FENOMENA GERHANA BULAN PENUH @ THE SUPER BLUE BLOOD MOON PADA 31 JAN 2018

SUMBER: http://www.angkasa.gov.my/
Gerhana bulan penuh akan berlaku pada 31 Januari 2018 di Amerika Syarikat, Timur Laut Eropah, Russia, Asia (termasuk Malaysia), Lautan Hindi, Pasifik dan Australia. Di Malaysia, gerhana bermula pada jam 7:45 malam, mencapai kemuncak (maksima) pada 9:30 malam dan berakhir pada jam 11:11 malam.  Kenampakan gerhana meliputi seluruh Malaysia.
Ini adalah gerhana bulan pertama sejak 2015 dan Blue Blood Moon yang pertama kelihatan di Amerika Syarikat sejak tahun 1866.

Kuala Lumpur (Waktu Malaysia)
Kenampakan Gerhana Bulan Penuh
Tempoh keseluruhan gerhana : 4 jam 50 minit 36 saat
Tempoh fasa penuh :1 jam 16 minit 4 saat
Fasa penumbral bermula : Bulan masih di bawah ufuk
Bulan terbit : 31 Jan 2018, 19:17:53
Fasa separa bermula: 31 Jan 2018, 19:48:27
Fasa penuh bermula : 31 Jan 2018, 20:51:47
Kemuncak (maksima) : 31 Jan 2018, 21:29:51
Fasa penuh berakhir : 31 Jan 2018, 22:07:51
Fasa separa berakhir : 31 Jan 2018, 23:11:11
Fasa penumbra berakhir :1 Feb 2018, 00:08:29
FENOMENA GERHANA BULAN PENUH @ THE SUPER BLUE BLOOD MOON
Di samping menghasilkan fenomena gerhana bulan penuh, Bulan penuh kali kedua yang berlaku pada 31 Januari 2018 jam 9:27 malam ini juga dikenali sebagai ‘Blue Moon’ (Bulan Penuh kali kedua yang berlaku dalam bulan yang sama).  Ia juga merupakan ‘Supermoon’ kali kedua dan terakhir bagi tahun 2018.

Post a Comment

8 Comments

  1. Siap sedia malam ni. Kita sama solat gerhana dan mendengar khutbah nya Denali.

    ReplyDelete
  2. Banyak dpt notification drpd group2 whatsapp. Thanks for the info 😉👍🏼

    ReplyDelete
  3. Menarik. Harap-harap tak hujan la. Kalau tak memang tak nampak jugak

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas info ni. Kalau tak baca artikel ni memang tak sedar pun malam ni ada gerhana bulan.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih. Ramai juga yang berkongsikan artikel mengenai gerhana bulan penuh. InsyaAllah kita solah sunat malam ni

    ReplyDelete
  6. Tak sempat tgk semalam sbb hujan dan bila kuar tak nampak maybe veranda di kondo saya tidak menghadap bulan huhu

    ReplyDelete
  7. Teruja juga nak tengok tetapi x dpt. Takde rezeki lihat gerhana secara live

    ReplyDelete
  8. Teruja masa nmpak hari tu..tgk dekat tepi pantai..cantiknya

    ReplyDelete