Maajun Nenda Resepi Asli Bidan Istana Untuk Kecantikan, Kesihatan Dalaman Dan Luaran Wanita

Maajun Nenda Resepi Asli Bidan Istana Untuk Kecantikan, Kesihatan Dalaman Dan Luaran Wanita | Wanita sekarang perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kerana kita dah terlalu banyak terdedah dengan penggunaan bahan yang mengandungi chemical tanpa kita sedar. Tidak kira daripada segi bahan kecantikan atau dari cara pemakanan kita. Sekarang makin mudah untuk mencari produk kecantikan yang mengandungi 100% bebas bahan chemical di pasaran.

Kalau dari segi pemakanan, suplemen adalah makanan tambah yang banyak di amalkan di kalangan kita. Tetapi tidak ramai yang tahu tentang maajun tradisional yang 100% dari bahan alami.

Liez belum pernah cuba maajun tapi Liez biasa amalkan jamu masa pantang bersalin ketiga-tiga anak Liez. liez lebih suka amalkan jamu tradisional dari jamu moden. Mungkin Liez ni orang yang tak kisah sangat dengan rasa pahit tu. Liez rasa teruja nak cuba Maajun Nenda yang tengah viral tu. Berita gembira bagi yang nak turunkan berat badan. Maajun Nenda boleh bantu mempercepatkan proses penurunan berat badan. Setiap pembelian Maajun Nenda akan diberikan booklet cara makan dan jadual proses penurunan berat badan. Mesti korang suka.

MAAJUN NENDA 100% HOMEMADE
Maajun Nenda adalah maajun 100% buatan tangan dan dibuat di rumah tanpa bantuan sebarang mesin. Maajun Nenda juga mengekalkan resepi asli bidan istana dari tahun 1928.
Maajun Nenda dihasilkan dari 44 jenis herba, rempah ratus, akar dan daun kayu terpilih antaranya:
  • Manjakani
  • Arabic Gum
  • Halia Bara
  • Jintan Manis
  • Jintan Putih
  • Kunyit Kering
  • Akar Serapat
  • Akar Sekecut
  • Jemuju
  • Cabai Pulas
  • Akar inai
  • Daun pecah periuk
  • Akar gajah beranak
  • Bawang putih
  • Daun senna maki
  • Minyak zaitun
  • Madu

Sebelum ni Liez ada nampak video di instagram, seoarang nenek yang masih kuat dalam proses memasak maajun di dalam periuk tembaga. Rupanya beliau adalah pengasas Maajun Nenda dan berusia 92 tahun. Masih kuat dan bertenaga ye. Korang boleh tengok sendiri.

Untuk pembelian boleh contact MyNenda atau beli di Shopee MyNenda

Ramai yang tahu kebaikan herba-herba, akar kayu dan daunan yang banyak digunakan dalam perubatan dan kecantikan. Tetapi ramai yang takut nak amalkan maajun atau jamu dizaman yang moden sekarang.


KEBAIKAN MENGAMALKAN MAAJUN NENDA
  • Membuang angin dalam badan dengan mudah
  • Mengecutkan Peranakan
  • Melawaskan perbuangan air besar tanpa sembelit
  • Mengenyangkan dan sesuai untuk yang sedang diet
  • Membentuk tubuh badan lebih ramping
  • Mengetatkan, menengang dan menganjalkan rahim
  • Menenagkan payudara
  • Badan jadi cergas dan ringan
  • Melancarkan perjalanan Haid
  • Mengeluarkan angin kotor dalam badan
  • Mengatasi masalah sengugut
  • Rawat masalah keputihan
  • Mengekalkan awet muda, kulit cantik dan bibir kemerahan
  • Hilangkan lenguh badan
  • Memperbanyakkan pengeluaran susu badan
  • Mempercepatkan proses pengecutan peranakan selepas bersalin
  • Tingkatkan nafsu/ghairah

CARA PENGAMBILAN MAAJUN NENDA
* Pastikan tangan kering untuk mengelakkan maajun berkulat kerana Maajun Nenda tiada bahan pengawet.
* Boleh di simpan di dalam peti sejuk jika tidak mahu diambil dalam jangka masa panjang.

Dimakan 30 minum sebelum sarapan pagi. Gentel maajun sebesar biji jagung dan kunyah. Boleh diambil sekali sehari atau 2 kali sehari.  Umtuk 2 kali sehari, makan 1 sebelum sarapan dan 1 sebelum makan malam.

Dalam satu botol Maajun Nenda ada 3 biji boba besar yang boleh dibahagiakan kepada 24 biji untuk 24 hari.


SIAPA YANG BOLEH MENGAMALKAN MAAJUN NENDA
  1. Maajun Nenda boleh diamalkan dari usia remaja, belum berkahwin yang mengalami masalah haid yang tidak teratur, senggugut dan keputihan.
  2. Tidak sesuai untuk ibu mengandung
  3. Ibu yang dalam pantang boleh amalkan selepas anak bebas jaundis
> Tidak sesuai untuk ibu mengandung dan harus berhenti makan maajun bila datang haid.
> Pesakit darah tinggi boleh ambil maajun ini sebesar biji jagung dan tidak jangan berlebihan. Ia akan membuatkan pengguna pening disebabkan ramuan herba sendiri.
> Pesakit yang dalam dalam rawatan seperti mengambil ubat darah tinggi, ubat kolestrol dan sebagainya perlu jarakkkan masa selama 3 jam antara ubat hospital dan Maajun Nenda.

Setiap pembelian Maajun Nenda di MyNenda akan diberikan secara PERCUMA Booklet 48 hari Kunyah Maajun, bekas bertutup kuning dan hadiah istimewa.

PENGALAMAN LIEZ SENDIRI MENGAMALKAN MAAJUN NENDA
Sebenarnya Liez suka makan jamu ni walaupun ramai tak suka sebab panas dan pahit. Tapi bagi Liez ia sangat bagus diamalkan sekali sekala selain mengamalkan suplemen moden.

Kali pertama cuba Maajun Nenda ni memang akan rasa rempahnya yang kuat tetapi makin lama kita amalkan, kita jadi biasa. Tapi jangan lupa ada rasa manis dari madu. Memang sedap korang kena cuba. Lepas mengamalkan selama seminggu, kesan paling ketara ialah masalah pembuangan air besar menjadi mudah. Kalau siapa tahu pasal masalah Liez dari kecil, hingga dapat buasir ketika mengandung, memang Liez bersyukur sangat. Tiada lagi kerisauan untuk membuang air besar. Badan pun jadi ringan dan mudah berpeluh walaupun melakukan kerja rumah sahaja. 

Yang nak dapatkan Maajun Nenda boleh dapatkan di Shopee MyNenda atau Whatsapp MyNenda

Selain Maajun Nenda, ada juga Maajun Ayahanda dibuat khas untuk kaum adam. Manfaat Maajun Ayahanda kepada lelaki yang ada masalah lemah nafsu syahwat, sakit-sakit badan dan membantu mengatasi masalah dengkur.

Korang boleh dapatkan banyak lagi info tentang Maajun Nneda di Instagram MyNenda


Post a Comment

1 Comments