Resepi Sup Mee Sua | Sekarang ni, bila petang mesti hujan. Hujan nya selebat-lebatnya sampai banjir kilat di sesetengah tempat di Kuala Lumpur. Layan sejuk hujan, sedap makan Sup Mee Sua panas-panas dengan kuah cili tauchu. Aiisshhhh...berliur la sambil menaip resepi ni hehehehe
Untuk sup:
Air
Ikan bilis
Serbuk sulah
Minyak bawang putih
Garam
Minyak bijan
Fish ball dan fish cake
Sayur Pak Choy
Untuk cili tauchu:
(Campurkan dalam mangkuk kecil dan perasakan)
Cili api
Cili merah
Tauchu
Cuka
Gula dan garam
Cara sediakan Sup Mee Sua
1. Didihkan air dan rebus ikan bilis selama 15 minit. Kemudian tapis keluarkan ikan bilis.
2. Tambah air dan masukkan minyak bawang putih dalam 4 sudu. Kemudian garam, lada sulah dan minyak bijan. Biar mendidih. Biar 15 minit dan tutup api.
Note:
Ikan bilis tadi boleh digoreng. Bila nak makan, panaskan sedikit sup, kemudian sayur dan mee sua dlm periuk kecil. Biarkan 2-3 minit sahaja hingga mee sua sudah lembut. Jangan masak lama, nanti kembang tak sedap.
Dah siap...Taburkan ikan bilis goreng dan sedkit bawang putih goreng. Makan dengan cili tauchu tu memang terangkat!!!
Selamat mencuba!!!
#mrsliezmasak #mrsliezdotcom #meesuathng #masakapahariini

3 Comments
Sedapnya..boleh la buatkan utk mak pah..
ReplyDeleteResepnya simple 👍. Gampang nak buat. Saya sukaaa juga misua. Memang selalunya dibuat misua goreng. Tapi sesekali nak juga di rebus seperti ini
ReplyDeletemacam senangkan nak buat
ReplyDelete