TOKUYA - KEDAI PRODUK DARI JEPUN DIBUKA DI ARCORIS PLAZA MONT KIARA

TOKUYA - KEDAI PRODUK DARI JEPUN
"Membeli Belah adalah satu terapi murah 
dan berkesan dari berjumpa Psikiatri"

Betulkan? Kebanyakkan wanita suka sangat shopping tak kira untuk diri sendiri atau pun keperluan harian. Asal cantik, berkualiti dan murah memang ramailah kaum Hawa bertumpu disitu. Salah sorang daripadanya, Liez la tu.. Hihihi.. Pantang nampak terus pergi dan akan berulang pergi.
TOKUYA - KEDAI PRODUK DARI JEPUN
Minggu lepas, Liez telah dijemput ke hari pembukaan TOKUYA yang menawarkan barangan dari negara Jepun dengan harga murah dan pasti berkualiti. Memang bersesuaian dengan misi TOKUYA untuk mendapatkan kepuasan pelanggan secara konsisten. Ini yang Liez katakan !!


Bila menjejakkan kaki ke dalam TOKUYA, Liez terpegun kerana dekorasinya simple dan unik. Dengan susunan barangan mengikut kategori dalam keadaan teratur. Ia untuk memudahkan para pelanggan untuk mencari barangan yang dikehendaki. 




   TOKUYA yang berkonsepkan 'Purposeful Unique'
‘Purposeful’
- in the placement of its product to inspire
people to make bold decisions.
Unique’
- in the way no one can replicate how the brand lifts the
spirits of people where it seeks to bring people through
a unique user journey through Japan (modern and old).

Lebih 20,000 produk barangan dari Jepun terdiri daripada peralatan dapur, kosmetik, alatan persekolahan, barangan seramik dan kaca, peralatan berkebun, permainan, perkakasan kebersihan rumah, barangan untuk haiwan peliharaan dan banyak lagi. Dan lebih menarik adalah harga barangan di TOKUYA dari serendah RM5.90.





Liez dah mula rambang mata bila banyak barangan yang unik dijual disini. Kebanyakan barangan di TOKUYA tidak banyak dijual di kedai lain. Ia ada keunikkan tersendiri dalam memberikan yang terbaik kepada para pelanggan. Antara barangan yang Liez suka adalah barangan kaca dan perkakasan dapur. Habis Liez angkut masuk dalam bakul. Hihihi..
TOKUYA - KEDAI PRODUK DARI JEPUN
Pada korang yang nak dapatkan barangan mudah dan berkualiti dari Jepun ini datang serbu terus ke TOKUYA. Korang takkan menyesal dengan barangan yang korang beli.
TOKUYA
LG1_06&07,
Arcoris Plaza, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6411 2082

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

5 Comments

  1. Bestnya. Suka kedai Jepun mcm ni. Barang semua unik.
    Macam ala ala Jalan Jalan Japan dekat One City. Hee.

    ReplyDelete
  2. Syok shopping tu.. Bole feel mcm shopping kt jepun

    ReplyDelete
  3. Menarik la kedai ni..unique2 barang dia..

    ReplyDelete
  4. Baru tau ni,tokuya ni bagus-bagus semua
    Terbaik pokoknya kedai ni.

    ReplyDelete