Shopping Pakaian Sekolah Harga Berbaloi Di Pusat Pakaian Hari-Hari | One Stop Centre

Shopping Pakaian Sekolah Harga Berbaloi Di Pusat Pakaian Hari-Hari | One Stop Centre | Assalamualaikum semua. Anak-anak dah cuti sekolah sebelum masuk sesi persekolahan tahun baru. Anak-anak Liez paling eksited sebab dapat beli kelengkapan persekolahan baru. Tahun ini bertambah perbelanjaan untuk membeli kelengkapan sekolah sebab anak lelaki Liez akan masuk darjah 1.
Sejak dari mula cuti sekolah, si kakak dan si abang dah sibuk listkan barangan yang hendak dibeli. Amboi, kalau tengok barang yang mereka nak memang boleh gugur rambut baba mama ni hehehe. Tapi alhamdulillah ada rezeki anak-anak, dapat shopping pakaian sekolah harga berbaloi di Pusat Pakaian Hari-Hari.

Promosi Kembali Ke Sekolah Kembali Lagi 2023 Pusat Pakaian Hari-Hari


Sebenarnya dah tahun ke-4 kami membeli pakaian sekolah dan kelengkapan lain di Pusat Pakaian Hari-Hari. Promosi Kembali ke sekolah kembali lagi 2023 Pusat Pakaian Hari-Hari buatkan Liez teruja untuk membeli. Nak tahu kenapa?

Tahun ini, persiapan pakaian persekolahan akan bertambah kerana semua kena beli baru. Si kakak jadi pengawas dan memerlukan baju dan tudung biru berbanding tahun sebelum ini hanya beli vest sahaja. Si abang pula perlu beli baju, seluar sekolah, seluar sukan dan kasut baru. Kalau kira semua kena beli baru dan baba mama tak risau sebab tahu di Pusat Pakaian Hari-Hari semuanya ada dan harga pun murah dan berbaloi.
Kami ke Pusat Pakaian Hari-Hari di Taman Sri Selayang Batu Caves, berhampiran dengan rumah kami. Kebetulan masa kami datang, memang ramai ibu bapa dan anak-anak sibuk membeli-belah barangan kelengkapan sekolah.

Kami mula dengan mencari pakaian si abang dahalu kerana risau sizenya tiada. Badan si abang ni boleh tahan besar, tak sama dengan usianya, jadi penting mencari baju dia dahulu. Alhamdulillah, masih banyak lagi size baju sekolah untuk yang sekolah rendah. Liez mencari baju kain kapas kerana ianya selesa, tidak panas dan tahan lasak jadi Jony & Jeny menjadi pilihan Liez. Untuk baju sekolah jenama Jony & Jeny, ada dua material yang boleh dipilih iaitu kain licin (Terylene Rayon) dan kain kapas. Baju sekolah bukan sahaja warna putih tetapi pelbagai warna mengikut pilihan. Senang nak cari bila semua ada di bawah satu bumbung.
Mudah nak mencari size kerana ada baju untuk dicuba terlebih dahulu dan ada pekerja Hari-Hari yang banyak membantu mencari. Setelah mencuba, Liez memilih kain kapas untuk si abang. Untuk seluar sekolah, Liez memilih seluar panjang material kain kapas. Si abang suka, katanya selesa. Settle dapat dua pasang baju sekolah rendah lengan pendek.
Untuk si kakak, ada tersedia set baju kurung biru dan kain dalam satu bungkusan. Pilihan kain baju biru juga kain kapas. Si kakak sejenis yang cerewet memang itu yang dipilih kerana selesa dan mudah untuk dibasuh.

Kemudian kami mencari anak tudung, tudung biru untuk si kakak dan seluar sukan untuk si abang. Untuk seluar sekolah, ada pelbagai jenama antaranya Jony & Jeny, T.M.U, No Problem dan Malaysia. Liez beli seluar sukan jenama T.M.U size 36 ye.. aduhhh jenuh la size si abang ni, baru darjah 1. Dan akhir sekali single putih si abang jenama Jony & Jeny. Fuhhh lega dah bahagian si abang.
Kemudian kami mencari stokin si kakak dan si abang. kena beli banyak sebab confirm akan hilang bila dicuci nanti. Lega di Pusat Pakaian Hari-Hari ada set stokin pelbagai size dan murah. Boleh buat stokin untuk pakai jalan-jalan pun sesuai.
Selain itu, di Pusat Hari-HARI ada menjual kasut sekolah berwarna hitam jenama Jony & Jeny dan No Problem. Kalau tengok, memang banyak reka kasut yang sesuai untuk anak-anak dari jenis slip on (sarung), jenis Riptape (strap), jenis Lace up (bertali). Untuk si kakak dan abang Liez pilih yang slip on dan Riptape kerana mudah untuk mereka pakai.
Di Pusat Pakaian Hari-Hari, ada juga baju KEMAS untuk anak-anak sekolah tadika. Untuk kelengkapan sekolah yang lain ada juga menjual barangan seperti vest, beg sekolah, botol minuman dan peralatan menulis. Senang kerja ibu bapa nak cari barangan anak-anak sekolah dari sekolah tadika ke sekolah menengah dekat sini. Tak pening kepala nak ke hulu ke hilir mencari segalanya.
Selain pakaian untuk tadika, sekolah rendah dan menengah, ada juga terdapat pakaian untuk sekolah KAFA. Macam-macam warna sampin yang boleh ibubapa beli disini.
Shopping Pakaian Sekolah Harga Berbaloi Di Pusat Pakaian Hari-Hari
Alhamdulillah settle mencari kelengkapan pakaian anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari. Budget perbelanjaan yang diperuntukan RM 150 seorang oleh kerajaan memang digunakan sepenuhnya. Sedang elok perbelanjaan RM300 untuk anak-anak Liez tetapi bagi yang tidak membeli semuanya baru memang lebih dari cukup. Sebab harga yang ditawarkan di Pusat Pakaian Hari-Hari murah, berbaloi dan sesuai dengan kualiti yang diberi.
Dan servis yang diberikan oleh staf Hari-Hari juga Liez puji. Sebabnya walaupun ramai orang mencari pakaian sekolah dalam masa yang sama, mereka tetap layan pelanggan dengan senyuman dan mesra.
Bagi yang masih belum membeli pakaian sekolah anak-anak, Jom ke Hari-Hari One Stop Centre berhampiran korang kerana ada 99 Hari-Hari seluruh negara. Kalau kawasan korang tiada Pusat Pakaian Hari-Hari, jangan risau sebab korang boleh beli di website, Shopee dan Lazada.

99 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_
Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari


Post a Comment

0 Comments