Join Event Jualan di PULAPOL KL Sempena P.O.P Mega
Apa itu P.O.P Mega? P.O.P Mega adalah Passing Out Parade Mega ataupun di panggil Pembarisan Tamat Latihan secara besar- besaran yang melibatkan 4 pusat latihan polis iaitu dari PULAPOL KL, PULAPOL Segamat, PULAPOL Dungun serta PULAPOL Bukit Sentosa. Seramai 1408 pelatih anggota polis menamatkan siri latihan asas Inspektor, Sarjan serta Konstabel. Dianggarkan kedatangan orang ramai seramai 10,000 ke 15,000 pada dua hari majlis berlangsung.
Jadi PULAPOL KL membuka pelung untuk perniaga untuk membuka gerai jualan. Lebih kurang 80 gerai yang ada untuk menjual makanan dan minuman, bunga dan cenderahati, pameran dari bank-bank dan banyak lagi.
Gerai Jualan Vietnamese Spring Roll Dan Buah Colek Namplawan
Bermula event hari Khamis, seawal jam 2 pagi Liez dan mak bangun untuk menyediakan VSR tu. Maka ambik kerja menyusun sayuran dan Liez menggulung VSR. Mak belum cuba lagi menggulung jadinya memang Liez seorang yang menggulung. Dari jam 2 pagi hingga jam 7 pagi, Liez siap menggulung 170 roll VSR. Selain itu, Liez ada juga masak Mushroom soup dan Garlic Bread buat backup kalau VSR habis.
Jam 9 pagi Liez dah bergerak ke PULAPOL KL dan menyusun gerai jualan dengan adik. Selesai mengemas, jadi menunggu orang ramai datang. Bermula jam 12 tengahari, orang ramai mula memenuhi padang bola sepak PULAPOL KL. Gerai Liez dan adik mula dikunjungi orang ramai dan alhamdulillah jam 3 petang, VSR liez sold out!!! Ya Allah.. memang tak sangka rezeki yang Allah SWT bagi ni. Then Liez promote mushroom soup dan garlic bread. Kebetulan Liez memang grill roti panas-panas dan serve dekat meja, selepas 1 jam semuanya sold out. SYUKUR...
Jam 6 petang Liez dah packing semua barang untuk balik ke rumah. Tapi sebelum tu singgah dulu ke NSK dan HERO untuk top-up barangan yang dah habis untuk jualan hari esok. Jam 8 .30 malam Liez sampai rumah, mandi dan prepare makanan untuk esok. Tetapi kali ni kami akan bermalam di rumah adik di PULAPOL. Fikirkan mudah nak gerak ke gerai keesokkan paginya. Pagar PULAPOL akan dibuka pada orang ramai jam 5.30 pagi jadi nak elakkan kami tersangku dalam lautan kereta yang nak masuk ke sana, Liez decide untuk tidur rumah adik.
Jam 12 malam, kami sampai di rumah adik dan terus prepare VSR dan mushroom soup. Bertungkus lumus sehingga jam 5,30 pagi, jam 6 pagi selepas subuh kami gerak ke gerai. Tetapi masa tu orang dah mula membanjiri kawasan PULAPOL. Alhamdulillah, perjalanan kami yang tak sampai 100 meter tu di mudahkan disebabkan kami perniaga dan diberikan laluan untuk ke gerai.
Sampai gerai, orang dah penuh di padang. Rupanya, pagar dah dibuka jam 3 pagi disebabkan oarang ramai dah mula menunggu di sepanjang luar PULAPOL seawal malam tadi. Liez pun mengemas tempat dan orang mula mengunjungi gerai. Hanya gerai Liez dan jiran sebelah beroperasi seawal itu, memang tak menang tangan dengan gerai belum selesai di susun lagi.
Pengakhiranya...
Syukur alhamdulillah rezeki di permudahkan ALLAH SWT atas doa encik suami, emak dan anak-anak. Liez excited nak join event sebenarnya tetepi kalau nak jual VSR ni memang perlukan pekerja tambahan untuk bantu Liez menggulung VSR sebanyak yang boleh.
Insyallah,,, next Liez akan fikirkan cara untuk mempercepatkan dan memudahkan kerja buat VSR ni..
1 Comments
Pasti sedaaaap vsr kak liez nih 😍😍😍. Habis terjual. Saya kalo di sana nak juga beli. Memang sukaaa lah VSR sebab healthy snack .
ReplyDelete