Wednesday, May 30, 2018

JOM SHOPPING BAJU RAYA FESYEN TERKINI HANYA DI HAQQI

Wednesday, May 30, 2018 6
Jom Shopping Baju Raya Fesyen Terkini Hanya Di Haqqi | Dah masuk hari ke 13 kita berpuasa kan? Cepat betul masa berlalu. Sekarang ni mesti dah sibuk buat persiapan untuk hari raya pula. Ada yang dah sibuk membuat kuih raya, sibuk berkira nak menghias rumah dan yang penting lagi sibuk nak beli pakaian baru.

Dah tahu nak cari pakaian yang terkini dan murah, dibawah satu bumbung? Boleh cari dari pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak? Liez nak cadangkan korang ke Butik Haqqi.
Jom Shopping Baju Raya Terkini Hanya di Haqqi
Sebenarnya Haqqi menyediakan kelengkapan untuk ibadah Haji dan Umrah, juga menjual pakaian-pakaian patuh syariah yang boleh dipakai untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Selain itu, di Haqqi juga menjual pakaian-pakaian terkini seperti jubah, baju kurung, kurta, baju melayu dan tudung.

Minggu yang lepas, Liez ke Haqqi cawangan TTDI. Liez juga telah mencuba beberapa baju yang sangat sesuai untuk digaya di hari raya nanti.
Jom Shopping Baju Raya Terkini Hanya di Haqqi
Uishhhh~ memang seronok bila masuk butik Haqqi ni. Rambang mata dan tak tahu nak pilih yang mana satu. Semuanya cantik-cantik korang. Bukan saja cantik tapi material yang digunakan pun memang sejuk dan selesa.
Jom Shopping Baju Raya Terkini Hanya di Haqqi
Jom Shopping Baju Raya Terkini Hanya di Haqqi
Selain fesyen baju dibawah label Haqqi, korang juga boleh dapatkan feayen baju dari label Nursajat, IzzuXclusive, OWL by Nora Danish, EL by Elfira, Dara by Fathia Latiff, Ameera Zaini, Fattah Amin for Al Mukarramah, Zareeth Zehra dan banyak lagi.



Korang yang nak masih tercari-cari baju untuk dipakai di hari raya nanti, boleh ke Haqqi Shah Alam kerana Haqqi akan mengadakan lelongan berganda untuk semua koleksi pakaian yang ada di Haqqi.

LELONG!! LELONG!! LELONG!!
Korang terlepas sessi lelongan Haqqi Shah Alam yang lepas? Dont worry, korang follow FB dan IG Haqqi rapat-rapat untuk update tentang jualan lelong akan datang.

Harga lelong yang ditawarkan diskaun hingga 75%!.. memang ramaj yang berebut nak dapatkan baju-baju dengan harga murah tetapi berkualiti hanya di Haqqi.

Tunggu apa lagi, dapatkan pakaian untuk hari raya nanti di Haqqi. Jangan lupa follow Instagram @haqqi.com.my atau Facebook page @haqqi.com.my untuk dapatkan info terkini mengenai tawaran-tawaran menarik sempena hari raya nanti.Tapi jika korang tak dapat untuk ke cawangan-cawangan Haqqi berhampiran, boleh buat pembelian di www.haqqi.com.my

Haqqi Bangi 
B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, 
Bangi Sentral, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
 (Belakang Kompleks PKNS) 
Tel: 03-8912 1542

2-. Haqqi Shah Alam 
13 & 15 Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor. 
(berdekatan Jakel Shah Alam) 
Tel : 03-55234798 
Manager : Hakim Nordin 
011-2334 4099

3. Haqqi TTDI
 No 14, Jalan Wan Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 
60000, Kuala Lumpur. 
(sebelah Butik Nealofa) 
Tel: 03-77322247

4.Haqqi Terengganu
 Pt 35341, Tingkat Bawah, Dataran Austin,
 Jalan Tembusu 2, Wakaf Tembusu, 
21300 Kuala Terengganu, Terengganu. 
(berdekatan Jakel Terengganu)
Tel: 09-6627367

5. Haqqi Brunei
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, 
Brunei Darussalam. 

Thursday, May 24, 2018

HAQQI SEDIA KELENGKAPAN HAJI, UMRAH DAN FESYEN MUSLIM BAWAH SATU BUMBUNG

Thursday, May 24, 2018 23
HAQQI SEDIA KELENGKAPAN IBADAH HAJI, UMRAH DAN FESYEN MUSLIM BAWAH SATU BUMBUNG | Yang nak mengerjakan Umrah di bulan ramadhan ini atau yang sedang membuat persiapan untuk menunaikan haji tak lama lagi, Liez nak cadangan satu butik yang memudahkan pembeli untuk mendapatkan semua kelengkapan ibadah.

