Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Bungah | Hi korang!! Dah banyak hari Liez tak update blog kan? Sebenarnya penat bercuti di Penang masih terasa. Nak tuned balik mode ingat kerja rumah ni memang ambik masa..hihihi~

Entry kali ni Liez nak cerita kan sedikit tentang Avatar Secret Garden yang menjadi viral baru-baru ini. Nak dijadikan cerita 2 hari sebelum kami bergerak ke Penang, Mama called nak informed mengenai lokasi viral ini. Dan Liez kebetulan memang menyiapkan itinerary dan mengumpul sebanyak mungkin lokasi yang best untuk diterokai. Akhirnya kami sampai di Avatar Secret Garden pada malam kedua kami di Penang. Perancangan sepatutnya pada malam pertama tapi dibatalkan sebab hujan.


Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
APA YANG BEST SANGAT AVATAR SECRET GARDEN ?
Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong

Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
Sebenarnya ia menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan pelancong luar kerana keunikkan taman seakan dunia Pandora yang dicipta untuk filem Avatar yang popular pada tahun 2009. Terletak di dalam taman di Tokong Thai Pak Koong dihasi cantik dan indah dengan lampu-lampu yang menghiasi taman. Cantik sangat sebab ia seakan berada di dalam dunia fantasi. Terpegun sekejap..
Gambar kenangan dengan bunga Tulip tiruan
Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
Selain kecantikkan lampu berwarna warni tu, terdapat satu kawasan yang dihiasi dengan bunga tulip tiruan yang bercahaya. Wow!! Dah la memang Liez suka bunga tulip,nampak je bunga tulip tu terus snap gambar tak tahu la berapa puluh keping. Excited giler~
Sempat minta tolong mama untuk ambil gambar Liez disamping bunga tulip ituw cewah..~
Jadi la kenangan terindah walaupun tak dapat merasa ke Holland untuk melihat dan baring disamping bunga tulip segar..tetiba emo apa hal la Liez hihihi~


TIPS UNTUK YANG HENDAK KE AVATAR SECRET GARDEN 

Ini penting untuk korang yang nak ke sana ye. Selepas Liez pergi sendiri dan melalui sendiri memang ada beberapa tips yang korang perlu ambil kira


  • Parkir - Disebabkan ia terletak di dalam kawasan sebuah tokong jadi kawasan parkir agak terhad tetapi aliran keluar masuk kenderaan dijaga oleh beberapa orang dan caj sebanyak RM2/kereta dikenakan.
  • Bagi yang membawa anak kecil, pastikan korang sentiasa pegang atau dukung mereka. Kawasan gelap dan cahaya samar-samar sahaja. Risau anak-anak hilang atau terjatuh.
  • Berhati-hati ketika melangkah. Anak tangga sepanjang taman ini agak kecil dan licin. Sila bawa lampu suluh atau gunakan torchlight hp korang untuk menyuluh sepanjang jalan.
  • Orang agak ramai dan cari lokasi bergambar yang cantik untuk dijadikan kenangan. ini sangat penting ok !
Harga Tiket masuk:
Tiada

Map lokasi

Alamat:
336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 
11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang