Perjuangan RichWorks 2021, Prihatin dan Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik

Perjuangan RichWorks 2021, Prihatin dan Komited Bantu 605,000 Usahawan Bangkit Dari Pandemik | Tidak dinafikan tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah duka dengan cabaran pandemik yang belum berakhir dan ditambah pula negara kita dilanda musibah banjir terburuk pada akhir Disember lalu.

Bertambah perit bagi perniaga atau usahawan yang bergantung harap kepada pendapatan harian kerana kedai, perkakasan ditenggelami atau dihanyutkan air.


Dan disebabkan itu, Richwork faham akan halangan dan cabaran yang dilalui oleh usahawan-usahawan yang hilang mata pencarian dan juga yang gagal untuk mempertahanakan perniagaan mereka sepanjang beberapa tahun ini. Richwork ingin terus membantu, fokus untuk support rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka.

Dugaan Dr Azizan dan Keluarga Positif Covid-19

Pengalaman Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya yang dijangkiti COVID-19 tahun lalu banyak meninggalkan memori luka dalam hidupnya.

Ibu mertua Dr Azizan meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan ke wad ICU dan menggunakan mesin bantuan pernafasan.


Dengan kasih sayang Yang Maha Penyayang Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, ini adalah peluang kedua diberikan Allah SWT yang beliau akan gunakan sebaiknya untuk memberikan lebih banyak ilmu lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya di RichWorks.

Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan.

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.
RichWorks Bantu Usahawan Wanita

Usaha itu diteruskan dengan kerjasana dengan satu program kami iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Program ini berjaya menarik minat 19,473 peserta wanita dan ianya PERCUMA.

Kebajikan RichWell Bantu Masyarakat Sumbang Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).


Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu meskipun pihak RichWorks sendiri turut berdepan dengan musibah ujian banjir ini.
Bimbingan Dari Zero To Million RichWorks

RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang bantuan sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.


Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas) pada 2021.

RichWorks sangat manghargai dan bersyukur kerana sepanjang 2021 mereka berjaya membantu usahawan-usahawan yang terjejas dan bangkit dari kesukaran.

Dengan izin Allah SWT, RichWorks akan terus membantu mereka yang memerlukan bimbingan dan ilmu untuk meneruskan kehidupan dan terus berjaya seperti usahawan-usahawan yang lain.

Moga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Video Perjuangan RichWorks 2021 Yang Prihatin dan Komited

Masih Belum Kenal Sungguh Siapa itu RichWorks ?

Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Kesimpulan

Dunia perniagaan sesiapa saja boleh menceburkan diri ke dalamnya. Tapi, untuk gagal atau berjaya dalam sesebuah perniagaan itu adalah bergantung kepada pengusaha itu sendiri. Berniaga bukan hanya untuk mendapatkan keuntungan semata-mata tetapi memerlukan sebuah pengorbanan juga.

Pengorbanan masa, pengorbanan tenaga, pengorbanan modal dan sebagainya, ini adalah sebahagian daripada titik tolak awal dalam dunia usahawan. Pastikan juga mempunyai ‘circle’ positif hebat untuk terus mendapat suntikan semangat pada diri.

RichWorks sememangnya mempunyai kelebihan kerana berjaya menyelami dan memberi bantuan pada pihak usahawan yang terkesan akibat pandemik dan banjir itu. Semoga usaha murni ini diteruskan dan semoga RichWorks dapat membantu lebih ramai orang yang amat memerlukan ilmu dalam dunia perniagaan dan pemasaran ini.


Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga RichWorks sentiasa murah rezeki .. ^^

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    ReplyDelete