Hai korang.. Apa aktiviti anak-anak time cuti sekolah ni? Liez baru balik dari KidZania GO di Quill City Mall. Disana macam -macam aktiviti menarik untuk anak-anak korang cuba. Liez ke sana bersama Qaseh dan menaiki Komuter dari Serendah dan Monorail dari KL Sentral. Memang jauh perjalanan kami hari ni. Tapi seronok dan mudah sebab ada pengangkutan seperti Monorail untuk Quill City Mall.
Bagi yang nak bawa anak-anak ke KidZania GO!, ia adalah PERCUMA. Korang hanya perlu berbelanja RM38 dalam satu resit di mana-mana outlet di dalam Quill City Mall sahaja. Dan tiket masuk boleh ditebus di kaunter di KidZania GO! di Main Atrium di tingkat bawah Quill City Mall
Ada 8 aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti:
Sharp Air Quality Control |
Court house |
Volvo - Stop, look and wave
|
Scott's Research Lab |
Magic Studio |
Recycling centre |
TV Studio |
Mc Donald's Fitness Centre
|
Liez pun jadi excited bila tengok Qaseh seronok melakukan aktiviti -aktiviti tu. Rasa macam Liez nak join sekali. Korang jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak korang untuk menerokai alam pekerjaan yang sebenar bermula dari 19 March hingga 25 March ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Juga ada promosi untuk yang berminat untuk dapatkan tiket ke KidZania Kuala Lumpur.
7 Comments
mmg menarik dan yg pasti anak2 pun sangat teruja walau hanya 8 aktiviti..tapi menyeronokkan dan mengembirakan anak2
ReplyDeletemmg happy habis
Deletemenaarik! bestnya spend masa di kidzania. banyak ilmu yang adik2 akan dapat :)
ReplyDeletekan...anything klau untuk anak-anak belajar mmg tak kisah pun
Deletekat sana pun Kidzania gak ke..ke tak sama macam yang kt Damansara tu?
ReplyDeletetu mini kidzania..actually mmg dari Kidzania KL
DeleteMenarik aktiviti yang disediakan Mrs. Liez.. LZ rasa bukan kanak-kanak sahaja teruja, mak anak mcm LZ pun rasa nak turut serta.. Bagus pengisian masa anak-anak Mrs Liez sempena cuti sekolah..
ReplyDelete