Sumber: TV3


Liez tak tengok sangat Drama Menanti Februari di TV3 tapi Liez dengar kawan-kawan ofis duk cerita tiap kali sarapan. Teringin nak layan tapi apa kan daya Liez kena pastikan anak-anak tidur sebelum 9.30 malam. Dan dengan Liez sekali tidur. So melepas la nak tengok drama tu.

Liez difahamkan ending drama Menanti Februari dikecam. Kerana katanya tidak tepat mengikut islam. Kisahnya adalah, si isteri yang kehilangan suami dan tidak dapat dikesan samada masih hidup atau mati. Kemudian bernikah dengan orang lain dan mempunyai anak hasil perkahwinan suami baru. Selepas beberapa tahun,si suami yang hilang tadi muncul kembali. Bolehkah perkahwinan yang baru itu diteruskan,sedangkan si suami yang hilang itu masih hidup? Apakah jawapan kepada permasalah tersebut?

Sumber: Youtube