DewanEja11 Perisian Untuk Semakan Ejaan Dan Tatabahasa Dengan Tepat Dan Cepat

DewanEja11 Perisian Untuk Semakan Ejaan Dan Tatabahasa Dengan Tepat Dan Cepat | Kecoh baru-baru ini tentang penggunaan perkataan dan ejaan yang salah ditegur oleh seorang guru bahasa di laman sosial media. Masing-masing sibuk nak menyuarakan pendapat, ada yang setuju agar perkataan sebetulnya diguna pakai, ada yang tidak kisah kerana ia sekadar perkataan dalam lagu. Tapi sebenarnya penting untuk kita pastikan perlu tatabahasa atau ejaan digunakan dengan betul. 

Bagi Liez sebagai seorang penulis blog, sangat setuju untuk kita gunakan tatabahasa atau ejaan yang tepat dan betul untuk mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai. Kalau kita tulis ejaan yang salah, tak pasal-pasal kita sebarkan benda yang tidak betul. Kalau ada yang tegur tentang kesalahan dalam bahasa ibunda kita, malu kan? Liez diperkenalkan dengan perisian DewanEja11, perisian yang sesuai untuk mengesan kesalahan dalam penggunaan tatabahasa atau ejaan dalam Bahasa Melayu. 

Apakah Itu Perisian DewanEja11? 

DewanEja11 ialah perisian untuk membuat semakan dan rujukan dalam penulisan dalam bahasa Melayu. Perisian yang sangat diperlukan bagi sesiapa sahaja terutama sekali bagi penulis untuk menulis dengan lebih tepat dan cepat. Perisian yang mendapat sokongan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). 

DewanEja11 boleh membantu korang menulis bahasa Melayu dengan betul dalam MS Office daripada segi ejaan, dan juga tatabahasa. Ada lebih 60 kesilapan lazim tatabahasa dikenal pasti secara automatik apabila menulis dalam MS Word. Selain itu, korang boleh mempelajari perkataan baru serta-merta dengan hanya membawa kursor tetikus ke atas perkataan tersebut dalam mana-mana aplikasi Windows. 

Pengguna boleh menggunakan DewanEja11 pada pelayar Web seperti Chrome, Firefox dan Edge, kini boleh menggunakan penyemak ejaan dan tatabahasa di laman web kegemaran mereka. 

Tab DewanEja11 

Senang sahaja nak akses bar DewanEja11 di Word korang, pergi ke bahagian atas dokumen korang dan klik pada DewanEja11 seperti gambar di bawah. Mudah je!! Selain itu, DewanEja11 juga digunakan di PowerPoint dan Excel. 


Penyemak Tatabahasa Melayu 

Sama seperti penyemak ejaan, penyemak tatabahasa akan mengawasi penulisan korang dari keseluruhan ayat, bukan hanya perkataan. Jika ada ayat yang tidak tepat, penyemak tatabahasa akan mencadangkan kebarangkalian kesilapan. Memandangkan bahasa mempunyai konteks yang berbezabeza dan pelbagai, penyemak tatabahasa tidak mungkin dapat mengenal pasti 100% kesilapan dengan betul. Versi semasa memfokuskan kepada penulisan rasmi dengan menggariskan bahagian ayat yang mungkin mengandungi kesilapan tatabahasa dengan warna hijau atau biru dan mencadangkan punca kesilapan tersebut. Penulis sendiri kena buat pilihan sendiri untuk pastikan ayat yang diberi sesuai digunakan atau tidak. Memudahkan kerja korang dan yang pasti ayat akan lebih tersusun dan indah.

Penyemak Ejaan Bahasa Melayu 

Tidak perlu risau lagi jika tidak pasti dengan ejaan kita kerana DewanEja11 telah mendapat data terkini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanya klik-kanan pada perkataan yang digariskan dan cadangan pembetulan akan dipaparkan 

AutoComplete 

Fungsi AutoComplete membolehkan pengguna melengkapkan perkataan secara automatik untuk melengkapkan penulisan dengan pantas. Hanya klik kekunci tab, dan perkataan akan dimasukkan sertamerta. 


AutoPrediction 

Fungsi AutoPrediction pula mencadangkan perkataan bersesuaian dengan perkataan semasa secara automatik. Sesuai untuk penulisan formal seperti penulisan surat rasmi, laporan dan seumpama dengannya. Kedua-dua fungsi ini boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan menggunakan bebutang AutoComplete dan AutoPrediction pada bar alat DewanEja11 

Antara Muka Terjemahan 

Antara Muka Terjemahan berintegrasi dengan aplikasi MS Word. ia membantu menterjemahkan ayat dengan mudah. Hanya perlu highlightkan ayat yang hendak diterjemahkan, terus ia diterjemahkan dengan cepat. 

