Bergambar dengan Dr Nigel |
Selesa sangat bila menunggunya |
Penerangan lengkap dari Dr Nigel |
- satu rawatan menggunakan laser untuk merawat ketidaksempurnaan pada kulit wajah terutama bagi masalah kulit berminyak, kulit kusam, jeragat, bekas parut jerawat dan pori-pori terbuka.
- Penggunaan laser pada kadar yang sesuai membantu meningkatkan keserian wajah, menegangkan kulit dan juga mengatasi masalah-masalah kulit dengan lebih berkesan.
- Ia merupakan rawatan yang tidak menyakitkan
- Lapisan karbon yang digunakan pula membantu sinaran laser untuk membuang lapisan kulit yang mati atau yang rosak. Haba laser yang sampai dilapisan dalam kulit, akan membantu kolagen baru pada kulit baru yang segar dan lebih sihat.
Kebaikkan Carbon Laser Peel
- membuang lapisan kulit mati dan kulit yang rosak.
- merangsang penghasilan kulit baru yang lebih segar, tegang dan bersih
- mengurangkan penghasilan minyak pada kulit wajah
- mengecilkan liang pori-pori pada wajah
- kulit akan lebih sekata dan berseri
Kemudian Liez dibawa ke bilik rawatan dimana proses Carbon Laser Peel akan dibuat. Muka Liez dibersihkan dari sebarang make-up terlebih dahulu.
Kemudian satu lapisan carbon disapukan dipermukaan kulit muka Liez.
Doktor Nigel memulakan rawatan laser sebanyak 3 peringkat yang setiap satunya mempunyai fungsi yang berbeza
Ia akan memecahkan lapisan kulit mati dan rosak. Pengelupasan kecil akan berlaku dan akan disedut keluar. Laser yang pertama, pelanggan hanya akan merasa sedikit haba.
Pancaran Laser kedua
Akan kedengaran letupan kecil dimana pancaran laser akan masuk ke dalam kulit untuk merawat kulit yang bermasalah untuk mengurangkan kesan parut.
Pancaran Laser ketiga
Pancaran laser terakhir yang berfungsi sebagai merangsang kolegan untuk memberikan kulit baru lebih segar, tegang dan anjal.
Carbon Laser Peel ini sangat sesuai untuk yang ingin melakukan rawatan dalam masa yang singkat. Hanya mengambil masa kurang 1 jam dan tidak downtime (boleh terus melakukan aktiviti selepas rawatan). Itu sebabnya Carbon Laser Peel adalah antara rawatan yang popular di Premier Clinic.
Sebelum Selepas |
Selain rawatan Carbon Laser Peel, ada banyak lagi rawatan kecantikan yang menjadi pilihan ramai di Premier Clinic.
Premier Clinic juga ada menyediakan konsultasi secara PERCUMA di klinik KL City, TTDI dan Bangsar Baru. Boleh terus hubungi 012-6625552 untuk temujanji atau email ke contactus@premier-clinic.com. Untuk keterangan lebih lanjut boleh terus hubungi Premier Clinic seperti dibawah:
TTDI
31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail, 6000 Kuala Lumpur
(same row as Pizza Hut and next to Maxis and Digi Centre)
BANGSAR
40, Jalan Telawi, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
(same row as Post Office and next to RAj Banana Leaf mamak stall)
PUCHONG
G-15, 1O1 Boulevard, Jalan Kenari 5, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor
(same row as RHB Bank and Papaprich Restaurant)
KL City
A-0-8 Megan Avenue 1, 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur
(opposte new China Embassy (China visa application place)
Website :
Instagram :
Tumblr :
Twitter :
Google Plus :
Youtube :
Dr Ke Yong Seng: http//wwwKLaesthetic.com
Dr Chen Tai Ho : http//www.drchentaiho.com
Whatsapp: http://premierclinic.wasap.my
23 Comments
Sakit Tak? Nampak ketara perubahan. Bagi yang berani bolehlah mencuba. Akak takut wei!
ReplyDeleteDah pernah buat carbon laser treatment kat sini jugak tapi seram bunyi pop pop tu. Hehehe...lepas buat treatment ni jangan lupa kena pakai sunblock bila keluar rumah....
ReplyDeleteSA dah pernah buat Carbon Laser, takde la sakit kan..syok lagi ada..the best part siap terlelap2 lagi..hahaha..tapi perubahan tu akan nampak lebih ketara bila dah beberapa kali rawatan...Premier Klinik ni bagus...
