Dec 19, 2011
The Kabin: Idea Percutian Yang Unik Untuk Dikunjungi di Malaysia
Tak tahu mana nak bawa anak-anak anda sempena cuti persekolahan yang akan bermula hujung minggu ini?
Ini idea menarik untuk anda yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang mungkin tidak ada masa untuk berjalan jauh demi mengisi masa lapang cuti anak-anak.
Terletak di Pantai Remis, Kuala Selangor, The Kabin menyediakan tempat penginapan yang mesra keluarga, dengan ciri-ciri klasik dan unik.
Ada beberapa spesifikasi kediaman atau resort yang boleh dipilih. Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan sepanjang percutian anda di sana, memandangkan Kuala Selangor juga terkenal dengan pantai, keistimewaan makanan laut dan pekan lama.
Terbaik kan? Kami yakin The Kabin akan menjadi salah satu destinasi 'escapism' hujung minggu ramai orang yang mahukan ketenangan dan kedamaian dari hiruk-pikuk kota.
3 Comments
hai...singgah sini sbb dr blogwalking misya...salam perkenalan...macam best je tempat ni...
ReplyDeleteJom masuk dalam bloglist Ira :)
ReplyDeletehttp://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/06/pencarian-bloglist-june-by-syahirah.html
Lawa nya tempat ni. Tak tau pun pernah wujud. Thanks for sharing. Jemput singgah blog saya ye
ReplyDelete