Sesi Persekolahan 2025 Dengan Najla

Sesi Persekolahan 2025 Dengan Najla | Tahun ini tambah seorang lagi anak yang bersekolah. Tahun ni Najla berusia 5 tahun dan kami decided untuk masukkan anak ke taska seperti kakak dan abangnya. Setahun kami mencari taska untuk Najla dan akhirnya kami pilih PASTI untuk Najla, Dan kebetulan Najla nak sangat-sangat sekolah agama.

Memang excited Najla bila kata dia akan bersekolah. Persiapan untuk persekolahan untuk Najla tidak ada kerana semua akan diberi waktu hari pertama persekolahan nanti. Dan besar anak kecil mama ni. Sedih tau

Hari Pertama Sekolah Untuk Najla

Macam biasa, bila anak pertama kali ke sekolah, mesti mak ayah, atok nenek atau adik beradik excited nak hantar sekali. Kali ini, hanya nenek yang ada untuk teman Najla. Atok tiada lagi menemani Najla hantar ke sekolah. Ingat dulu, bila kakak dan abang nak ke sekolah, arwah ayahlah yang excited nak turun tengok sekali cucunya nak ke sekolah. Walaupun tadika anak hanya di bawah kondo kami, ayah akan jemput anak-anak balik. Rindu ayah, AL-FATIHAH

Awal bangun pagi bersiap untuk ke sekolah, alhamdulillah berjalan lancar walaupun masih belum pakai uniform sekolah. Memang nampak keterujaan tu. Sampai sekolah, Liez bawa Najla naik ke kelas dan Liez terus ke tingkat atas untuk bayar yuran. Sehingga waktu menjemput dia balik, alhamdulillah Najla ok. Begitu juga hari ke 2 dan ketiga.

Balik sekolah, tudung tetap on point. Najla ni sejenis OCD jugak kalau bab bergaya ni. Tengok tudung dia elok terletak. Tapi masih awal lagi ni, tunggu lama sikit sekolah hehehe

Tudung tu on point ye

Hari Pertama

Hari Ketiga

Tetapi petang hari ketiga, dia dah menangis teresak-esak taknak ke sekolah. Liez risau jugak sebab Najla la dia sejenis lembut orangnya. Tanya di kalau-kalau cikgu marah atau kawan-kawan buat ke, dia kata tak, Dia taknak sekolah sebab nak mama.. Sudahhhh. 

Najla memang tak pernah renggang dengan Liez dan dia tak pernah kena tinggal atau tidur tanpa Liez. Tak sangka pula dia buat perangai. Lebih 20 minit dia menangis teresak-esak dan sepanjang malam dia cakap taknak sekolah. Keesokkan harinya pun sama, cuma dia nampak tenang bila bangun tidur dan bersiap ke sekolah. Tapi bila sampai depan pintu sekolah, dia meraung sekuat-kuatnya. Dia pegang tengok Liez, gigit tudung dan lengan baju supaya cikgu tak dukung dia naik ke kelas. Allahuakbar, memang tak sangka betul. Dua hari berturut-turut dia macam tu. Cuma hari jumaat tu, dia lepaskan tangan dia tetap meraung sekuatnya. Liez sedih sebenarnya tapi Liez kena kuat untuk ajar Najla.

Hari ini minggu kedua hari pertama sekolah. Bangun pagi tadi masih tenang, tengok Liez iron baju sekolah dan mintak nak mandi air panas. So Liez rasa hari ini dia akan ok. Tetapi masa pakaikan baju dia dah mula merengek kata taknak sekolah. Alasan nanti balik lmbat, sakit kaki lah. Sepanjang keluar rumah, masuk kereta dia menangis je. Liez pujuk dia kata mama tunggu dekat bawah, untuk jemput balik nanti. Sampai depan sekolah, dia menangis tetapi dia takde dah meraung atau meronta.

Hari kedua kononya umpan dia untuk baba hantar ke sekolah naik motor. Excited la kawan sebab dia jarang naik motor. Yang babanya, pergi beli seat tambahan untuk letak depan motor tu. pagi tu seronok la siap bye-bye mama dan nenek. Bagitahu dia nanti lalu belakang, pandang kiri tengok mama nak lambai Najla. 

Hai la anak.. mencabar betul ye. Ingatkan abang awak masa sekolah tadika tu dah teruk.. Tapi awak lagi teruk hahaha.. takpe, mama faham. Mama kena la hadap sementara nak bagi awak biasa kan diri ke sekolah, bergaul dengan kawan-kawan

Mama simpan sini untuk kenangan kakak, abang dan Najla tengok nanti.



Post a Comment

2 Comments

  1. haha..anak-anak first day sekolah biasa la kalau meraung..seminggu sekolah memang kena banyak sabar

    ReplyDelete
  2. Hahahaha jadi penyebab pasti kenapa menangis masih belum tahu ya kak 😅. Tapi semoga kedepannya Najla makin semangat nak sekolah yaaa. Cantiiik sangat pakai tudungnya. Memang rapi. 👍👍👏Jarang anak sekecil dia bisa on point selalu tudung

    ReplyDelete