Koleksi Templat 

Ini yang menjadi kesukaan Liez sebabnya Liez memang lemah sikit bab nak buat surat rasmi, dokumen untuk pelbagai jenis borang. Dalam perisian DewanEja11, korang boleh dapat lebih dari 100 sampel dokumen untuk memudahkan kerja korang. Mungkin ada yang mencari contoh laporan minit mesyuarat, contoh invois atau template kalendar. 

LiveDictionary 

Data dalam DewanEja11 sentiasa dikemas kini dengan perkataan dan terminologi terbaru untuk penggunanya. Data baru dikumpulkan, disemak, disahkan dan kemudian dimuat naik secara tetap. Penyemak ejaan DewanEja11 boleh mengakses data ini melalui LiveDictionary. LiveDictionary akan dimuat turun data terkini secara automatik. 

Kamus Elektronik DewanEja11 berintegrasi dengan pelbagai kamus dan perkhidmatan web. 

DewanEja11 bukan sahaja bantu korang dalam mencari perkataan sahaja tetapi ada pelbagai kamus untuk digunakan. Kamus Elektronik DewanEja11 menggunakan teknologi “OnScreenCapture” yang mudah digunakan dengan hanya cari mana-mana perkataan dalam perisian Windows dengan tetikus, maksud perkataan serta rujukan berkaitan akan dipaparkan dengan segera. 

1. Pelbagai Kamus yang Berintegriti: 
▪ Kamus Dewan Edisi Keempat dari DBP (lebih daripada 49,000 entri). 
▪ Kamus Inggeris Melayu Dewan dari DBP (lebih daripada 47,000 entri). 
▪ Daftar Istilah yang mengandungi terminologi terjemahan (lebih daripada 20 buah kamus istilah DBP dengan lebih daripada 267,000 entri). 
▪ Kamus Melayu Cina (lebih daripada 150,000 entri). 
▪ Kamus Peribahasa Simpulan Bahasa dari PTS (lebih daripada 28,000 entri). (Jumlah entri termasuk kata dasar dan kata terbitan) 

2. Format Kamus yang Berstruktur: 
▪ Makna dibentangkan dalam senarai bernombor 
▪ Unsur yang berbeza dikodkan warna 
▪ Frasa dikumpulkan dalam kotak boleh kembang dan lipat 
▪ Contoh ayat dipaparkan dalam seksyen berasingan dan senarai bernombor 
▪ Lebih mesra pengguna dan mudah difahami 

3. Rujukan Jawi: Ejaan Jawi dipaparkan bersama perkataan bahasa Melayu. 

4. Ringkasan Hasil Carian: Antara muka yang memaparkan semua ringkasan carian bagi semua bahan rujukan dengan serta-merta dan menjadikannya lebih cekap untuk mencari perkataan dan frasa. 

5. Integrasi Web: Berintegrasi dengan laman web terpilih untuk carian yang lebih meluas dalam tab berintegrasinya. 

6. CheckAnywhere: Menggunakan teknologi “OnScreenCapture”, tangkap mana-mana perkataan dalam mana-mana platform, dan kamus elektronik akan memaparkan hasil carian dengan serta-merta. Tidak perlu lagi klik, taip atau salin dan tampal. 

7. Sebutan bahasa Inggeris dan bahasa Cina: Berintegrasi dengan “Microsoft Speech” untuk menyebutkan perkataan bahasa Inggeris dan bahasa Cina. 

8. Perkataan Hari Ini: Perkataan yang jarang digunakan dipaparkan setiap hari untuk meningkatkan perbendaharaan kata. 

Liez masih baru menggunakan DewanEja11 tetapi rasa seronok kerana ia sangat membantu dalam melancarkan dan memudahkan Liez menulis dalam blog. Dengan menaip sahaja, akan muncul perkataan yang boleh Liez guna pakai dalam ayat. Senang dan cepat. 

Perisian DewanEja11 ini wajib korang ada kerana ia sesuai untuk semua tidak kira yang bekerja atau pelajar. Lagi mudah kerana korang tidak perlu lagi usung buku kamus yang tebal untuk dapatkan ayat atau maksud yang dikehendaki. Boleh sahaja nak guna bila-bila masa sahaja. 

Dapatkan perisian DewanEja11 sekarang di https://bit.ly/dewaneja_liez
Layari laman web www.tntsb.com  Facebook: TNTSB


Post a Comment

1 Comments