UTAMA MOTORS UMUM TAJA HIMPUNAN KERETA BERKUASA TINGGI DAN KERETA SPORT TERBESAR 'ADRENALINE RUSH TRACK DAY 2023'

UTAMA MOTORS UMUM TAJA HIMPUNAN KERETA BERKUASA TINGGI DAN KERETA SPORT TERBESAR 'ADRENALINE RUSH TRACK DAY 2023' | Pada 26 June yang lalu Utama Motors Sdn. Bhd., salah sebuah pengedar kenderaan impot mewah yang terkemuka di negara telah mengumumkan akan menaja acara  ‘Adrenaline Rush Track Day 2023’ (ART Day 2023). Acara yang julung kali dianjurkan oleh Kelab U Supercars ini bakal berlangsung pada 15 Julai 2023 di Paddok Utara, Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Turut hadir di majlis tersebut adalah penganjur bersama, barisan penaja, media arus perdana seperti influencer, blogger dan tetamu khas dari Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu (PEKEMA)
Pengarah Urusan Utama Motors, Dato’ Marof Khan bin Mohamed Idris memberitahu acara sukan permotoran bukanlah sesuatu yang asing bagi Utama Motors kerana mereka telah banyak menyertai acara seumpama itu sebelum ini. “Utama Motors amat teruja untuk sama-sama memeriahkan ART Day 2023 yang menampilkan pelbagai kereta berkuasa tinggi dan kereta sport,” Acara ini bakal disertai lebih 400 pemilik kereta berkuasa tinggi dan kereta sport yang akan berarak, menjadikannya sebuah perhimpunan kereta berkuasa tinggi dan kereta sport terbesar yang pernah diadakan di negara ini, sekaligus akan diikhtiraf Buku Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records).
Ujarnya lagi, sebagai pengedar kenderaan import mereka juga menawarkan motor berkuasa tinggi seperti Harley Davidson dibawah anak syarikat mereka, FS Bikes untuk bersama-sama di acara itu nanti.

Beliau memberitahu penglibatan syarikatnya, Utama Motors dan FS Bikes dalam industri kenderaan impot membuka peluang kepada mereka untuk membina hubungan erat dengan komuniti pemilik-pemilik kereta dan motor berkuasa tinggi. Ini terbukti dengan sokongan mereka dalam menjayakan acara sukan permotoran yang bakal dianjurkan bulan hadapan.
Di samping Utama Motors, antara syarikat-syarikat lain yang terlibat adalah Liberty Insurance, EZCare Warranty, PEKEMA Auto Club, Warranty Smart, Elrah Exclusive, Kacey Legacy, Optimum Premium Motors (OPM) dan Drex Precision Services. ART Day 2023 turut disokong oleh SMI Cars, FS Bikes, Carlist.my, Malaysia Singapore Supercar Club, Mustang Club Malaysia, Northern Speedo, TerMeetup Club, Majlis Belia Malaysia dan SUKE TV yang bertindak sebagai rakan media rasmi.

ART Day 2023 turut menganjurkan acara Time Attack bagi membuka peluang kepada pemilik-pemilik kereta berkuasa tinggi, kereta sport mahupun motor Harley Davidson yang berminat untuk merasai pengalaman memandu di atas trak dan menguji ketahanan kenderaan mereka. Untuk mendaftar bagi acara perarakan mahupun Time Attack, mereka yang berminat boleh menghubungi talian 017-4619985 atau emel ke u.supercarsclub@yahoo.com.

YURAN PENYERTAAN ART DAY 2023

Yuran penyertaan serendah RM120 dikenakan bagi kategori perarakan untuk kereta berkuasa tinggi dan kereta sports manakala untuk kategori perarakan motor Harley Davidson, yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM150 yang disertakan dengan sehelai t-shirt dan makan malam.

Bagi kategori Time Attack pula, yuran penyertaan adalah RM800 beserta t-shirt dan makan malam untuk kategori kereta berkuasa tinggi dan kereta sports manakala untuk kategori motor Harley Davidson, yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM380 yang disertakan dengan sehelai t-shirt dan makan malam.Selain berpeluang melihat sendiri secara dekat keunikkan kereta dan motor berkuasa tinggi serta kereta sport, antara acara lain yang bakal menjadi tarikan pengunjung adalah persembahan pentas daripada barisan artis tanah air. Terdapat lebih 20 pengendali trak makanan dengan sajian juadah tempatan dan antarabangsa yang boleh dikunjungi sekiranya pengunjung-pengunjung ingin menjamu selera.

HARGA TIKET ART DAY 2023

Orang ramai yang berminat untuk ke ART Day 2023 boleh mendapatkan tiket berharga RM29 bagi orang dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak yang sudah mula terjual di www.ticket2u.com.my.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara ‘ART Day 2023’ orang ramai boleh ikuti akaun media sosial Utama Motors di Facebook, Instagram dan Tiktok @utamamotors_

Post a Comment

0 Comments