lagi dalam pandemik. Puan Kartika Wati terus mengorak langkah dengan melantik Datuk Aznil Haji Nawawi sebagai Eskayvie Ambassador. 

Puan Kartika Wati berbangga kerana Eskayvie masih lagi mendapat sambutan dan telah melancarkan Eskayvie Nexus 100% secara digital pada Januari 2021. Ia membantu para stokis dan Interpreneuer Eskayvie meneruskan usaha mereka dan ada yang berjaya menjana jualan 5 angka sebulan.

Itulah perjalanan perniagaan Eskayvie yang pada pandangan umum sentiasa berjaya tetapi disebaliknya penuh dengan dugaan, jatuh bangun seorang wanita bernama Kartika Wati.

Perjuangan dalam memajukan bisnes sentiasa menjadi fokus utama Puan Kartika Wati dan suami. Dengan bantuan dan bimbingan dari MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman, mereka akan sentiasa menaiktaraf perniagaan mereka.

Program Titan Summit 2021 - 10x Bina Bisnes Berjaya - 100 Usahawan Jutawan, Satu Misi Bantu Nation

Sekali lagi RichWorks International Sdn Bhd akan mengadakan program Titan Summit 2021 yang menghimpunkan 100 Usahawan Jutawan dari pelbagai jenis perniagaan untuk berkongsi rahsia kejayaan, langkah yang betul dan strategik dalam perjiagaan meskipun dilanda Pandemik Covid-19.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, perhimpunan secara virtual tersebut dibawa bagi menunjukkan kepada orang ramai terutama usahawan bahawa mereka sebenarnya juga boleh berjaya.

Katanya lagi "100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.

"Kami tampilkan mereka ini yang dibimbing secara dekat Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk kongsikan apa perkara buatkan mereka berubah dan capai kejayaan hingga hari ini dalam program Titan Summit 2021," 

Usahawan jutawan di RichWorks juga merupakan 'market leaders' yang mempunyai pemikiran, keinginan dan hala tuju sama bagi membina bisnes ke tahap lebih tinggi lagi.

"Mereka ini merupakan sebahagian besar daripada 700 usahawan dibimbing RichWorks yang berjaya mencapai jualan terkumpul pada 2020 berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM900 juta tahun sebelumnya," jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

ICM diadakan selama 3 kali setahun bagi ahli Titanium mendapatkan panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa ini yang diperlukan sesebuah perniagaan terus berkembang serta kehadapan berbanding pesaing lain.

Bagaimana 100 usahawan jutawan ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika pandemik dan masih kekal sehingga kini? Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama Datuk Wira Dr. Azizan Osman pada 24 hingga 26 September nanti.

TENTANG RICHWORKS

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

>>> SERTAI PROGRAM TITAN SUMMIT 2021 - 10X BINA BISNES BERJAYA SECARA PERCUMA <<<

HUBUNGI KAMI : Richworks International Sdn Bhd, No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Website: www.richworks.com


Post a Comment

2 Comments

  1. Fuhh tgk jualan dia meremang dibuatnya. Nampak berkesan sungguh program richworks pada usahawan2 Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Kagum baca perjalanan jatuh bangun founder eskayvie. Sekarang ni eskayvie dah dikenali ramai. Semua penat lelah terbayar.

    ReplyDelete