RESEPI MISSION WRAP ONION AND CHIVE DENGAN AYAM SALUTAN RANGGUP

By Mrs Liez - 8:30 AM


RESEPI MISSION WRAP ONION AND CHIVE DENGAN AYAM SALUTAN RANGGUP | Bosan dah makan nasi dan mee. Lagi satu pening fikir nak makan apa untuk dinner. Tak nak makan yang berat dan kalau boleh yang simple je. Kalau korang dah jemu nak makan nasi lemak pagi-pagi, boleh la prepare wrap ni. Mengenyangkan dan sihat.

Then teringat pula, bulan puasa lepas masa berbuka di rumah adik Liez di Pandan Indah adik ipar Liez buatkan chicken wrap. Sedap pulak tu, so Liez pun ke Cold Storage Wangsa Walk dan cari Wrap dari Mission. Liez pernah cuba banyak jenis wrap tapi kali ni Liez beli Mission wrap Onion and Chive. Meh Liez share resepinya.

Bahan-bahan untuk ayam ranggup
Isi ayam
Nestum original
Tepung ubi
Telur
Minyak untuk menggoreng
RESEPI MISSION WRAP ONION AND CHIVE DENGAN AYAM SALUTAN RANGGUP
Cara penyediaan ayam ranggup
1. Panaskan minyak.
2. Celup isi ayam dalam telur, kemudian tepung ubi. Celup semuladalam telur dan akhir sekali dengan nestum.
3. Goreng dalam minyak yang masak atau guna air fryer.
4. Dah kekuningan boleh diangkat.

Sayuran
Salad/Lettuce
Tomato
Timun

Sos
Mayonis
Sos Cili/Tomato
Mustard
Thousand Island
RESEPI MISSION WRAP ONION AND CHIVE DENGAN AYAM SALUTAN RANGGUP
Cara menyediaan wrap:
1. Letakkan sekeping Mission wrap Onion and Chive.
2. Susunkan sayuran dan tuang sos pilihan korang.
3. Susunkan isi ayam tadi dan gulung. Boleh hidangkan

Nota:
1. Boleh juga panaskan Mission wrap terlebih dahulu.
2. Boleh taburkan cheese dan panas dalam kuali hingga cair.
3. Sos pula ikut selera masing-masing. Boleh letak sambal jugak tau.
4. Sayuran pun ikut suka korang. Nak letak capsicum ke, rocket salad ke.

Selamat mencuba!!

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. SA biasa akan panaskan dulu wrap dalam seminit pas tu baru gulung ngan macam- macam..suka letak udang besar2, thousand island, salad, timun dan tomato..abah SA cakap..omputih sangat..hehehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya dah lama tak buat wrap..sila hantar ke WM hehe

    ReplyDelete