Pengguna SHOPEEFOOD Mendapat Manfaat Daripada Program Rakan Penghantar Mengenai Kepentingan Jalan Raya Dan Keselamatan Diri

Pengguna SHOPEEFOOD Mendapat Manfaat Daripada Program Rakan Penghantar Mengenai Kepentingan Jalan Raya Dan Keselamatan Diri

Program rintis dianjurkan oleh ShopeeFood untuk mendidik rakan penghantar makanan mengenai aspek keselamatan dan mengurangkan kemalangan jalan raya

Penunggang ShopeeFood kini mempunyai akses pengajian formal mengenai keselamatan jalan raya serta tindak balas kecemasan dan amalan kecemasan melalui Rakan Penghantar, program perintis yang dianjurkan oleh ShopeeFood. Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azlan Shah Bin Al Bakri, Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) di sebuah majlis di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS). Ia telah dihadiri oleh pihak berkepentingan dari Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Objektif utama initiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Rakan Penghantar adalah untuk menggalakkan kerjasama antara kementerian yang relevan dengan agensi kerajaan sebagai sebahagian usaha yang berterusan oleh ShopeeFood untuk mendidik rakan penghantar makanan dalam menjaga keselamatan dan mematuhi undang-undang jalan raya.


Latihan tambahan ini akan membantu memperkasakan rakan penghantar makanan bukan dengan amalan keselamatan sahaja, tetapi juga dengan kemahiran kecemasan untuk mengurangkan insiden di atas jalan raya. Seramai 100 orang penghantar ShopeeFood dari Selangor merupakan kumpulan rakan penghantar pertama yang menyertai program ini.

ShopeeFood berbesar hati untuk memulakan program pendidikan ini yang di khaskan untuk rakan penghantar makanan. P-hailing merupakan pekerjaan yang mencabar, menunggang motosikal beratus kilometer setiap hari untuk memastikan makanan disampaikan kepada pelanggan. Menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakan penghantar makanan ShopeeFood ialah keutamaan tertinggi kami. Bengkel ini boleh membantu memperkasakan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjaga keselamatan diri sewaktu kerja, kata Kwa Yin Leng, Ketua Pemasaran ShopeeFood Malaysia.

Secara keseluruhannya, lima sesi bengkel Rakan Penghantar diadakan dan bengkel dikendalikan di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) oleh pelatih berpengalaman dari MIROS dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Setiap sesi bengkel dikendalikan selama empat jam dan menerima 20 rakan penghantar ShopeeFood. Modul yang disediakan menekankan tiga hal utama yang meliputi topik-topik di bawah:
  • Definisi, faktor kemalangan jalan raya
  • Analisis risiko penunggang motosikal dan keperluan kecekapan peunggang motosikal
  • Persepsi bahaya dan latihan analisis situasi
  • Kaedah menunggang selamat untuk motosikal
  • Rutin pemeriksaan motosikal
  • Posisi menunggang selamat
  • Prestasi brek kecemasan penunggang motosikal
  • Pengurusan situasi kecemasan dan kerosakan motosikal di jalan raya
  • Latihan pertolongan cemas untuk situasi kecemasan di jalan raya.
Penunggang ShopeeFood yang menghadiri bengkel berkenaan menerima insentif tambahan daripada ShopeeFood termasuk pek permulaan penuh peralatan dan baucar.

ShopeeFood diasaskan pada tahun 2021 untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan memberikan nilai, pilihan dan kemudahan melalui ekosistem berintegrasi, pada masa yang sama, memberikan peluang kepada peniaga untuk menjadi sebahagian daripada ekonomi digital dan mengembangkan perniagaan. Buat masa ini, ShopeeFood boleh didapati di lima lokasi – Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor, Ipoh, dan Kota Kinabalu.

Mengenai ShopeeFood
ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi, daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai yang berbaloi. Dilancarkan pada 2021, ShopeeFood menawarkan pengguna sebuah pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, di samping membantu peniaga mendigitalkan dan meluaskan jangkauan perniagaan mereka.

Diintegrasikan ke dalam ekosistem Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay, ShopeeFood menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang mudah, selamat, serta memberi ganjaran.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Selain Shopee, perniagaan teras Sea yang lain adalah termasuk cabang hiburan digitalnya, Garena, dan cabang perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi.


Post a Comment

0 Comments