Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) Bertemakan " Memberi Tanda Syukur"

Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) Bertemakan " Memberi Tanda Syukur" | Hari ini Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah melancarkan Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) di AEON AU2 , Setiawangsa yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Majlis akan berlangsung selama dua hari pada 26 November dan 27 November 2022. Pelbagai acara akan diadakan sepanjang dua hari di sana.

Kempen YEZ 2022 ini bermula 26 November 2022 hingga 31 Disember 2022 bertujuan menggalakkan orang ramai untuk menunaikan kewajipan berzakat sebelum 31 Disember 2022.

Bertemakan "Memberi Tanda Syukur" PPZ-MAIWP ingin mengajak seluruh masyarakat Islam untuk menzahirkan rasa syukur dengan menunaikan zakat untuk kelangsungan hidup asnaf lebih-lebih lagi dalam situasi sukar ekonomi kini.

PPZ-MAIWP selari dengan motonya iaitu "Memudahkan Anda Berzakat" menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan bayaran khususnya menjelang hujung tahun bagi memberi ruang kepada pembayar zakat untuk mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan.

Mini festival dua hari ini akan mengadakan banyak acara dan juga program untuk pengunjung selain dari booth jualan, ada sesi borak santai dengan tetamu istimewa dan juga booth PPZ untuk pengunjung membayar zakat disana.


Penyanyi Lah Ahmad telah membuat persembahan di majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat 2022 (YEZ) 



Antara perkhidmatan dan kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP :

1. 10 KAUNTER PPZ-MAIWP
Bayaran zakat boleh dilakukan di 10 kaunter PPZ-MAIWP sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sepanjang Disember ini, kaunter akan dibuka 7 hari seminggu bermula jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

Friday +
lstimewa pada tahun ini, PPZ-MAIWP akan melanjutkan waktu operasi kaunter pada setiap hari Jumaat sehingga jam 9 malam. 30 pembayar terawal di setiap kaunter pada
hari Jumaat akan mendapat baucar KFC bernilai RM10.

2. PORTAL PPZ-MAIWP & APLIKASI MYZAKAT

Pembayaran zakat secara dalam talian melalui www.zakat.com atau aplikasi MyZakat yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple Store. Pembayar juga boleh Kira, Bayar dan Semak rekod bayaran.

3. EJEN-EJEN KUTIPAN ZAKAT
Pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui ejen-ejen rasmi yang telah dilantik oleh PPZ-MAIWP iaitu melalui perbankan internet, portal online, e-wallet , kaunter-kaunter bank dan pos.

4. ZAKAT+ @MYTEMUJANJI
Zakat+ @MyTemujanji berperanan sebagai 'one stop centre" bagi memberi pilihan kepada para pembayar zakat untuk menetapkan temujanji bagi perkhidmatan iaitu Kaunter Zakat Digital, Kaunter Zakat Bergerak, Door To Door & Ride2U. Untuk tempahan boleh layari link di portal https://mytemujanji.zakat.com.my/

5. TALIAN ZAKAT
Nilai tambah baharu yang mana pembayar zakat bukan sahaja boleh membuat pertanyaan dan taksiran zakat, malah dengan hanya satu panggilan ke 1300 88 5757 pembayar juga boleh menunaikan zakat.

Menarik lagi, pembayar zakat akan berpeluang untuk memenangi lebih 500 hadiah menarik yang disediakan dan pemilihan adalah secara rawak dan akan diberitahu kelak. 

Sempena Kempen YEZ ini juga, PPZ-MA!WP turut mengadakan beberapa program dan pengisian menarik untuk para pembayar zakat antaranya program turun padang, ZakaTalk , CEO Talk, stimewIa 12.12 dan banyak lagi. 

Pada majlis yang sama, turut diadakan penyerahan zakat perniagaan berjumlah RM532,350.11 daripada:

1. Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd - RM375,220.38

2. Kop. Jaya Murni Wanita Bhd - RM157,129.73

Sumbangan berbentuk Bakul Rezeki yang terdiri daripada barangan makanan kering seperti beras, minyak, maggi dan sebagainya yang bernilai RM100 dengan nilai keseluruhan sumbangan sebanyak RM 10,000 turut diberikan kepada 100 asnaf di Kawasan PPR sekitar
Setiawangsa, Kuala Lumpur.




Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman
Program serahan zakat perniagaan dan sumbangan menunjukkan kepada masyarakat dengan Jelas tentang kitaran daripada pengeluar zakat kepada pemanfaat zakat yang berhak dimana zakat yang ditunaikan menyumbang kepada pembangunan asnaf dan ekonomi masyarakat islam
Dalam situasi negara berhadapan dengan krisis ekonomi, kita yang masih diberi rezeki perlulan tampil untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik untuk saling melengkapi antara satu sama lain
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini, sila layari, www.zakat.com.my/yez2022


"PPZ-MAIWP MEMUDAHKAN ANDA BERZAKAT" 


Latar Belakang PPZ-MAJWP 
Pusat Pungutan Zakal (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. PPZ-MAIWP telah merevolusikan institusi zakat dengan memperkenalkan sistem kutipan zakat melalui institusi yang berciri korporat di negara Malaysia. Sejak penubuhan, PPZ-MAIWP telah berusaha menambah baik operasi dan perkhidmatan untuk meningkatkan kemudahan umat2 Islam dalam melaksanakan kefardhuan berzakat. Setakat ini PPZ-MAIWP telah menyediakan 9 saluran bayaran zakat bagi memberi pilihan dan kemudahan kepada umat Islam. Untuk maklumat lanjut, sila layan www.zakat.com.my


Post a Comment

0 Comments