Layan Game Masak- Masak Atas Talian Secara Percuma Di Culinaryschools.org

Layan Game Masak- Masak Atas Talian Secara Percuma Di Culinaryschools.org | Aktiviti yang Liez akan buat jika bosan atau nak rehatkan otak. Layan sosial media ni dah terlampau lama, jadinya main game lagi best. Pilihan jenis games ialah game masak-masak. Aisshhh... tak lepas ye mak-mak ni dengan masak-masak ni. Liez jumpa satu website untuk korang yang suka layan game masak-masak iaitu Free Online Kids Cooking Games culinaryschools.org.
Free Online Kids Cooking Games Di Culinaryschools.org

Rupanya ada banyak kategori permainan talian secara PERCUMA yang boleh korang main di sini. Culinaryschools.org menawarkan ratusan permainan sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa yang berkaitan dengan makanan, pertanian, memasak, seni kulinari, pengurusan perniagaan dan juga perhotelan.

Boleh kata, bukan sekadar bermain tetapi boleh belajar tentang selok belok yang berkaitan dengan kulinari. Anak perempuan Liez memang suka sangat kalau game memasak ni sebab dia rasa enjoy dan mudah.

Jenis Permainan Atas Talian Culinaryschools.org

Food Educations Games
Permainan tentang perbezaan makanan sihat dan makanan tidak sihat, dimana sesuai untuk anak-anak kecil. Mengajar anak-anak memilih makanan yang sihat dan juga memilih makanan terbaik untuk mereka. Permainan mudah seperti kuiz mengenal jenis makanan, buah-buahan.

Fruits Quiz games mengenal pasti buah-buahan yang dipaparkan. Sesuai untuk anak-anak kecil


Feed the baby permainan klasifikasi makanan mudah untuk kanak-kanak kecil di mana mereka mesti memilih sama ada makanan dikategorikan terutamanya sebagai daging, sayur-sayuran atau pencuci mulut.



Cooking and Kitchen Wok
Kategori mainan atas talian sesuai untuk anak-anak yang dah faham untuk mengikut arahan seperti Sweety Cooking Chocolate Cake Permainan mengenal bahan-bahan, alatan dan cara-cara membuat kek.



Atau Bento box, permainan susun makanan seperti Puzzle. Comel sangat sebab ada makanan berbentuk teddy bear!!



Farms, Animals and Farmings.
Ini antara yang Liez suka main ye. Untuk kanak-kanak sangat sesuai kerana ia mengenal makanan terutama sumber makanan dari tanaman dan haiwan peliharaan.

Tractor Mania permainan memandu traktor 2D di mana pemain menghantar hasil ke pasaran. Gunakan pendapatan anda untuk membeli traktor yang lebih baik, treler yang lebih baik, dan untuk membeli peningkatan ciri untuk peralatan anda.



Farm Animals Kids Learning Memory Game ialah permainan padanan kad memori yang turut menyatakan nama haiwan semasa kanak-kanak menyelak kad tersebut.



Pizza and Burger shop games
Menjadi pilihan Liez. Permainan santai dan memerlukan kecekapan dan kepantasan. Rasa macam kita buat sendiri pizza atau burger tu sendiri.

Pizza Shop permainan bermula dengan mengambilan pesanan dan juga pembuatan pizza. Perlu menyiapkan pizza secepat mungkin untuk mengelakkan kerugian.



Burger Maker permainan pantas untuk menyiapkan burger mengikut susunan yang diberi.



Serving Dinner
Open Restaurant permainan menguruskan restoran bermula dari menerima pelanggan, tempahan hingga menghantaran pesanan makanan kepada pelanggan. Bekerja dengan kuat untuk mengumpul wang yang banyak.



Arcades classic Games

Apple & Onion Beats Battle
Apple & Onion Bottle Catch
Bugs Bunny Carrot Chase
Airport Rush


Sebenarnya banyak lagi permainan yang korang boleh main di sini. Bukan sekadar mainan atas talian tetapi info mengenai sekolah kulinari dan kepentingan mengambil makanan sihat. Tidak lupa juga tentang resipi mudah, keselamatan menggunakan peralatan di dapur, di tapak pertanian dan perkataan spesifik dalam masakan. Semuanya ada di culinaryschools.org.

Bagi korang yang tak tahu nak cari cara untuk healing-healing atau nak cari cara lain untuk relax, cubalah permainan atas talian di culinaryschools.org ni. Sesekali kita lupakan media sosial yang kadang-kadang menyesakkan fikiran ini. Main games yang buat korang lupakan sekejap masalah harian dan boleh chil!!

Post a Comment

4 Comments

  1. alaa bestnya Liez, nih bukan kata anak-anak, kak ana pun suka main games gini hehe :)

    ReplyDelete
  2. dlu nieyl suka juga main game online ni, farm la, cafe la...

    ReplyDelete
  3. rajin liez main games ye, linda mmg tak main sgt games..suami n anak2 je main

    ReplyDelete
  4. mcm best je games kat sini..nanti free2 nak try lah...

    ReplyDelete