DUDUK DI KONDO TAPI PERANGAI MACAM SAMPAH!!


Assalamualaikum semua..
Panas je hati ni.  Ni kejadian baru beberapa minit terjadi. Liez baru je on lappy untuk update blog. Tetiba dengar bunyi benda pecah dekat bawah. Usha punya usha, sampah dicampaknya dari atas. Dah banyak kali residents kondo Liez ni duk komplain pasal ada resident yang buang sampah dari tingkat atas.
Dah banyak kali berlaku residents buang sampah la, baling telur la. Lagi teruk lagi, buang bangkai kucing pun pernah sekali terjadi. Apa punya bengap la haiiiii.. Apa la susah sangat otak diaorang ni untuk berfikir. Bilik sampah dah ada di setiap tingkat bersebelahan lif je. Susah sangat ke nak pergi buang. Aishhhh memang otak sampah. Pihak management pun dah tak tahu nak buat apa dah. Kalau nak install CCTV lagi, memang residents marah sebab kos maintenance akan bertambah. Disebabkan seorang dua yang otak sampah, semua kena tanggung bahana.
Hidup jangan hanya fikirkan diri sendiri je. Kena juga ingat orang sekeliling. Buatnya baling kena budak-budak, orang yang lalu lalang dekat bawah tu siapa nak bertanggungjawab? Kalau cedera biasa takpe lagi, kalau cedera parah atau maut apa nak buat?? Benda mudah pun masih ramai yang tak boleh nak fikir..
Kalau dapat dekat Liez orang yang buang-buang sampah ni, memang Liez campak di ke bawah pulak!! 

Post a Comment

14 Comments

  1. haih betul Liez. Mentaliti macam ni tak kemana.

    Dulu Cici ingatkan penduduk flat je macam tu (Cici dok flat) tapi la yang dok kondo pun sama

    aduh sakit hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue yang hangin...duk mana pun tak kisah tapi kena la guna otak

      Delete
  2. ni bukan orang ni..ni mesti monyet nih..monyet mana dia ikut peraturan..agaknya x serik dengan kes yang buang kerusi dari tingkat atas sampai melayang satu nyawa tu... mmg sape2 pun akan marah sangat2... kalau dapat jenis camtu, sblm campak dia ke bawah tu... ketuk dulu kepala dia dengan lesung..mana tau kot otaknya blh berfungsi balik cam manusia normal..

    sama la cam kat sini pun..nama gah duduk Putrajaya...keje kerajaan pegawai2 sume... perangai lagi teruk dari orang x sekolah..xde belajar adab.. sampah sama la buang camtu jugak.. puntung rokok, cotton bud & sampah2 keropok kat balkoni tak yah cite la..tu belum lg dengan pempuan ajet2 ratu cantik sikat rambut beruban kat balkoni sampai rambut terbang masuk rumah kita bergumpal2 rambut tu..geli wehhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah la nak ckp kan...ada yang otak tak betul ni ..ckp la apapun...bgth la berita maut sekali pun...mmg tak heran

      Delete
  3. Baru je ada kes kematian sbb perangai buruk ni, tapi tak insaf2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tak kena kat batang hidung dia... tu yang perangai mcm tuuu

      Delete
  4. ish tak tau nak definasi kan org tu apa tah..tak bertamaddun? bodoh kah? bebal kah ? kalau dapat tangkap soh dia je yg sapu sampah tu balik... dia ingat dia dok kondo dia dh bayar maintenance tu yg sesuka hati nak buat kot? ehh ai pulak naik hangin..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. i hangin sebab byk kali i boleh dgr sampah tu hempas kebawah.. tapi susahnak tangkap siapa yang buat..

      Delete
  5. Ishh tak tahu nak katalah perangai orang kita ni kak liez,payah laa.. husniey pun serabut mata memandang perangai pengotor dan gila ni.. sebab duk pun kat flat.. Memang ada tukang bersih kawasan flat ni tapi tiap kali lepas bersih tak pernah nak bersih lama lah.. budak budak ke orang tua semua sama naik je duk buang sampah merata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kira duk flat ke setinggan ke kondo ke banglo ke if tak jaga kebersihan tak guna juga.. mentang2 ada tukang cuci soboleh buang macam tu je.. baik duk dalam hutanje..buang sampah sepuasnya..

      Delete
  6. Dekat rumah sewa lama macamni jugak perangainya. Buang makanan dari rumah habis kena kereta. Dah pindah rumah baru ni lega sikit takde perangai macamtu

    ReplyDelete
  7. Adoi.. Cukup tak gemar dengan manusia macam ini.. Kalau dapat dia tu patut kena humban ke bawah macam dia humban sampah tu.. Menyusahkan orang betul..

    ReplyDelete
  8. Terlupa nak belajar Sivik ni. Tu yang main buang je sampah dari atas. Aduyai! Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana seekor monyet ni lah yang buatkan tempat tinggal kita kotor. Hapuskan Pengotor!

    ReplyDelete
  9. Apa ke sakai sangat perangai dia tu? Nak kata malas nak bwk turun sampah, rasanya setiap level disediakan tong sampah kan. Ini mesti kes mentel tak sihat. Kesian kat aunty clener nak kutip plak satu persatu yang berterabur tu. Kenapalah manusia diberi akal tapi malas nak berfikir. Huhuuu tetiba rasa sakit plak hati dengan sikap manusia yang takde sivik tu.

    ReplyDelete