HAQQI Sedia Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah Dan Fesyen Muslim Bawah Satu Bumbung
Haqqi merupakan pusat sehenti yang menawarkan pelbagai jenama barangan kelengkapan dan keperluan Haji dan Umrah. Boleh dapatkan macam-macam barangan seperti produk penjagaan diridan kecantikan, kain ihram, telekung, sejadah bersama, sarung tangan dan kaki juga macam-macam keperluan yang perlu dibawa untuk memudahkan ibadah.


Liez suka tengok koleksi telekung yang ada di Haqqi ini. Ada bermacam jenis material untuk telekung dan juga warna dari putih hingga ke warna pastel yang menjadi kegemaran zaman sekarang. Liez masih lagi memilih warna putih bersih untuk telekung hikhikhik~

HAQQI Sedia Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah Dan Fesyen Muslim Bawah Satu Bumbung
Selain barangan ibadah, Haqqi juga ada menyediakan beberapa label fesyen muslim dari tudung, baju kurung, jubah, set kurta dan macam-macam lagi. Anatara label yang boleh korang cari ialah IzzueXclusive, Zareeth Zehra, Dara By Fathia Latiff, OWL by ND, Ameera Zaini, El By Elfira Loy dan banyak lagi. hmmm~ serius cantik dan harga sangat murah. Sempena bulan ramadhan ini, Haqqi menawarkan potongan harga hingga 70% untuk pakaian terpilih.

HAQQI Sedia Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah Dan Fesyen Muslim Bawah Satu Bumbung
Tapi bagi yang berada jauh dari lokasi butik, jangan risau. Pembelian boleh dibuat dengan mudah di laman web Haqqi.com.my. Kalau mak dan ayah korang tak larat nak berjalan untuk ke butik atau tiada masa untuk ke butik,  bolehlah buat pesanan dan penghantaran terus ke depan pintu rumah

HAQQI Sedia Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah Dan Fesyen Muslim Bawah Satu Bumbung
Ada juga koleksi untuk kanak-kanak iaitu koleksi kasut dan juga sejadah kanak-kanak. Bila Liez buka laman web ni, terus Qaseh minta untuk belikan sejadah cantik ni. Dia pun dah rambang mata tengok. Kalau anak rambang mata, Liez lagi la. Tengok koleksi baju kurung dan jubah yang pelbagai rekaan memang buat Liez tergoda.

Jom dapatkan baju-baju cantik untuk hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi dan jangan lupa bergambar dan letak hashtag #haqiootd



Haqqi Shah Alam,
13, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor
(landmark Jakel Shah Alam)
Tel : 03-44234798
Whatsapp : 011-16356865
Call Center : 03-33582846

Haqqi Bangi
B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, 
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 03-89121542

Haqqi TTDI
No 14, Jalan WAn Kadir 4, 
Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumppur
Tel : 03-77322247

 Haqqi Terengganu
Pt 35341, Tingkat Bawah, Dataran Austin, 
Jaan Tembusu 2, Wakaf Tembusu, 
21300 Kuala Terengganu Terengganu 
Tel : 09-6627367

Waktu perniagaan 
10 pagi - 7 petang
(dibuka setiap hari)

Laman web pembelian : www.haqqi.com.my
(24 jam)

Wednesday, May 23, 2018

JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA

Wednesday, May 23, 2018 6


JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA | Korang dah siap tempah baju untuk hari raya nanti? ALHAMDULILLAH. Tapi pada yang belum lagi, jangan menangis tepi bucu katil tau. Sebabnya korang boleh dapatkan koleksi pakaian yang cantik dan terkini di Jakel. Ok settled masalah!
JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA
Sekali lagi, Pusat tekstil terkemuka, Jakel mengadakan jualan dan lelongan serendah 85% sempena hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi. Liez berpeluang bersama-sama memeriahkan lagi kempen Jakel Barulah Raya di Jakel Shah Alam pada hari ahad yang lepas. Jakel Shah Alam merupakan destinasi kedua dalam mempromosikan koleksi pakaian raya dari duta-duta selebriti seperti Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara),Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuff Iskandar dan juga Harith Iskander serta watak kartun popular, Upin dan Ipin. Ini adalah salah satu acara wajib dalam kalendar Jakel. 
JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA
Bestnya kempen Jakel Barulah Raya ini di Jakel Shah Alam adanya sesi lelongan jualan "Happy Hour" dimana Duta selebriti akan menjual sendiri koleksi pakaian diaorg dengan harga runtuh. Liez memang layan sesi lelongan ni. Memang murah! Dan lagi menarik 1000 helai baju melayu PERCUMA untuk pelanggan terawal datang ke Jakel. 


