RESEPI AYAM KUZI CITARASA CHEF WAN TERBAIK!!

By Mrs Liez - 3:24 PM

RESEPI AYAM KUZI CITARASA CHEF WAN TERBAIK!! | Serius ini memang sedap. Liez pernah cuba makan ayam kuzi tapi tak sesedap ayam kuzi yang dibuat  oleh Chef Wan. Memang Liez tak pernah tak suka akan resepi-resepi chef antarabangsa kita ni. Memang sedap guyssss!!!
RESEPI AYAM KUZI CITARASA CHEF WAN TERBAIK!!
Tapi kalau uolls perasan yang resepi Chef Wan memang memerlukan penyediaan bahan yang banyak tetapi yang penting uolls tak akan menyesal mencuba. Ok hari ni Liez nak share resepi yang pertama kali Liez cuba untuk hari raya pertama iaitu Ayam Kuzi. Family Liez puji sedap even family in law pun kata sedap. Kembang kucup la hidung Liez bila kata sedap. Hahahha~ padahal resepi orang pun.. jom Liez sertakan bahan-bahan dan cara penyediaan k!

Bahan -bahan
Seekor ayam (potong 16)
4 sb minyak sapi
2 batang serai (diketuk)
3 helai daun pandan (disimpulkan)
2 labu bawang besar (hiris nipis)
5 sb cili kisar
sb serbuk ketumbar
sb serbuk jintan manis
sb serbuk jintan putih
250g kismis
sb puri tomato
250ml susu

250ml air mawar
1 sk saffron (option)
150ml plain yogurt
Rempah ratus (kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga)
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan kisar A
20 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
i inci halia

Bahan Kisar B
8 biji cili hijau(buang biji)
55g daun ketumbar
55g daun pudina

Hiasan
bawang goreng
daun limau purut (racik halus)

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan kisar A, rempah ratus, serai dan dan daun pandan hingga keperangan.
2. Masukkan cili kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan putih, kismis dan bahan kisar B hingga naik bau.
3. Masukkan puri tomato dan ayam. Biarkan ayam masak dalam 15 minit.
4. kemudian masukkan air,air mawar, saffron dan susu. Biarkan mendidih dan pekat.
5. khir sekali taburkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan yogurt dan kacau 5 minit dan tutup api.
6. Hidangkan dan tabur bawang goreng serta daun limau purut yang diracik halus

Selamat mencuba uolls!!

Jom cuba resepi sihat >>> Resepi Mission Wrap Onion and Chive Dengan Salutan Ayam Rangup

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Wah lain pulak resepi kuzi yang ni macam mewah sikit dgn bahannya tu boleh cuba ni

    ReplyDelete
  2. save ! heheehe nanti bebila free dan penyakit R dtg. nk buat

    ReplyDelete