Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya | Assalamualaikum korang. Lama betul Liez dan keluarga tak pergi bercuti tau. Biasalah encik suami dai bukan kaki berjalan dan tambahan lagi sekarang ni bila nak pergi berjalan ke mesti takut. Masih ada rasa tak selamat nak keluarga bawa anak-anak sejak dunia dilanda Covid-19.

Tapi akhirnya selepas kerajaan dah umumkan Malaysia sudah di fasa endemik, Liez dan encik suami plan nak bawa anak-anak pergi bercuti. Nak ke satu tempat ni, dah lama teringin dan berangan nak ke sana tapi bila fikirkan harganya terus tak jadi nak bawa diaorang. Alhamdulillah raya ke 4 baru ini kami akhirnya ke sana juga. Itu pun secara spontan plan dengan encik suami, kira beberapa hari lagi nak raya baru sibuk usha online untuk check harga bilik. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak merasai pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya.

Sebelum bergerak ke Port Dickson, Liez dah usha dulu Waze untuk tengok keadaan lalulintas. Actually sebelum booking bilik pun dah mention dekat encik suami yang keadaan highway akan sesak sebab masih di bulan raya. Tapi kalau kita asyik cakap, tak nak lah kemana-mana sebab sesak, memang sampai ke sudahlah tak kemana-mana kan? Jadi kena redah jugak.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Kami bergerak ke Port Dickson pada jam 12 tengahari. Itu pun siap buat kiraan kerana waktu check-in masuk jam 3 petang, so harap dapat sampai sana just nice waktu daftar masuk. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tiada kesesakan langsung walaupun kereta banyak. Kami sampai di Port Dickson sekitar jam 2 petang. Sempat makan tengahari di Restoran Pantai Ria yang menghidangkan makanan berasaskan makanan laut. Nak cari kedai masakan melayu memang takkan jumpa sebab masih lagi cuti raya.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Selepas itu kami terus ke Lexis Hibiscus Port Dickson sebab anak-anak dah kecoh nak mandi pool. Anak-anak dah tak sabar sebab dah lama kan tak bercuti, lepak-lepak di hotel katanya. Setibanya di hotel, memang ramai sangat orang yang nak bercuti di sini. Lalulintas di dalam kawasan hotel pun dengan banyak kenderaan tetapi terkawal dengan bantuan staff Lexis Hibiscus yang dapat mengawalnya. Dan proses pengunjung yang hendak keluar dari kenderaan dan memunggah beg-beg jadi lancar kerana staf Lexis Hibiscus cekap membantu dan menguruskan.

Liez pula, encik suami turunkan kami di lobi untuk Liez uruskan tentang check-in dan encik suami ke tempat letak kereta. Liez dan anak-anak terus ke kaunter pendaftaran. Lega kerana disediakan kerusi yang banyak untuk pengunjung duduk sementara menunggu urusan check-in selesai. Ketika Liez sedang beratur, datang staf yang ingin membantu Liez. Maybe sebab Liez tengah dukung Najla, jadi mereka datang membantu memudahkan urusan.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Staf hotel minta MYkad dan borang deklarasi saringan covid-19 untuk dia urusan kemasukan kami ke bilik. Serius sangat membantu dan cepat sahaja urusan selesai. Setelah Liez selesai membuat pembayaran melalui kad debit, kami diberikan 1 beg merah yang dipenuhi dengan air kotak, biskut dan semburan sanitizer buah tangan buat pengunjung Lexis Hibiscus Port Dickson.

SKY POOL VILLA, LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON

Selepas perbincangan, Liez nak belanjan encik suami dan anak-anak bercuti mengikut buget yang Liez mampu la kan. Selepas buat pengiraan, Liez membuat tempahan Sky Pool Villa untuk satu malam. Kalau korang nak tahu, Sky Pool Villa terletak di bangunan yang sama dengan tempat daftar masuk. Ia bukan berada di lokasi villa terapung tau. Kira ni villa budget yang korang boleh stay. 

Bagi kami yang berlima beranak ni memag sesuai sangat. Bila kaki jejak masuk ke villa, Ya Allah besar dan selesa untuk kami. Even boleh lagi seorang dua join bersama. Anak-anak jejak masuk je terus nak serbu ke pool. Liez seperti biasa, snap gambar villa dulu buat kenang-kenangan.

Bilik luas dengan 2 katil king. Ada dua bilik air , satu untuk mandi ada bathtub dan satu tandas sahaja. Dressing table pun besar dengan dua sink dan wardrobe lengkap. Kira lengkap semua in room amenities termasuk iron dan iron board, fridge, kettle, flat TV dengan channel. Pendek kata memang lengkap semua.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Yang menarik sebenarnya, ada private pool dan bilik sauna. Yang ni Liez tak sempat nak merasa la ye sebab sibuk melayan anak-anak je lebih. Sebab tujuan nak happykan anak-anak. So biarlah diaorang bergembira sehabisnya. Najla pulak bila hari esoknya Liez bagi dia mandi bathtub je sebab risau dengan keterujaan abang dan kakak dalam pool tu. Baba dia pula seronok bersauna ye.

