Mengintegrasikan Shopee Live ke dalam operasi harian Liyanacollection sejak tahun 2021 terbukti menjadi batu loncatan buat mereka. Semasa penstriman langsung, penonton berpeluang melihat butiran terperinci yang direka khas dalam setiap pakaian. Hos menunjukkan bagaimana zip yang tersembunyi dengan bijak pada kedua-dua lengan memudahkan untuk berwudhu dan zip tersorok untuk memudahkan ibu menyusu dan ciri-ciri lain yang menjadikan pakaian ini sesuai untuk pemakaian harian. Interaksi secara langsung ini amat penting dalam memacu kejayaan Liyanacollection. Ia membolehkan pelanggan melihat kepraktisan dan kecantikan rekaan mereka secara langsung, sekali gus mengukuhkan kepercayaan pelanggan
Ciri-ciri Shopee Live meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah Shopee Live buat penonton Liyanacollection. Penonton boleh menebus Shopee Coins dan baucar pengikut baharu, sementara fungsi "beg oren" membolehkan mereka terus ‘add-to-cart’. Sejak mengintegrasikan Shopee Live, Liyanacollection telah melihat kesan ketara, terutamanya semasa musim kemuncak seperti Raya, di mana hasil jualan mereka berganda.
Untuk kekal berdaya saing dalam dunia e-dagang yang sentiasa berkembang, Shopee memperkasa Liyanacollection melalui peluang pembelajaran yang berterusan. Ciri platform ini yang memberi fokus kepada perkongsian ilmu dan ketelusan analitik data pengunjung juga membolehkan meraka mengetahui tentang trend semasa dan perkembangan terkini platform. "Perniagaan saya adalah 80% dalam talian, jadi saya sentiasa menimba ilmu tentang perkembangan terbaharu platform ini," kata Norliyana. "Setiap minggu, pasukan saya menyertai kelas dalam talian untuk memahami lebih lanjut dan kekal maklum tentang perkembangan dunia jualan dan beli-belah dalam talian." Universiti Shopee menawarkan kursus percuma dan menyediakan ilmu perniagaan dalam talian penting terutamanya buat penjual baharu.
Koleksi Raya 2024 Liyanacollection telah dipamerkan di pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita, yang distrim langsung kepada lebih daripada 70,000 penonton seluruh negara melalui Shopee Live.
Liyanacollection telah berkembang dari sebuah usaha dropshipping menjadi perniagaan tempatan yang berjaya dan membawa impak positif kepada komuniti. Dengan hampir 30 pekerja, jenama ini memperkasakan tukang jahit tempatan dengan mengambil mereka di kilang jahit Liyanacollection di Alor Setar, Kedah. Terkini, menawarkan 50 rekaan tersendiri, dengan fokus terhadap pakaian tradisional dan perkahwinan, Liyanacollection meraikan warisan budaya sambil menawarkan wanita Muslimah moden dengan pilihan yang bergaya dan praktikal. Dengan lebih daripada 2000 helai terjual di Shopee, Baju Kurung Brocade LYS Beryna adalah yang terlaris. Liyanacollection merancang untuk melancarkan koleksi pakaian kasual dan tudung, menunjukkan komitmen mereka untuk mencapai pelanggan yang lebih luas dan kekal relevan dalam arena fesyen Muslimah dalam talian.
1 Comments
Waaah baguuus model2 bajunya 👍👍. Memang sekarang ini barang yg dijual secara live cepat sekali laku. Mungkin Krn Orang2 tertarik bisa melihat secara detil barang yg dijual. Beda kalo dari foto saja. Tidak bisa melihat detik jahitan atau barang.
ReplyDelete