Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON | Assalamualaikum korang. Minggu lepas Liez dan encik suami ke Aeon One Utama. Dah lama jugak tak ke sana, kalau tidak sebulan sekali wajib jalan-jalan cuci mata dengan anak-anak. Plan Liez ke sana kerana nak usha koleksi pakaian dalaman keluaran Aeon iaitu innerCasual atau iC. Rasanya Liez ada share tentang AEON lancar koleksi pakaian athleisure di entry sebelum ini.

Koleksi iC adalah koleksi pakaian teknologi tekstil dari Jepun yang telah menarik hati pelanggannya sejak ia diperkenalkan pada Julai yang lalu. Ia bukan sahaja murah tetapi berkualiti dan sesuai untuk dipakai secara kasual atau ketika bersukan.

Yang lebih menarik, koleksi iC dihasilkan 100% dari kapas organik yang ditanam di ladang tanpa menggunakan bahan racun perosak atau bahan kimia yang boleh merosakkan fabrik dan juga merbahaya kepada manusia.

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

Pakaian iC mempunyai 5 koleksi yang sesuai dipakai dan digayakan pada bila-bila masa seperti:

ACTIVE WEAR (aktif)
• Pakaian mudah bergerak, ringan dan berfungsi untuk gaya hidup aktif
• Fungsi: ringan, menyerap peluh, cepat kering, antibakteria, anti bau, boleh diregangkan

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

PEACE FIT (berfungsi, gaya hidup)
• Teknologi kain sejuk, mengurangkan kadar UV, menyerap peluh, cepat kering, antibakteria

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

KATHARINE HAMNETT (fesyen mampan)
• Fesyen oleh pereka dan aktivis British yang ikonik


Kredit: FB Inner Casual by AEON Malaysia

Kredit: FB Inner Casual by AEON Malaysia

MIRAIBEAUTY 
• koleksi pakaian dalam yang cantik dan bergaya

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

ORGANIC COTTON
• koleksi pakaian dari 100% kapas organik yang bebas bahan merbahaya.

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

Liez sudah mendapat 2 inner shirt dan juga 1 seluar untuk encik suami. Serius suka kerana walaupun material nipis tetapi berkualiti dan sesuai dijadikan pakaian dalaman. Liez pakai untuk kegunaan seharian di rumah, memang selesa dan tak panas.

Harga pula, korang mesti tak percaya tau. Harga serendah RM19 untuk pakaian yang selesa dan berkualiti. Tak dapat di tempat lain ye.

Baru-baru ini di Aeon One Utama, mereka melancarkan koleksi Katharine Hamnett yang merupakan pereka fesyen terkenal yang komited terhadap aktiviti melindungi alam sekitar. Dengan slogan 'Saving The Planet', beliau menghasilkan koleksi pakaian menggunakan kapas yang mesra alam sekitar selain ianya selesa, lembut pada kulit, menyerap kelembapan dan mudah kering. Antara produknya adalah pakaian harian, T-shirt dan seluar boxer.

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

iC AEON juga berkolaborasi dengan TRIBE BOXING STUDIO yang berlokasi di Tropicana Garden Mall dalam mempromosikan jenama iC dan juga memberi peluang kepada pembeli iC untuk mencuba sessi boxing dengan TRIBE BOXING STUDIO. 

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON 

Korang yang nak dapatkan koleksi iC boleh ke AEON Taman Maluri Shopping Centre, AEON Mid Valley, AEON Mall Bandar Utama, AEON Mall Wangsa Maju dan AEON Mall Tebrau City.

Tentang iC
iC ialah kedai konsep khusus pakaian AEON bagi pakaian dalam, pakaian aktif dan pakaian kasual. iC komited sepenuhnya membangunkan produk yang sesuai dengan gaya hidup harian pelanggan dengan keselesaan maksimum. Selain itu iC menawarkan produk mampu milik yang berkualiti tinggi, berfungsi, mampan dan sesuai untuk semua peringkat umur dan saiz badan. 5 jenama utama dalam koleksi iC ialah PEACE FIT, ACTIVE WEAR, KATTHARINE HAMNETT, MIRAI BEAUTY, COTTON ORGANIK memfokuskan untuk pakaian harian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Website: https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/innercasual
Facebook: Inner Casual By AEON Malaysia
Instagram: innercasual.my

Post a Comment

0 Comments