Bila selesai Liez snap gambar, anak-anak dah get ready nak terjun pool ye. Jadinya ecik suami dan anak-anak enjoy bermandi pool lebih kurang sejam lebih juga. Plan seterusnya nak lepak di pantai pula petang nanti dan terus makan malam sebelum balik ke villa semula.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Luang Masa Lepak Di Persisiran Pantai

Akhirnya dapat Liez bawa Najla pijak pasir ye. Kesian Najla since dia dilahirkan di zaman covid ni, tak merasa nak lepak-lepak main diluar, pijak pasir atau mandi pantai semua tu. Jadinya kita bagi dia enjoy main pasir dengan kakak dan abang. Awal tu dia geli-geli tapi lama-lama naik seronok pula. Dapatlah kami lepak di pantai hampir sejam sebelum gerak balik ke restoran untuk makan malam. Encik suami dan reserve nama untuk makan malam di situ tetapi kami decide nak makan dekat villa je sebab rasa penat sangat.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Kebetulan ternampak pelakon remaja Arif Johan yang popular di drama remaja SMK. Cerita favourite anak-anak dan mama dia juga. Serius kelakar sangat cerita SMK di Astro Ceria tu. Repeat tengok banyak kali tetap gelak dengan gelagat budak-budak tu.

Suasana Malam Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Kami order untuk room service dan akan siap dalam masa 1 jam, so kami sempat la berjalan-jalan di sekitar villa terapung yang viral. Memang cantik sangat kawasan Lexis Hibiscus diwaktu malam. Dengan pantulan lampu bewarna warni buat persekitaran jadi terang dan indah ditambah pula dengan bunyi pukulan ombak ke tepi pantai. waktu ni ramai yang mengayuh basikal pusing-pusing tepi villa atau naik buggy untuk ke villa masing-masing. Memang meriah sangat suasa malam di sana. Sempat la kami bergambar, berposing siap rakan video momen-momen bersama.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Balik villa je, bell villa berbunyi tanda makanan dan sampai. Encik suami order pizza, Chicken chop, Aglio Olio dan kek. Foods dia pun sedap. Serius berbaloi dengan harga. Puas hati !!




Di bilik kami habiskan baring sambil tengok TV. Anak-anak dah habis tenaga dan kepenatan seharian mandi pool, berjalan-jalan di pantai. Bila anak-anak dah tidur, Liez dan encik suami punya time nak berdua-duaan lepak di balkoni sambil menikmati pemandangan malam. cantik sangat bila tengok villa terapung bertukar warna mengikut warna lampu bangunan sky pool villa

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Pagi esoknya kami bangun awal untuk sarapan pagi. Slot masa untuk sarapan pagi akan ditentukan masa nak check in. Liez minta sarapan pagi jam 8 hingga 9 pagi. So lepas tu boleh lah anak-anak balik bilik dan terjun ke pool semula. Pagi tu hujan turun membasahi bumi dan pemandangan diketika itu sangat indah dan dingin. Layan tengok pemandangan tu.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Makanan di Lexis Hibiscus memang pelbagai, dan harga sarapan pagi di Lexis Hibiscus juga berbaloi. Liez tak sempat nak snap sebarang gambar makanan sebab taknak buat pergerakan orang yang nak mengambil makanan terganggu. Nak elak dari bersesak-sesak dan nak cepat balik ke bilik.

Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya

Alhamdulillah dah selamat tunaikan impian anak-anak nak bercuti ke Lexis Hibiscus Port Dickson. Pengalaman bercuti di Lexis Hibiscus juga sangat berharga untuk kami sekeluarga. Liez dan encik suami dah rancang untuk kembali ke Lexis Hibiscus maybe untuk bercuti beberapa hari di sini. 


Post a Comment

10 Comments

  1. Dahla cantik tempatnya mesti puas hati...

    ReplyDelete
  2. My family and I stayed at Lexis Hibiscus last year. It was an awesome experience for us. Wish to stay there again someday.

    ReplyDelete
  3. Nad pun teringin nak pergi sini. Masuk dalam wishlist. Kene kumpul duit juga ni nak pergi..huhu

    ReplyDelete
  4. Bestnya kak dah sampai Lexis, teringin jugak nak bawak family bercuti kat sini.

    ReplyDelete
  5. Wah. Rezeki dapat menginap kat sini kan. Rawlins pun suka enjoy sauna dan private pool kalau ke sini. Best kan.

    ReplyDelete
  6. Sky Pool Villa ni best kan walaupun bukan the water bungalow type! Bilik luas and personal swimming pool.. rindunya nak staycation kat sini lagi.. :)

    ReplyDelete
  7. lama x dtg sini.. seronok sebab pool dia... kena plan bw famili repeat bercuti di sini

    ReplyDelete
  8. Wah seronoknya dah bercuti ke sini! Saya dah lama teringin nak bercuti ke sini tapi tak berkesempatan lagi :)

    ReplyDelete
  9. Wow best kan, sekali sekala pergi staycation, i like to plan one too.

    ReplyDelete
  10. best yer holiday lexis hibiscus. dah lama juga teringin nak bawa anak-anak holiday ke sini. doakan kami murah rezeki boleh bawa anak-anak bercuti ke sini. InshaAllah...

    ReplyDelete