6 Tanda-tanda Peringatan Sebelum Diserang Sakit Jantung


Sakit jantung adalah antara penyakit yang banyak direkodkan di Malaysia. Mengikut rekod Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak 300,000 pesakit jantung menerima rawatan sebagai pesakit luar pada tahun 2017. Jumlah itu meningkat sebanyak 20,000 dari tahun 2016. Yang paling membimbangkan, kebanyakan melibatkan golongan muda seawal usia 20an. Hmmmm banyak tu!!..
Maknanya serangan jantung boleh sahaja menyerang sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. 

Sebenarnya, tubuh badan kita akan memberikan tanda amaran akan berlaku serangan jantung 6 bulan sebelum ia berlaku. Dan kebanyakkan tanda-tanda yang berlaku tanpa kita sedari tanpa kita sangka itu adalah tanda awal seseorang bakal terkena serangan jantung. 
Tanda Pertama- Keletihan melampau
Satu tanda awal serangan jantung adalah keletihan selepas telibat dalam aktiviti fizikal atau hari yang panjang. Hingga rasa keletihan itu tidak hilang walaupun sudah berehat, tidur yang cukup, mengambil makanan yang sihat. Diwaktu ini, digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk dapatkan pengesahan doktor

Tanda Kedua- Gangguan tidur
Fikiran bawah kita akan memberitahu bahawa ada sesuatu tidak kena.Contoh nya,kita kerapterjaga ditengah malam, kerap ke tandas di waktu malam atau mengalami dahaga melampau.

Tanda Ketiga- Sesak nafas
Sesak nafas boleh menjadi amaran utama bahawa kita ada masalah jantung. Apabila jantung kita tidak mendpat oksigen yang mencukupi. Ia berlaku secara tiba-tiba tanpa kita melakukan aktiviti berast seperti berlari.



Tanda Keempat- Masalah pencernaan
Ia adalah tidak normal perut kita sentiasa rasa senak dan tidak selesa. Ia kerap menyerang walaupun kita tidak mengambil makanan yang pedas atau tidak sesuai.
Tanda Kelima- Rasa kebimbangan
Secara tiba-tiba kita mengalami tahap rasa cemas melampau tanpa sebab. Sering mengganggu hingga tidak dapat melalui rutin harian seperti selalu.


Tanda Keenam- Lengan berasa lemah atau berat
Apabila jantung tidak menerima oksigen yang mencukupi, ia menghantar isyarat impuls kepada tulang belakang kita. Saraf yang berhubung antara jantung, tulang belakang dan lengan akan menghantar impul sakit yang menyebabkan lengan kita lemah. Jika ada tanda-tanda tangan kebas, mungkin itu tanda kita mengalami masalah jantung.

Tanda-tanda yang Liez nyatakan diatas sebenarnya adalah tanda-tanda awal yang mungkin boleh kita elakkan jika kita sentiasa menjaga kesihatan dari segi pemakanan dan gaya hidup seharian. Amalkan pemakanan yang sihat tanpa kandungan lemak, garam gula atau bahan perasa tambahan. Juga lakukan senaman secara konsisten.

P/S: Peringatan buat Liez juga. JAGA PEMAKANAN DAN BERSENAM SELALU.



Post a Comment

5 Comments

  1. alamak seramnya.. semoga terhindar la dari penyakit2 mcm ni. its good to know the tanda2 supaya boleh sentiasa berwaspada..

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. Kena mula berjaga-jaga..

    ReplyDelete
  3. tq sharing..risau jugak bila makin berumur ni mcm2 penyakit ade..huhu

    ReplyDelete
  4. betul2 kena jaga ni , terutama sekali dari segi pemakanan , jemput ke http://www.vitaminwawa.com/ , terima kasih ...

    ReplyDelete
  5. nice info, semakin berusia semakin terdedah dengan pelbagai penyakit

    ReplyDelete