Ehhh..ada lagi tawaran hebat! PERCUMA kain ela bercorak dengan setiap pembelian baju melayu pun ada. Semua yang ditawarkan oleh Jakel adalah dari koleksi terkini tau~
Dalam kegembiraan ini, Jakel Shah Alam tidak melupakan kepada mereka yang memerlukan. Jakel menyumbangkan RM5,000 kepada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).
JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA
Koleksi Baju Melayu
Ada beberapa koleksi baju melayu yang mewakili beberapa duta selebriti iaitu Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Awal Ashaari. Koleksi baju melayu Aaron Aziz adalah untuk mereka yang mementingkan kekemasan dan fabrik bermutu tinggi. Didatangkan dengan beberapa warna pilihan tahun ini antaranya warna hijau burung merak atau teal green.

Nak baju melayu lebih moden, boleh dapatkan koleksi baju melayu Nabil Ahmad dan Awal Ashaari. Ok yang ini memang sangat sesuai untuk lelaki muda yang nak nampak lebih stylo dengan potongan slim-fit. Nampak lebih ranggi walaupun berbaju tradisional. Dengan warna-warna yang bakalhot iaitu merah hati atau maroon dan biru laut atau navy blue.

Jangan risau bagi yang bersaiz plus size, korang jangan sedih k~ ada koleksi baju Melayu Harith Iskander yang sesuai untuk mereka yang berbadan besar. Banyak warna yang boleh dipilih dan yang bakal menjadi pilihan adalah warna yellow buttercup. 

Koleksi Kurta
Kurta ini adalah dibawah label Hairul Azreen. Ia adalah diperbuat dari fabrik cotton bermutu tinggi untuk memastikan pemakai selesa. Selain itu, rekaan kurta ini sangat mementingkan kekemasanpada leher dan bahu serta detailing yang lengkap di poketdan memiliki butang disisi lengan. Kira wudhuk friendly.

Untuk baju kurung pula, koleksi Ayda Jebat tidak kurang hebatnya. Dengan fesyen kurung moden, setiap rekaan adalah ekskusif sangat sesuai untuk gadis-gadis remaja dan wanita berkerjaya. Setiap design menggunakan fabrik dengan motif corak printed terkini .

Bagi yang suka persalinan sedondon, di Jakel juga ada menyediakan 2 koleksi terlaris iaitu Koleksi Schawalara dan Koleksi Hanis, Hairul, Yusuf. Kedua-dua koleksi pakaian ini memiliki kelainan dari segi detailing dan juga potongan baju. 

Dalam koleksi ini juga da menyediakan pakaian untuk kanak-kanak dari koleksi Lara AAlana dan Yusuff Iskandar. Jangan risau kerana koleksi kanak-kanak perempuan dan lelaki ini memfokuskan kepada keselesaan untuk si kecil disamping menceriakan.

Label Upin dan Ipin juga menjadi antara yang terlaris kerana design adalah yang terkini danmemiliki pelbagai jenis warna. Dengan harga yang murah, setiap pembelian baju melayu Upin dan Ipin akan diberikan kain sampindan butang baju melayu secara PERCUMA

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi pakaian selebriti kesukaan korang dengan harga serendah RM89 dan pada Liez cukup murah dan cukup berbaloi. Dan yang lebih menariknya, Jakel telah bekerjasama dengan Boost untukk membantu para pelanggannya untuk membuat pembayaran melalui online disamping megumpul mata ganjaran.
JAKEL SHAH ALAM TAWAR 1000 HELAI BAJU MELAYU PERCUMA SEMPENA JAKEL BARULAH RAYA
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh follow media sosial Jakel Shah Alam seperti berikut:


Facebook

Instagram

" Ingat Kain,Ingat Jakel "
#jakelbarulahraya
#ingatRAYAingatjakel

Tuesday, May 22, 2018

RESEPI RAYA 2018 : CORNFLAKES KUNING TELUR MASIN (SALTED EGG YOLK )

Tuesday, May 22, 2018 12
Cornflakes Kuning Telur Masin (Salted Egg Yolk)
Resepi Raya 2018 : Cornflakes Kuning Telur Masin (Salted Egg Yolk) | Salam Ramadhan hari ke 6 semua. Cepat masa berlalu kan? Hampir satu minggu kita berpuasa. Lepas ni mesti mak-mak sibuk pula dengan persiapan kuih-kuih, baju raya dan berkemas rumah. Liez macam biasa memang akan jual cookies dan kerepek. Tapi tahun ini ada penambahan sikit. Liez jual cornflakes pedas dan Cornflakes kuning telur masin.

