Rupanya dah viral tempat ni dan bila Liez tengok banyak review yang mengatakan tempat dan makanan di Thong Nae Thae ni memang berbaloi untuk dicuba.
Restoran Thong Nae Thae Hidang Makanan Halal Thai Sedap
Ngam-ngam sampai di restoran, orang belum ramai lagi. Masuk je ke dalam ruang restoran, wah memang besar. Kawasan dia ada beberapa bahagian, yang berbumbung atau open-air. Tapi kalau sekali datang boleh muat 200 - 300 orang rasanya.
AI dah pilih tempat makan tepi pantai sebab dia memang nak sangat merasa momen matahari terbenam. Sementara adik ipar dan mama order makanan, Liez dan Najla bergambar dulu. Memang cantik viewnya, boleh nampak persekitaran Pulau Pinang dari sini.
AI dah pilih tempat makan tepi pantai sebab dia memang nak sangat merasa momen matahari terbenam. Sementara adik ipar dan mama order makanan, Liez dan Najla bergambar dulu. Memang cantik viewnya, boleh nampak persekitaran Pulau Pinang dari sini.
Makanan Ala Thai Pilihan Di Restoran Thong Nae Thae Penang
Bab menu, memang banyak menu recommended yang boleh kita pilih. Seperti biasa, adik ipar Liez expert bab pilih makanan. Lagipun dia tahu menu apa yang nak di pesan.
Sesambil bergambar dengar nama adik ipar di panggil. Kekdahnya, korang order di kaunter dan bayar. Bila makanan siap, nama korang akan di panggil menggunakan pembesar suara. hahaha satu restoran boleh dengar nama korang ye hehehehe
So Liez pun pergi ke adik ipar untuk ambil makanan tapi Liez terkejut. Penuh satu troli makanan dia pilih memang banyak untuk kami 3 orang dewasa makan. Semua makanan dia portion sangat banyak, boleh makan untuk 3 ke 4 orang. Dalam otak dah berkira-kira, memang tak habis makanan ni dan kena tapau dekat bawa balik.
Menu yang dipilih:
Ikan 2 Benua
Tomyam Udang
Kerabu kaki ayam
Udang celup tepung
Ayam
Semua makanan ini memang best seller. Kalau datang tak order ni memang tak sempurna. Tetapi ada banyak lagi menu yang ada korang boleh cuba. Sesambil makanan bergambar hehehe... matahari pun dah mula nak terbenam.
Makanan Halal Thai Di Thong Nae Thae Penang
Jangan risau korang, pemilik restoran ini adalah dari orang Thai yang beragama islam
Makanan Vendor Roti Thai Milk After You Cafe Ada Di Thong Nae Thae
Masuk je perkarangan Thong Nae Thae tu korang akan nampak bahagian yang menjual pelbagai makanan vendor Thai seperti Thai Milkbun After You Cafe yang viral tu. Selain tu ada pelbagai jenis makanan pencuci mulut, minuman, keropok, asam-asam, kekacang dan banyak lagi.
Pemandangan Matahari Terbenam Yang sangat Indah
Bagi yang suka momen matahari terbenam ni, ,memang ini lokasi yang korang kena datang. Bukan sahaja makanan dia sedap tetapi pemandangan dia memang MASYA ALLAH.. sangat cantik. Dari langit berubah warna dari jingga dan terus bertukar ke warna unggu. SUBHANALLAH memang cantik ciptaan ALLAH SWT. Liez snap tak tahu berapa banyak gambar walaupun camera handphone ni tidak berapa canggih heheheh...
Lokasi Restoran Thong Nae Thae Penang
Nak ke restoran Thong Nae Thae pun mudah. Sebelum korang nak menyeberangi jambatan Pulau Pinang tu, korang boleh singgah ke sini. Cuma korang akan melalu jalan yang agak sunyi sebelum sampai ke restoran.
Masa kami melalui jalan tu, mama dah mula risau sebab jalan nya buat kita fikir betul ke jalan ni. Yes betul, jalan dia macam sunyi je. Dan sesampai di sana, korang kena bayar parking RM5. Kawasan parking pun luas dan banyak. Tapi better korang datang awal.
Thong Nae Thae
Masa kami melalui jalan tu, mama dah mula risau sebab jalan nya buat kita fikir betul ke jalan ni. Yes betul, jalan dia macam sunyi je. Dan sesampai di sana, korang kena bayar parking RM5. Kawasan parking pun luas dan banyak. Tapi better korang datang awal.
Thong Nae Thae
PT 5943, Kampong Batu Kawan, Malaysia
14200 Batu Musang Pulau Penang
https://tr.ee/TRF_9vbEQw
14200 Batu Musang Pulau Penang
https://tr.ee/TRF_9vbEQw
2 Comments
Tengok menu.. menarik.
ReplyDeleteTempatnya pun cantik, ditambah pula dapat saksikan matahari terbenam. Indahnya..
4 tahun di Penang, saya baru dengar Batu Musang 😅. Memang lah saat kuliah di sana saya tak terlalu banyak eksplor tempatnya. Menariiiik kak . Apalagi makanan Thai, saya suka sangat.
ReplyDeleteSelalunya saya rutin balik Penang tiap tahun. Nantilah THN depan kalo ke Penang lagi, nak coba makan di sini