Naik ETS Dari KL Sentral Untuk Ke Hatyai

Naik ETS Dari KL Sentral Untuk Ke Hatyai | Memang dah lama plan nak naik ETS untuk ke Padang Besar, even dengan Mama pun duk sembang nak naik ETS ke utara sebab nak layan pemandangan melalui Tasik Bukit Merah tue.

Untuk ke Hatyai, kami menaiki ETS premium jam 1030 malam dari KL Sentral. Mama dan adik ipar ke KL Sentral naik grab dan Liez seperti biasa Encik suami dan anak-anak hantar. Trip kali ini Liez bertiga dengan mama dan adik ipar. So boleh agak tak apa jadi pada anak-anak ketika hantar Liez ke KL Sentral? Hahaha,, semua meraung bila Liez keluar dari kereta. Aduhhh.... mama pergi Hatyai untuk 3 hari je tapi dia punya meraung macam mama nak pergi misi kemanan tu hihihi

Naik ETS Premium Untuk ke Padang Besar

Perjalanan pergi Ke Hatyai lancar tapi yang tak best sebab dapat seat berhadapan dengan penumpang lain. Adik ipar Liez tak perasan seat yang dia beli ni. Jadi cerita, kami tak boleh tidur la. Segan la sebab depan Liez ada family bertiga beranak. Mama dan adik duduk mengadap couple, so pejam mata tidur-tidur ayam.


Gambar pun tak banyak sebab segan dengan orang depan. 

Sampai Padang Besar jam 4 pagi, terus ke booth untuk booking transportation ke Hatyai. Alhamdulillah semua dipermudahkan walaupun ini kali pertama Liez ke Hatyai. Cuma kena tunggu sampai jam 6 pagi untuk kenderaan sampai dan transfer ke imigresen. Yang ni nanti Liez story lain ye.

Naik ETS Business Class Dari Padang Ke KL Sentral

Balik pulak kami naik ETS jam 5 petang. Adik booking Business class sebab dia nak experience naik train selesa. Dia dah bagitahu sebulan sebelum pergi, akan dapat makan dan minum juga barangan complimentary. Excited dia.


Memang selesa seatnya siap ada monitor untuk layan movie, order makanan. Liez dapat seat tepi tingkap dan excited nak lalu Tasik Bukit Merah yang popular tu.
 

Untuk makanan pula, kami dapat 2 kali iaitu tea break dan juga makan malam. Untuk tea break boleh pilih kopi atau teh dan juga ada cookies dan satu kotak mengandungi air kotak, kacang dan juga earphone. Untuk menu makan malam, dapat set nasi hujan panas, ayam masak merah dan acar. Not bad, sedap



Yang best bila tengok pemandangan bila nak senja. Liez counting je bila la nak lalu Tasik Bukit Merah tu. Dan akhirnya genap jam 7.09 malam kami lalu Tasik Bukit Merah dan pemandangan sunset memang cantik.



Harga Tiket ETS KL Sentral - Pdang Besar - KL Sentral


Harga Dewasa:
ETS Premium RM110.50
ETS Business class RM195.50

Harga Warga Emas:
ETS Premium RM60.50
ETS Business class RM170.50



Post a Comment

1 Comments

  1. Hahaha misi keamanan dari anak2 selama 3 hari..hahaha.
    i pun teringin nak naik tren ke Hatyai tapi kalau gi satu family mau rabak..hahaa.

    ReplyDelete