Nak resepi lain? >>>> Resepi Cornflakes Pedas

Jom Liez sharekan resepi, mana tahu tahun ni korang buat sendiri dan hidangkan masa raya nanti

Bahan-Bahan:

180g Cornflakes
70g butter
50g serbuk kuning telur masin (jenama Knorr)
Cili api
Daun kari
Sedikit serbuk kiub ayam (optional)
Gula (optional)

Cara penyediaan
- Cairkan butter dan masukkan serbuk kuning telur masin. Kacau hingga berbuih
Masukkan cili api, daun kari dan serbuk kiub ayam, kacau.      
- Masukkan cornflakes tadi dan kacau hingga semua disalut sempurna. 
- Akhir sekali taburkan gula (jika perlu)     
Siap dan biarkan sejuk dan simpan dalam bekas  kedap udara.

Nota:
Boleh gantikan cili api dengan cili kering yang dipotong halus. 

Sunday, May 20, 2018

DOMINO'S RAIKAN WIRA DALAM KEMPEN 'TOGETHER-GETHER FUND'

Sunday, May 20, 2018 16
DOMINO'S RAIKAN WIRA DALAM KEMPEN 'TOGETHER-GETHER FUND'
Dari 17 Mei 2018 hingga 3 Jun 2018, apabila pelanggan membeli mana-mana Ramadan Combos iaitu Ssamjeang Buddy Combo atau Ssamjeang Super Combo, sepotong pizza disumbangkan kepada dana. Setiap enam keping pizza akan didermakan kepada rumah-rumah kebaikan yang dipilih Domino's.

Pada pelancaran Dana Together-gether, individu dalam masyarakat yang telah membantu komuniti melalui usaha peribadi mereka sendiri serta berkumpulan, telah dijemput olehDomino's untuk makan malam bagi memberikan penghargaan . Antara Wira Unsung yang diiktiraf termasuk Doktor dan Jururawat Hospital UMRA, Bomba dari Stesen Bomba Kota Anggerik, Encik Lex Low seorang tukang gunting, Encik Palani Kumar dan kumpulan sukarelawan, Encik Kuan Chee Heng pengasas Community Policing Malaysia serta Encik Ahmad Faizal, inspirasi di sebalik inisiatif Hero Unsung.

Pengunjung dan anak-anak Rumah Titian Kasih dan Rumah Amal Kasih Bestari juga dijemput sebagai sebahagian daripada majlis pelancaran. Ini adalah inisiatif oleh Domino's untuk menghargai pengorbanan hero-hero yang tidak di dendang yang banyak membantu dan berkhidmat untuk masyarakat tidak kira agama, bangsa dan negara.

Linda Hassan, General Manager, Marketing, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore

"Inisiatif Hero Unsung adalah satu yang sangat dekat dengan hati kita. Untuk bulan puasa ini, kami ingin mewujudkan platform bagi kami untuk bergabung dengan pelanggan kami - untuk melakukan kebaikan. Kami berharap dengan sokongan semua rakyat Malaysia, kami berhasrat untuk mengumpulkan lebih daripada 3,000 kotak pizza dalam tempoh tiga minggu melalui inisiatif dana ini yang kemudiannya akan diagihkan kepada lebih 10,000 Pahlawan yang tidak dikenali dan kanak-kanak kurang bernasib baik semasa tempoh Ramadhan Raya ini"
Mr. Lex Low (tengah)tukang gunting jenis yang memberikan potongan rambut percuma dan kelas memotong rambut kepada masyarakat orang asli.
Mr. Kuan Chee Heng (tengah), founder of Community Policing Malaysia, diiktiraf atas sumbangannya untuk meringankan beban kewangan golongan miskin dan memerlukan melalui pelbagai inisiatif
" Selain diskaun hebat dan tawaran hebat, kami menyampaikan kepada pelanggan kami peluang untuk berinteraksi dengan kami dan memperluas kebaikan mereka, terutama dibulan Ramadan. Wira -wira kita ini adalah individu yang banyak berkorban, berkhidmat dan menyumbang kepada keluarga dan komuniti mereka, melampaui apa yang diperlukan untuk kepentingan orang lain dan mereka benar-benar menjadi inspirasi dan lambang pengabdian dan khidmat. Kami sangat teruja untuk berkongsi dengan anda Dana Together-gether kami yang akan melihat pengumpulan pizza melalui pembelian pelanggan kepada wira-wira kita dan beberapa rumah kebajikan " Shamsul Amree, Senior General Manager, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore
Dari Kiri, Linda Hassan and Shamsul Amree menyampaikan penghargaan kepada Balai Bomba Kota Anggerik sebagai penghargaan atas sumbangan mereka kepada masyarakat.
Anak-anak Rumah Amal Kasih Bestari teruja berada didalam ambulan Community Policing team. 
Domino's Pizza teleh menghantar pizza kepada tenaga kerja operasi kejuteraan  Lapangan Terbang Malaysia Airlines Berhad (MAB) untuk menghargai usaha dan kerja keras dalam memastikan operasi lapangan terbang dalam keadaan baik
Tenaga kerja lapanagn terbang Malaysia AirlinesBerhad (MAB) telah menerimapizza dari Domino's

