Resepi Mudah Nasi Ayam Hainan

By mrsliez - 8:50 PM

Resepi Mudah Nasi Ayam Hainam  | Nasi ayam adalah antara makanan kegemaran anak-anak Liez. Kalau keluar ke mall, mesti diaorang request untuk nasi ayam. Bagi Liez memang nasi ayam antara makanan yang lengkap siap dengan Karbohidrat, Protein dan sayuran. 
Resepi Mudah Nasi Ayam Hainan

Dekat rumah pun Liez selalu buat nasi ayam tapi guna perencah segera Mak Nyonya. Memang sedap. Tapi hari ini, Liez masak nasi ayam hainan mengikut resepi dari chef chinese muslim Hassan Hen. Liez dah cuba 2 resepi dari Chef Hassan Hen dan resepinya sedap. Jom Liez share pula resepi Nasi Ayam Hainan ini. Cukup mudah dan cepat untuk disediakan.


Bahan - Bahan
Untuk Sup
2 ketul bahagian peha Ayam
2 batang Daun bawang (diikat)
2 inci Halia (dipotong tebal) 
3 cawan air
Garam
Resepi Mudah Nasi Ayam Hainan
Untuk Nasi
3 pot kecil beras (dibasuh, ditos)
2 sudu butter
3 ulas bawang putih (dicincang)
2 inci halia (dipotong kasar)
1 batang serai (diketuk)
2 sudu besar serbuk perencah Hilal
Garam
Resepi Mudah Nasi Ayam Hainan
Untuk sos cili
5 batang cili masak
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu besar serbuk perencah Hilal
Garam
Cuka
Resepi Mudah Nasi Ayam Hainan
Untuk sos kicap

3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan)
6 sudu air
Garam



Cara memasak sup
1. Didihkan dahulu air. Kemudian masukkan halia dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit.
2. Kemudian masukkan ayam. Celup dahulu ayam selama 3 kali sebelum masuk terus kedalam air rebusan tadi. Kemudian masukkan garam.
3. Tutupkan periuk tadi dan tutup api. Biarkan ayam tadi sehingga 20 minit.
4. Bila sudah cukup masa, angkat ayam tadi dan masukkan ke dalam air ais dan biarkan selama 30 minit.

Cara memasak nasi

1. Panaskan butter dan masukkan bawang putih, halia dan serai. Goreng hingga garing.
2. Kemudian masukkan beras tadi dan goreng hingga beras menjadi kekuningan.
3. Masukkan perencah Hilal, garam dan air rebusan sup tadi mengikut sukatan beras.
4. Biarkan ia masak.

Cara membuat sos cili

1. Kisar semua bahan dengan sedikit air. Jangan terlalu cair atau pekat sangat.

Cara membuat sos kicap

1. Panaskan bawang putih hingga garing. Masukkan air.
2. Masukkan sos tiram dan kicap cair. Perasakan dengan serbuk lada sulah, garam dan gula.
3. Kemudian campurkan dengan air bancuhan tepung jagung.
4. Siap untuk dituang keatas ayam tadi.

#Tips:

- ayam dicelup terlebih dahulu untuk memastikan isi ayam tidak keras. Kira isi ayam akan halus kalau buat teknik ni.
- nasi ayam hainan juga boleh dimasak menggunakan teknik kukus.

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments