Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal | Sempena cuti Thaipusam, Liez dan anak-anak balik ke Gapi. Encik suami kena tinggal sebab hari jumaat tu dia ada makan malam sempena CNY yang dianjurkan oleh syarikat. Kebetulan sekolah Qaseh ditutup sehari awal sempena Thaipusam. Haruslah cuti sebab rumah kami dan sekolah adalah di dalam kawasan hotspot tiap kali Thaipusam. Jalan akan ditutup sehari sebelum ye.

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal
Bila balik Gapi, memang Liez boleh request nak makan apa pun boleh. Hahahaha untung kannnn?? Actually kebetulan bawa mak ayah pergi NSK untuk beli stok barangan basah. So Liez menyuarakan rasa hati nak makan ikan cencaru sambal sumbat belakang tu. Lama sangat tak makan. Padahal boleh je buat sendiri dekat rumah, biasalah kalau balik Gapi mulalah nak minta masak macam-macam.


Sesambil mak masak, Liez sempat record dan salin resepi. Jom masak!!!

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Bahan-Bahan
Ikan cencaru (dibelah belakang)

Bahan untuk sambal (dimasak seperti buat sambal)
1 ulas bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu cili giling
1 sudu paste asam jawa
2 inci belacan
garam dan gula
bawang besar (dihiris)

Cara penyediaan:
1. Ikan sencaru tadi di lumur garam kunyit. Kemudian sumbat sambal tadi dalam ikan.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letak ikan dan bakar hingga masak.
3. Kemudian hidangkan dengan nasi panas.


Post a Comment

5 Comments

  1. sedap... sesuai sangat ikan caru di masak sumbat gitu

    ReplyDelete
  2. kiteee suka ikan cencaru ni.. panggil ikan jeket..
    yang goreng saja ok yang sumbat cili pun okay =D

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..dulu masa kerja selalu makan ikan ni ada kedai yang memang popular jual ikan sumbat..

    ReplyDelete
  4. mak aihhh buat terliur dah ni...

    ReplyDelete