Memang antara makanan kegemaran Liez ayam panggang yang diperap macam ni. Lagi pula dengan sos peri peri yang pedas menyengat... fuhhh berasap telinga tapi sedap.
Pada 12 Disember lepas, Galito's telah melancarkan pembukaan cawangan terbaru mereka di ECurve Damansara yang terkenal dalam menghasilkan hidangan ayam panggang gaya unik negara Afrika yang diperap selama 24 jam dengan rempah ratus rahsia yang menjadikan ayamnya kekal sedap dan lembut berjus.
Pengasas Galito's, Louis Germishuys |
Pengasas Galito's, Louis Germishuys |
Menu-menu yang dihidangkan di Galito's Malaysia adalah hidangan yang istimewa dan unik selain hidangan utama ayam panggang, juga hidangan sampingan dan pembuka selera seperti Galibowl, Liver and Roll,Chilli Beans dan Fresh sweet potato chips. Selain ayamnya yang diperap 24 jam dengan rempah ratus terpilih ia juga adalah hidangan yang sempurna dalam menghasilkan makanan sihat dan enak di dunia. Hidangan yang ditawarkan di Galito's juga adalah lebih murah dan berpatutan.
1/4 ayam + 2 menu sampingan RM 15.90
1/2 ayam + 1 menu sampingan RM 20.90
1/2 ayam + 2 menu sampingan RM 23.90
Galito's Appertizer |
Galito's Liver and Roll (RM 9.90) |
Galito's Galibowl ( RM15.90) |
Sweet Potato Chips (RM 5.00) |
Boneless Grilled Burger (RM 13.90) |
Tidak lengkap hidangan-hidangan ini tanpa sos peri-peri yang khas dibuat dan didatangkan dari negara asalnya. Mempunyai 5 jenis sos iaitu Sos Garlic peri-peri, sos Lemon & Herbs Peri-peri, sos Mild Peri-peri, sos Hot Peri-peri dan sos Extra Hot Peri-peri. Kesemua sos peri-peri ini dihidangan untuk penggunjung merasai sendiri rasanya yang lain dari yang lain.
5 jenis sos Peri-Peri untuk dinikmati |
Jangan lupa untuk mengunjungi Galito's Malaysia yang kini telah dibuka di lokasi seperti dibawah. Jangan lupa untuk merasai keenakkan dan kelazatan hidangan-hidangan bersama keluarga dan teman-teman.
Outlet Galito's
Galito's Flame-Grilled Chicken eCurve
Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
03-6211 0503
Galito's Flame-Grilled Chicken Subang Jaya
Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor
Galito's Flame-Grilled Chicken Shah Alam
24, 4, Jalan Kartunis U1/47, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor
Facebook:
Instagram:
2 Comments
menarik semua menu yang ada...
ReplyDeleteYahoo! Happy to know that we have a new option for flame-grilled chicken, besides Nando's. Am a fan, so I must check this out and see how it compares!
ReplyDelete