RESEPI : SPAGHETTI GORENG DAGING SIMPLE



Resepi Spaghetti Goreng Daging Simple ini tercetus bila otak Liez dah tak boleh berfikir nak masak apa untuk anak-anak. Tanya la mak-mak kita, tok-tok kita mesti diaorang hadapi masalah apa nak masak hari-hari. Liez yang baru menjinakkan diri sebagai suri rumah ni lagi la. Rasa macam masalah dunia sangat hihihi. Kalau kira stok barang basah macam ayam, ikan dan sayur memang Dearie top up every weekend. 

Berbalik pada topik tak tahu nak masak apa, Liez memang buntu bila fikir nak masak apa untuk anak-anak. Padahal Qaseh dan Niyaz tak ada masalah memilih makanan atau orang putih kata, Fussy eater. Diaorang main bedal je semua jenis makanan. Dalam masa memikir nak masak apa, tetiba teringat daging korban Raya Haji yang lepas pun masih ada dalam freezer..

Masalah dengan daging korban itu adalah sebab daging liat. Susah nak bagi anak-anak makan. Qaseh tu Liez tak risau sebab dia boleh kunyah tapi Niyaz ni. Kalau dia makan benda yang keras atau liat sikit je, dia akan meluah keluar makanan tu. 

Satu cara sahaja dengan mengisar daging tu. Kebetulan Liez dah rebus daging tu. Terus Liez masuk dalam blender dan kisar. Agak lama juga nak bagi dia betul-betul lumat. Terus datang idea nak buat Spaghetti Goreng daging sebab Qaseh duk request nak makan mee.

Mari Liez sertakan resepi dan cara-cara memasaknya


Bahan - bahan
300g daging cincang
1 bungkus Angel hair ( Lebih halus dari spaghetti)
3 ulas bawang putih dicincang
1 batang carrot yang dipotong dadu
Batang celery yang dipotong dadu
Sedikit daun baby spinach (optional)
Mix herbs
Serbuk Lada hitam
Sedikit garam
Sedikit minyak zaiton untuk menumis

Cara - cara memasak
1. Rebus pasta seperti yang tertulis di bungkusan. Toskan air dan gaul sedikit        dengan minyak zaiton
2. Panaskan kuali, tuangkan minyak tumis bawang putih hingga naik bau
3. Masukkan carrot dan celery dan masak hingga agak lembut.
4. Kemudian masukkan daging dan biar hingga masak.
5. Masukkan angel hair tadi dan baby spinah.
6. Tabur mix herbs, garam dan lada hitam mengikut selera.
7. Biarkan seketika dan boleh dihidangkan.

Nota:
1. Kalau nak rasa pedas,boleh letakkan potongan cili api atau serbuk cili.
2. Daging juga boleh ditukar dengan isi ayam.
3. Boleh tukar Angel hair pada spaghetti ke macaroni ke, fettucini ke ikut selera masing- masing

Qaseh dengan Niyaz makan bertambah. Qaseh siap cakap habiskan semua, malam nanti masak lain... waaa anak oooiiii, tak daya la mama nak ke dapur malam-malam.

Post a Comment

2 Comments