Akademi Renang SWIMRUSH Untuk Kanak-Kanak dan Wanita Muslimah Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Akademi Renang SWIMRUSH Untuk Kanak-Kanak dan Wanita Muslimah Di Kuala Lumpur Dan Selangor | Sebelum negara kita dilanda Covid-19, Liez mencari aktiviti untuk anak-anak join yang boleh dibuat untuk mengisi masa, dijadikan sebagai hobi atau aktiviti yang boleh menaikkan semangat diaorang. Kebetulan ada seorang jiran yang merupakan swimming instructor di kondo tempat Liez menetap, terus Liez masukkan kakak untuk kelas berenang. Even mak mertua Liez galakkan dan sponsor kelas berenang anak-anak. Tapi tak lama selepas itu, cikgu yang mengajar berpindah.

Bila kerajaan umumkan tiada lagi PKP, mak mertua Liez dah bertanya jika ada kelas berenang yang berhampiran. Kebetulan Liez ke klinik bersebelah dengan Komplek Renang Sri Siantan dan ternampak banner Akademi Renang SWIMRUSH Untuk Kanak-Kanak dan Wanita Muslimah di Kuala Lumpur Dan Selangor

Sedang elok sangat lokasi kelas renang derhampiran dengan tempat tinggal Liez dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Akademi SWIMRUSH ada perkhidmatan guru renang wanita yang berpengalaman dan bertauliah. Confident la sikit kan kalau nak belajar renang nanti hehehe

Selain itu, SWIMRUSH akan lebih fokus kepada keselamatan dalam air dan water confident untuk memastikan semua yang terlibat dalam keadaan selamat dan faham ketika kelas dijalankan.

Korang yang takut dengan air, yang tidak tahu bagaimana hendak berenang, tidak yakin untuk berada dalam air yang dalam atau pada sesiapa yang nak menajamkan lagi skill renang pun boleh sertai kelas oleh SWIMRUSH ni. Senang cerita, korang boleh bawa seisi keluarga untuk join kelas renang bersama-sama.

SILIBUS KELAS RENANG SWIMRUSH ACADEMY

Korang bukan sahaja akan belajar asas renang tetapi beberapa silibus seperti:

🔹 Basic Swimming (Bubble & Floating)
🔹 Freestyle
🔹 Backstroke
🔹 Breastroke
🔹 Butterfly
🔹 Water Confidence & Water Safety.


JADUAL KELAS DAN HARGA KELAS RENANG SWIMRUSH ACADEMY

RM250 untuk 4 sesi  + RM20 untuk pendaftaran (awal kemasukan). Korang juga akan dapat PERCUMA swimming cap dan 1 replacement class




LOKASI KELAS RENANG SWIMRUSH ACADEMY

Terdapat 3 lokasi untuk kelas renang oleh SWIMRUSH iaitu:-
1. Komplek Renang Sri Siantan, Batu Caves
2. Komplek Renang UiTM Shah Alam
3. Jalan Turi, Bangsar

          Kompleks Renang UiTM Shah Alam      Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves

BAGAIMANA NAK DAFTAR??
Hanya klik link www.wasap.my/60133654711/gladies




Post a Comment

1 Comments

  1. betul liez, elok bagi anak buat aktiviti macam ni untuk knowledge & skill diaorang..kawan ofis akak pun hantar anak-anak dia joint kelas swimming ni...

    ReplyDelete