ReplyDeleteLast buat lasr masa nak buat hyperpigmentation saya. Kena pegi 6 kali jugak ar baru hilang. Tahan 4 tahun je. Sekarang dah balik macam dulu. Kos dia mahal la
ReplyDeletewow! memang lebih cantik, boleh tengok beza nya,
ReplyDeletebefore and after...
Very nice premier clinic..
Wanita dan kecantikan berpisah tiada. Macam best jer tengok dia laser. Sakit tak... hehehe.. Tapi memang nampak beza lah sebelum dan selepas rawatan.
ReplyDeleteBestnya liez buat rawatan muka yg laser2 ni..
ReplyDeleteMahal wooo...
Teringin nakk buat...
Agk2 kalau buat ni..mesti suami kita trkagum tgk perubahan muka kita
Tak pernah try lagi carbon laser. Ramai kata tak sakit ya. Kadang2 kita sebagai perempuan mmg perlukan rawatan seperti ini
ReplyDeleteTak pernah lagi buat carbon laser..teringin nak buat..nampak kulit liez cantik lepas buat treatment
ReplyDeleteoutlet xde plak di melaka. if not, teringin plak nak mencubanya.
ReplyDeletekulit aida ni rasanya utk elok nak kena gi laser la hi hi hi...
pakai le produk pe pun, just maintain aje.
nak ler ploles :)
Ramai yg buat treatment carbon ni. nampak perbezaan ketara and kulit jadi cantik kan. seronoknya kena urut2 mukaaaaaa
ReplyDeleteSampai 3kali kena laser tu. Tak sakit ke liez. Seram lak ana nak buat. Tapi nak cantik kan. Kesan lepas tu yg best kan. Nampak kulit lebih berseri dan anjal.
ReplyDeletedah lama teringin nak buat treatment kat klinik kecantikan macam ni. mesti dpt tgk banyak perbezaan
ReplyDeletewah bagus rawatan karbon ni. nampak macam best je. banyak jugak jenis2 rawatan untuk kecantikan ya. tq atas perkongsian. mana tau nnti boleh cuba.
ReplyDeleteWah bestnya. Memang teringin nak buat. Kita tgh nak set date ni pergi sebab sekarang tgh demam and muka sunburn sb travel! Huhu. Tak pikir lagi nak buat rawatan yg mana. Hehe. Cantik berseri lah Liez ya.
ReplyDeleteuzu pon ada appoitment dengan premier klinik tapi tak de masa lagi nak p. mmg nak buat carbon peel juga yg sesuai dengan kulit bminyak hewhew
ReplyDeletekak, dah lama dah ainy teringin nak buat rawatan laser ni tapi takut salah pilih spa / clinic. nanti nak trylah pergi clinic ni.
ReplyDeletei dah 2-3 kali buat carbon peel laser, so far memang agak membantu haluskan liang pori yang besar tapi nak lagi efektif i suggest buat dermapen, memang nampak kesan dia lebih ketara dari carbon peel laser cuma kena suffer around a weeek la untuk dia kelupaskan kulit yang banyak lekuk lekuk tu
ReplyDeleteI try their service before for slimming. Have not try their carbon laser. Next round want to try their carbon laser. Your skin tone look brighter.
ReplyDeleteHi uolls...nak tnya ritu ada buat laser treatment dkat sbah.. Ada satu tempat medispa ni... Tu staff suggest laser untuk pigment tapi bukan carbon laser.. Dia just apply yg krim bius and then laser kat muka i... Ada bunyi pop2 tu n bau hangus.. Dah habis facial i tgokla kat cermin muka i ya Allah ada luka2 lecik.. Pedih la.. Nak tnya korang memang normal ke mcam tu? Nanti nak pegi kerja malu pla kwn2 npak.. Boleh tak sy apply foudation? Sbab tgok korang buat carbon laser ok jer... Kalau korang tgok muka i memang teruk giler...
ReplyDeleteYang Liezbuat ni memang takde luka-luka pun.. even takde rasa sakit pun lepas tu.. not sure if yang saudari pergi tu ada kelulusan utk buat laser dan selamat utk digunakan.. kena check dulu.. septutnya memang xkan ada masalah after laser.
DeleteI have read your article; it is very informative and helpful for me. I admire the valuable information you offer in your articles. Thanks for posting it. Electrode Carbon Paste
ReplyDeleteHow much does it cost? Around..?
ReplyDelete