Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema

Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema | Bila anak-anak tak sihat, memang mak ayah tak senang duduk. Kalau boleh, nak sahaja minta sakit tu berpindah pada diri sendiri. Risau tu sangat cakaplah kan. Liez sejak Qaseh lahir, kalau dia tak sihat ke memang Liez usahakan cara natural remedi. Tetap ke klinik tetapi untuk hanya untuk dapat tahu kondisi sebenarnya. Balik je rumah, memang Liez layankan natural remedi.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Tapi bila batuk selsema anak-anak tak baik-baik, Liez terus mencari lebih info untuk dapatkan rawatan lain selain makan ubat. Akhirnya Liez jumpa satu rawatan alternatif yang boleh membantu merawat batuk dan selsema anak-anak Liez iaitu dengan Rawatan Sonotron.

Apakah rawatan Sonotron?
Terapi Sonotron ialah salah satu kaedah yang cepat, selamat dan sangat berkesan, sama sekali bukan invasif/ pelengkap rawatan perubatan untuk pesakit dengan kesakitan kronik dan akut pada sendi dan tisu lembut, tanpa perlu menggunakan ubat-ubatan tidak memberi apa-apa kesan sampingan yang buruk.

Terapi Sonotron ini menggunakan pancaran discaj yang berkuasa rendah yang dikendali oleh juruterapi. Ia telah diamalkan sejak tahun 1987 dan tidak menggunakan sebarang ubatan. Yang lebih penting, rawatan Sonotron tidak menyakitkan kerana ia tidak melibatkan sentuhan. Selamat digunakan untuk anak-anak kecil.

Penyakit yang boleh dirawat dengan terapi Sonotron:
- Batuk/ Tention Cough
- Kahak/ Bronchiolitis
- Sakit tekak/ Sore throat
- Lelah/ Asthma
-Resdung/ Sinus
-Migrain/ Migraine
-Angin Ahmar/ Stroke
-Gastrik/ Gastric
-Ekzema/ Eczema
-Kudis kusta/ Sores Due To Leprosy
-Kayap/ Shingles
-Sakit Pinggang/ Lower Back Pain
-Sakit Belakang/ Upper Back Pain
-Sakit Pinggul/ Hip Pain
-Sakit Bahu/ Frozen Shoulder
-Sakit Sendi/ Arthritis
-Terseliuh/ Sprain
-Jari Lenguh/ Trigger Finger
-Sakit Pergelangan Tangan/ Carpal Tunnel Syndrome
-Kaki terseliuh/ Ankle sprain
-Terbakar/ Burns
-Luka/ Wounds
-Bengkak tisu/ Swelling of soft tissues

Pengalaman anak-anak Liez dengan rawatan Terapi Sonotron
Seminggu sebelum nak raya,  anak-anak dilanda batuk dan selsema hampir seminggu. Selalunya anak-anak batuk selsema ambuil masa 3-4 hari je tapi kali ni agak lama. Kisahnya Qaseh kena dulu lepas tue tak lama Niyaz dapat jangkitan. Mana tak nya, kakak kerja kiss je adiknya, memang mudahlah berjangkit. Nak halang pun tak boleh. Lagi dihalang, lagi dicium adiknya bertubi-tubi hihihi. Selalu memang Liez akan bawak jumpa anak-anak ke klinik Doktor Nadir dekat Wangsa Maju tetapi Liez ada terbaca pasal rawatan Sonotron ni dekat group FB  Natural remedi. Puas baca dan cari info lagi dan akhirnya Liez ajak encik suami ke sana.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Bagi info serba sedikit pasal Sonotron dan dia pun setuju. Liez jumpa satu klinik yang memang dekat sangat dengan rumah dan juga satu jalan nak ke rumah Mak Ayah melalui Jalan Sungai Tua. Jadi Liez call terlebih dahulu untuk set appoinment. Sebabnya, rawatan tidak dibuat setiap hari dan ramai yang nak mendapatkan rawatan terapi Sonotron ni.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Hari yang dijanjikan sampai dan kami sampai disana jam 2.30 petang. Sesampai disana, memang keadaan klinik mesra kanak-kanak. Dengan sudut untuk kanak-kanak bermain dan ruang menunggu yang selesa. Bilik juga ada 2 bilik rawatan. Masa menunggu tidak lama dan nama kami dipanggil.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Qaseh yang pertama menerima rawatan ni. Pada awalnya dia agak takut disebabkan bunyi bising dari mesin Sonotron tu. Kena pula alatanya seperti pistol, mau cuak la kan. Bila ditenangkan, dia pun makin relax dan tersenyum je.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Tiba turn Niyaz pun sama. Dia macam pelik dengan diaorang nie buat dekat dia. Niyaz senyap je tak menangis pun. Even pembantu perubatan pun peramah dan banyak bercakap dengan Niyaz. Setiap rawatan mengambil masa 30 minit.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema
Sesambil dia menjalankan rawatan tu, diterangkan sekali tentang pantang larang lepas buat terapi sonotron. Pantang yang dimaksudkan adalah pantang pemakanan. Tidak dibenarkan makan coklat, kentang dan buah-buahan kerana makanan tersebut merupak agen pemekat kahak. Jadinya, Qaseh kena stop minum susu coklat dan untuk Niyaz, mama yang kena pantang sebab Liez fully breastfeed dia.

Rawatan nie akan menbantu memecahkan kahak-kahak dan akan dikeluarkan samada melalui muntah atau najis. Alhamdulillah both menunjukkan respon positif bila muntah dan melalui najis. Boleh nampak kahak-kahak dan lendir tau. Alhamdulillah dalam masa 2 hari, batuk dan selsema Qaseh dan Niyaz lenyap. Mama dan baba memang happy la sebab boleh balik beraya dengan tenang dan gembira.
Rawatan Sonotron Untuk Merawat Batuk Dan Selsema

CAWANGAN SELAYANG BATU CAVES
Alamat: 
No 15A, Jalan 2A/1, Bbs Fasa2A, 
68100 Batu Caves, Selangor
Tel : 03-61870757

CAWANGAN SERI GOMBAK
Alamat:
No, 57 Jalan Sg 3/10 Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor
Tel: 03-61890757
Waktu operasi 8 pagi -10 malam. Boleh call untuk buat appointment

Post a Comment

0 Comments