Majlis Tayangan Gala dan Sidang Media Pelancaran Drama Bersiri "Sayap Bagimu" Sempena Ulangtahun AEON Ke- 38

Majlis Tayangan Gala dan Sidang Media Pelancaran Drama Bersiri Sayap Bagimu Sempena Ulangtahun AEON Ke- 38 |  Liez sangat teruja bila AEON CO. (M) BHD. (AEON) telah mengadakan Tayangan Gala dan Sidang Media pelancaran drama berjudul "Sayap Bagimu" di TGV AEON AU2, Kuala Lumpur. AEON ingin melebarkan sayapnya untuk mendekatkan diri dan menggiatkan lagi penglibatan bersama pelanggan setia mereka dan untuk rakyat Malaysia.

Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON dan juga beberapa barisan artis yang membintangi drama tersebut. Antaranya Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi. 

Majlis tayangan gala ini juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-38 membawa tema “Sayap Bagimu”, iaitu satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya. 

Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON
Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi yang sentiasa proaktif dan inovatif. Penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu untuk kami namun AEON yakin pendekatan ini mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggan

Drama ini juga adalah tanda penghargaan dan terima kasih AEON terhadap kesetian yang tidak berbelah bahagi oleh pelanggan, rakan niaga dan kesemua pemegang taruh yang telah menjadikan AEON sebagai jenama runcitan pilihan dan tempat membeli belah dan lokasi santai bersama keluarga. 

Kami di AEON amat bersyukur dengan setiap kejayaan yang dikecapi oleh syarikat yang disokong oleh kesetiaan pelanggan selama 38 tahun. Kejayaan syarikat yang juga didukung kuat Kerajaan membolehkan kami untuk terus memacu setiap usaha kami ke hadapan

Selain itu, tajuk drama “Sayap Bagimu” ini juga diambil daripada inisiaitf AEON untuk kelestarian negara, di mana aspirasi Sayap Bagimu ialah untuk menyokong antara satu sama lain untuk mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan 2 bersama. Drama Sayap Bagimu berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama syarikat. Ia mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi yang ada pada diri masing-masing untuk mengejar impian.

Drama ini akan mula ditayangkan di laman Youtube AEON Malaysia bermula 13 Oktober 2022. 

Inisiatif Sayap Bagimu selaras dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG). Antaranya ialah Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan bagi setiap lapisan umur serta Pembangunan Ekonomi Dan Pekerjaan Yang Baik (SDG 8) yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi berterusan, inklusif dan mampan, guna tenaga penuh dan produktif serta kerja yang bersesuaian untuk semua. 

Turut menyertai program ini ialah rakan-rakan niaga AEON dan para penaja seperti AmBank Malaysia, TGV Cinemas, Focus Point, Gintell, OSIM, Poh Kong, Tomei Gold & Jewellery, PANDORA Jewellery, Hype Energy Drink, Mahnaz Food, Samsung Malaysia Electronic, Mamee-Double Decker, Shogun Japan, Yeo Hiap Seng, BB Diapers dan Uncle Zam Rice. 

Mengenai AEON Runcit 
AEON CO. (M) BHD. adalah syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia dengan 28 AEON Mall, 34 AEON Stor, 9 MaxValu Prime, 65 AEON Wellness, 42 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara. 

Ia ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai maklum balas kepada jemputan oleh Kerajaan Malaysia dalam membantu memodenkan industri peruncitan negara. AEON BiG (M) SDN. BHD. mengendalikan 21 pasar raya besar dengan nama dagang "AEON BiG" di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan AEON BiG adalah sebahagian daripada rancangan AEON Group untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi di Asean. 

AEON terus berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah. Berpandukan kepada falsafah “Pelanggan Didahulukan”, pemahaman mendalam mengenai keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON beriltizam untuk melangkaui jangkaan pelanggan dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka berbelanja di rangkaian AEON. 

Dengan semangat AEON yang bermaksud ‘berkekalan’ dalam Bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk memastikan kerjasama lestari dengan para pelanggan, pembekal, rakan niaga, pemegang saham dan komuniti untuk mewujudkan masa hadapan yang tiada had.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:


Post a Comment

0 Comments