Cara mengelak terlupa anak di dalam kereta (Forgotten Baby Syndrom)

 Forgotten Baby Syndrom
Allahuakbar, luruh jantung Liez bila baca berita semalam mengenai seorang kanak-kanak dua tahun meninggal dunia akibat tertinggal 4 jam di dalam kereta. Tapi tak boleh dibayangkan perasaan ibu bapa yang melalui pengalaman ini. Kita tidak boleh nak salahkan ibu bapa yang terlibat sebab kita tidak tahu apa yang dilalui ketika kejadian kan. 

Liez ada terbaca ini dipanggil Forgotten Baby Syndrom dimana ia merujuk kepada keadaan psikologi di mana ibu bapa terlupakan anak-anak mereka yang berada di dalam kenderaan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira berapa penyayang ibu bapa tersebut. Mengikut Profesor Psikologi, Farmakologi dan Fisiologi University of South Florida membuktikan sindrom ini memang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dibawah sedar ibu bapa. Ini dijelaskan apabila ada persaingan antara "Sistem ingatan tabiat" dan sistem memori propektif". Keadaan ini berlaku apabila bahagian otak yang berfikir tentang apa yang perlu dilakukan (seperti mengambil anak di pusat asuhan) bersaing dengan bahagian otak yang melakukan rutin harian(seperti pergi ke pejabat)
Juga boleh berlaku bila seseorang itu terlalu letih dan pemikiran tidak mengendahkan aktiviti-aktiviti yang berada dipersekitaran.

Bagi mengelakkan kita terlupa akan kehadiaran anak-anak didalam kereta, ada beberapa tips yang boleh diikuti

  1. Pastikan kita periksa tempat duduk belakang tiap kali keluar dari kereta
  2. Gunakan alarm Children reminder yang ada dalam aplikasi Waze.
  3. Letak sebelah kasut yang dipakai di tempat duduk belakang.
  4. Letak loceng atau mainan bayi yang berbunyi di car seat anak korang.
  5. Jangan main handphone sebelum keluar kereta.
Liez berharap tips yang Liez beri ini boleh digunakan untuk Liez sendiri dan untuk semua ibu bapa bagi mengelakkan hal ini berlaku. Liez doakan semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang mendukacita ini.

Al-Fatihah

Post a Comment

10 Comments

  1. Sedih baca berita ni di facebook,
    yelah kita tak tahu keadaan si ibunya. Barang besar depan mata pun kadang terlupa letak kat mana.. 😥

    ReplyDelete
  2. Takziah buat ibu dan bapa kanak2 tersebut.

    ReplyDelete
  3. Allahu..I nampak kat newspaper tapi tak baca sbb rasa tak sampai hati..semoga kedua ibu bapa bayi tu tabah..dan orang ramai jangan lah dok kritik..sebaiknya berdoa utk mereka dan diri supaya benda mcm ni tak jadi pada diri sendiri..

    ReplyDelete
  4. baca kisah ni aritu...tp x berani nak komen pape takut terkena kat diri sendiri..ngeri tgk netizen dok marah2 salahkan ibu.. rasanya xde ibu yg nak anak dia meninggal terseksa camtu.. mungkin dugaan yg Allah datangkan pada si ibu ini adalah teguran untuk kita semua juga supaya berhati2.

    takziah untuk keluarga dan alfatihah untuk arwah.. :'(

    ReplyDelete
  5. semoga roh anak malang itu dicucuri rahmat...

    ReplyDelete
  6. sedih kan...bukan kehendak semua ibu macam tu tapi kejadian itu hanya penyebab dan asbab..takziah buat keluarga mangsa..SA sebak baca semalam..

    ReplyDelete
  7. Huhu.. takziah buat ibu bapa mangsa. Saya pertama kali dengar tentang syndrome ni.

    ReplyDelete
  8. siapa la kita nak berckp hal org kan?
    ia tak terjadi kat kita.... kita boleh la komen sesuka hati :(
    kalau da Allah tutup ingatan kita, sape la kita nak menolak qada' dan qadr.
    itu hanya penyebab...

    ReplyDelete
  9. Setiap kali baca kes-kes macam ini, memang sedih sangat.. Yang melaluinya apa tah lagi..Takziah buat keluarga mangsa.. Sha baru tahu mengenai sindrom ini.. TQ untuk perkongsian ini ye liez..

    ReplyDelete
  10. Semua orang boleh lupa sesuatu perkara..tak baik salahkan ibu tu..

    ReplyDelete