SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT LELAKI-LELAKI KESAYANGAN KU

Assalamualaikum semua..
Banyak hari rasanya Liez tak update any entry dalam blog.Actually bz arrange 2 mini party buat lelaki-lelaki kesayangan Liez. Lelaki pertama, suami tercinta pada 2 Februari jumaat yang lepas. Lelaki kedua, anak Liez Niyaz sepatutnya hari ini 6 Februari tapi since mak ayah Liez nak balik ke Gapi hari ni so Liez buat party semalam.
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT LELAKI-LELAKI KESAYANGAN KU
2 Februari - Ulangtahun kelahiran Dearie yang ke 39 tahun, tapi nampak macam 30 je.. Cehhhhh jangan perasan ye sayang (tahu dia tengah tersenyum tu bila baca entry ni). Konon nak buat suprise tapi kantoi coz masa on the way nak keluar beli kek dekat Giant Batu Caves, adik ipar Liez (adik Dearie) boleh pula bagitahu dalam Whatsapp family group yang diaorang ternampak Liez dan anak-anak keluar. Dan sudah pasti Dearie dapat tangkap kannnnn.. punah!! hihihihi.. Liez just beli cake dan belon je coz malam nanti parents in law nak belanja birthday dinner dekat Washout Cafe. 
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT LELAKI-LELAKI KESAYANGAN KU

Dekat rumah just gantung hiasan biasa sahaja tapi bagi Liez seronok coz Qaseh dan Niyaz excited sangat. Sama-sama bekerjasama dan kelam-kabut bila dengar Baba diaorang nak buka pintu.

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT LELAKI-LELAKI KESAYANGAN KU
6 Februari - Ulangtahun kelahiran yang ke 2 Niyaz, Liez dan Dearie plan mini party untuk family sahaja. Tapi parents in law dah balik ke Ipoh. So just ada mak ayah dan adik beradik Liez sahaja. Menu pun simple dengan Nasi Lemak, Spaghetti Aglio Olio, Vietnamese Spring roll dan kek. Alhamdulillah ada rezeki lebih untuk makan beramai-ramai dengan keluarga. Bestnya, bila tengok reaction muka Niyaz bila ramai-ramai nyanyi lagu happy birthday. Dah cerdik kan so dia faham.

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN BUAT LELAKI-LELAKI KESAYANGAN KU

Doa Liez buat lelaki-lelaki kesayangan Liez, semoga mereka berdua sentiasa di dalam lindungan olehNYA, dimurahkan rezeki, menjadi lelaki yang soleh, penyayang, bertanggungjawab, menjadi imam terbaik untuk keluarga, menjadi anak yang taat pada ibu bapa. Dan yang utama menjadi umat ALLAH SWT yang taat. Semoga lelaki-lelaki Liez ini menjadi ketua dan pelindung kami semua hingga ke akhir hayat.





Post a Comment

1 Comments