Selamat Tinggal Ayah, Lelaki Cinta Hati Pertama Ku | 13 Ogos 2024, ayah akhirnya pergi meninggal mak dan kami semua. . Walaupun sedih bagai nak pecah hati Ija bila Fey bagitahu yang ayah telah pergi meninggalkan kami, tapi Ija kena redha. Hilang sudah derita sakitmu, Ayah.
Tahun 2024 yang penuh dengan cerita kesakitanmu. Kesihatan yang tidak menentu bermula dari menjalani rawatan dialisis awal tahun ini. Kesihatan pun tidak selalu baik, kadang-kadang pening sampai tak larat nak jalan. Jalan perlu dipimpin ada kala perlu naik wheelchair, fizikal juga makin kurus kerana tak lalu nak makan. Kerap kena infection pada luka di kaki dan selalu demam menggigil.
Bulan Ogos yang penuh dengan cemas, bermula dengan ayah terbabas sendiri di jalan raya. Masih segar di ingatan, 2 Ogos mak call dan bagitahu ayah kemalangan masa balik dari cuci luka kaki. Bila Fey tanya macam mana ayah boleh jatuh, di jawab dia tak sedar dia atas motor.
Dan dari detik itu, dua kali ayah naik ambulan kerana mengadu sakit dada. Dan yang kali terakhir, ayah sendiri call ambulan jam 2 pagi kerana tidak tahan manahan kesakitan. Selama ayah menghadapi pembedahan buang 6 jari kaki sejak tahun 2013 sampai ke tahun ini, ini kali pertama ayah mengadu kesakitan.
Ayah,Ija minta maaf jika Ija tak jadi anak yang baik,
Ayah,
3 Comments
Innalillahiwainnaillahirojun..semoga Allahyarham Abang Zul ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin
ReplyDeleteInnalilahi wainnailaihi rojiun, saya ikut berdukacita kak ... Terharu dan sedih membaca tulisan kakak di atas. Semoga almarhum ayah diberikan tempat yg terbaik, diampuni semua kesalahan , diterima amal kebaikan dan diterangi kuburnya selalu. 🤗🤗.
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihirajiun, salam takziah kak.
ReplyDelete