NAK KURUS DENGAN MUDAH TANPA KE GYM? BOLEH CUBA BRISK WALK


NAK KURUS DENGAN MUDAH TANPA KE GYM? BOLEH CUBA BRISK WALKKalau sebut nak kurus je, ramai berazam nekad nak turunkan berat badan tak kira untuk azam awal tahun ke sebab nak kahwin ke kan.. Liez pun sama juga, nekad setiap minggu nak turunkan berat badan.. Tapi harapan tinggal harapan. Mula la pasang niat nak ke gym, nak jogging pusing 14 rounds Tasik Titiwangsa la..hmmm hanya dalam mimpi. Nak bayar personal trainer memang tak mampu.

Tapi sebenarnya, kita boleh boleh mempercepatkan penurunan berat badan dengan hanya brisk walk selain dari menjaga pemakanan kita. Kena ingat untuk berjaya dalam penurunan berat badan mengambil kira 80% pemakanan dan 20% senaman. Kalau exercise bagai nak rak tapi makan still macam dinasour pun tak guna. Liez ada terbaca satu artikel yang mengatakan keberkesanan brisk walk lebih ketara berbanding jogging. Bukan sahaja untuk menurunkan berat badan tapi ada kelebihan lain yang perlu korang tahu.

Kelebihan Brisk Walk
  1. Para saintis di University of Pittsburgh mendedahkan bahawa orang yang berlebihan berat badan yang berjalan dengan cepat selama 30 hingga 60 minit sehari boleh kehilangan berat walaupun mereka tidak mengubah cara pemakanan seharian.
  2. Penyelidik di University of Colorado mendapati bahawa berjalan membantu mencegah penyakit arteri perifer (yang merosakkan aliran darah di kaki dan menyebabkan sakit kaki dikalangan orang tua).
  3. Penyelidik di sekolah perubatan University of Massachusetts mendapati bahawa orang yang berjalan setiap hari mempunyai 25 peratus kurang menghidap selesema berbanding yang tidak aktif.
  4. Berjalan adalah latihan berat badan, ia juga dapat membantu mencegah osteoporosis penyakit tulang.
  5. Bagi orang yang mengalami kemurungan, berjalan tiga hingga empat kali seminggu selama 30 minit membantu meningkatkan mood seseorang.
Kekerapan melakukan Brisk Walk
Mengikut jurulatih kecerdasan, pakar kesihatan mengesyorkan brisk walk dilakukan sebanyak 10,000langkah sehari ( jarak 5 batu) untuk sihat, 16,000 langkah untuk menurunkan berat badan. Tapi sebenarnya ia terpulang kepada individu sendiri. Nak cepat kurus, lagi banyak langkah yang korang kena buat.

Jadual Brisk Walk
Minggu Pertama 
Isnin hingga Sabtu: Berjalan sepuluh minit pada kadar yang sederhana.
Ahad: Berjalan perlahan selama 20 minit.

Minggu kedua- ketiga
Isnin: Rehat
Selasa hingga Jumaat: Berjalan selama 25 minit pada kadar sederhana satu hari, 30 minit seterusnya.
Sabtu: Berjalan 20 minit dengan cepat.
Ahad: Berjalan 45 minit pada kadar yang sederhana.

Minggu keempat dan seterusnya
Isnin: Rehat
Selasa hingga jumaat: Berjalan 45 minit pada kadar sederhana satu hari dan 50 minit keesokan harinya
Sabtu: Berjalan 50 minit dengan pantas
Ahad: Berjalan 60 minit pada kadar sederhana

Sumber: Google
Nak tahu macam mana brisk walk boleh cari di Youtube. Ada video untuk semua pergerakkan briskwalk yang patut korang buat. Jadi tiada alasan lagi nak turunkan berat badan walaupun duduk dirumah kan? Liez pun nak mulakan brisk walk pagi ni. SemogaLiez berjaya menurunkan berat badan sebelum bulan ramadhan ni.

Post a Comment

10 Comments

  1. Pemakanan yg sihat paling banyan membantu..

    ReplyDelete
  2. Berjalan pun kena teknik yang betul, baru berkesan kan. Sama juga mai pernah baca postur yang betul masa duduk, masa naik tangga, semua membantu untuk shaping badan balik. Tp tu la mcm robot pula jadinya, haha.

    ReplyDelete
  3. Fikir nak brisk wall, terus rasa penat. Macammana nak kurus camni >_<

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang sangat bermanfaat.moga membantu ramai.
    Kelebihan Brisk Walk
    Para saintis di University of Pittsburgh mendedahkan bahawa orang yang berlebihan berat badan yang berjalan dengan cepat selama 30 hingga 60 minit sehari boleh kehilangan berat walaupun mereka tidak mengubah cara pemakanan seharian.
    Penyelidik di University of Colorado mendapati bahawa berjalan membantu mencegah penyakit arteri perifer (yang merosakkan aliran darah di kaki dan menyebabkan sakit kaki dikalangan orang tua).
    Penyelidik di sekolah perubatan University of Massachusetts mendapati bahawa orang yang berjalan setiap hari mempunyai 25 peratus kurang menghidap selesema berbanding yang tidak aktif.
    Berjalan adalah latihan berat badan, ia juga dapat membantu mencegah osteoporosis penyakit tulang.
    Bagi orang yang mengalami kemurungan, berjalan tiga hingga empat kali seminggu selama 30 minit membantu meningkatkan mood seseorang.
    Kekerapan melakukan Brisk Walk
    Mengikut jurulatih kecerdasan, pakar kesihatan mengesyorkan brisk walk dilakukan sebanyak 10,000langkah sehari ( jarak 5 batu) untuk sihat, 16,000 langkah untuk menurunkan berat badan. Tapi sebenarnya ia terpulang kepada individu sendiri. Nak cepat kurus, lagi banyak langkah yang korang kena buat.

    Jadual Brisk Walk
    Minggu Pertama
    Isnin hingga Sabtu: Berjalan sepuluh minit pada kadar yang sederhana.
    Ahad: Berjalan perlahan selama 20 minit.

    Minggu kedua- ketiga
    Isnin: Rehat
    Selasa hingga Jumaat: Berjalan selama 25 minit pada kadar sederhana satu hari, 30 minit seterusnya.
    Sabtu: Berjalan 20 minit dengan cepat.
    Ahad: Berjalan 45 minit pada kadar yang sederhana.

    Minggu keempat dan seterusnya
    Isnin: Rehat
    Selasa hingga jumaat: Berjalan 45 minit pada kadar sederhana satu hari dan 50 minit keesokan harinya
    Sabtu: Berjalan 50 minit dengan pantas
    Ahad: Berjalan 60 minit pada kadar sederhana

    ReplyDelete
  5. Lepas nih nak try brisk walk plak kan..berjalan pun boleh turunkan berat badan, so bolehlah buat.memang tgh usaha nak turunkan berat lg

    ReplyDelete
  6. dah start dah brisk walk sebab nak jogging tak mampu lepas kaki melecet.

    ReplyDelete
  7. Okay..jom kita mulakan.. Berat leya dah naik ni weyyhhh.... Huahuahua..

    ReplyDelete
  8. Nak turunkan berat jugaaaakkk!! Ni jalan peluh pun x keluar dah makan lagi. Acaner tu.

    ReplyDelete
  9. Setuju.. Walau pemakanan faktor utama, senaman ringkas secara konsisten juga main peranan untuk kurusss :)

    ReplyDelete