Dengan itu, pelanggan boleh menikmati dua tawaran kombo Ramadan sebagai sebahagian daripada Dana Together-gether seperti dibawah:

Ssamjeang Buddy Combo @ RM39.90
1 pizza Ssamjeang Regular
1 Ayam-Haseyo
1 Garlic Twisty Bread
2 minuman ringan

Ssamjeang Super Combo @ RM59.90
2 Pizza Biasa
1 Ayam-Haseyo
1 Cheesy Mozzarella / Cheddar Stix
1 botol minuman ringan 1.5L

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati tawaran Super Tuesday setiap hari Selasa. Pizza peribadi berharga serendah RM3.90 untuk self-pickup melalui pesanan dalam talian dan RM4.90 untuk pesanan melalui kaunter disemua Domino's seluruh Malaysia. Tersedia dalam semua perisa pizza (surcaj dikenakan keatas pilihan klasik dan kelas pertama) dan Pisang Kaya 6 ".

Saturday, May 19, 2018

10 RESEPI AYAM UNTUK BERBUKA PUASA

Saturday, May 19, 2018 4
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa Chef Wan | Assalamualaikumdan selamat tengahari. Selamat Berpuasa bagi yang berpuasa ye..hihihi~ jangan tak puasa pulak bagi yang wajib berpuasa. Ok, Liez nak share kan resepi istimewa dari chef Malaysia yang terkenal, tidak lain dan tidak bukan CHEF WANI. 

Nak resepi hidangan lain ? >>>>>> RESEPI KERABU SUUN MUDAH 

Kenapa Liez pilih resepi dari Chef Wan? Sebabnya Liez dah cuba kebanyakkan resepi masakan dan pencuci mulut tak kira kek atau biskut memang dijamin sedap. Resepi ini Liez perolehi dari buku ' 400 Resepi Terbaik Chef Wan '
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
1. AYAM KAPITAN
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong 12)
500ml santan
125ml air asam jawa

Bahan-bahan (dikisar)

20 cili kering (di rendam air dan di tos)
6 biji buah keras
2 labu bawang besar
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit, lengkuas dan halia
3 batang serai
3 helai daun limau purut
Garam

Cara penyediaan:

1. Panaskan 4 sudu minyakdantumis bahanyangdikisar hingganaik bau.
2. Masuk ayam dan tutup periuk selama 15 minit hingga ayam masak.
3. Kemudian masukkan santan dan biar mendidih. Masukkan air asam jawa
4. Perisakan dengan garam dan biarkan kuah pekat dan siap untuk dihidangkan.


2. AYAM GORENG PUDINA
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
Bahan-Bahan
600 g isi ayam (potong dadu)
1/2 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
1/4 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu kecil sos ikan
4 sudu besar minyak masak
3 batang serai, hiris
2 sudu besar jus limau nipis
Segenggam daun pudina(racik halus)
Garam
Gula

Bahan-bahan (dikisar)

10 cili merah (dibuang biji)
1 sudu makan belacan
2 batang serai
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih

Cara penyediaan:

1. Satukan isi ayam dengan sos tiram, tepung jagung, minyak bijan dan sos ikan.
2. Panaskan minyak dan tumis sebentar serai untuk beberapa minit dan masukkan bahan yang dikisar. Hingga naik bau
3. Masukkan ayam yang diperapdan kacau sebati hingga masak.
4. Perisakan dengan garam, gula, juslimau nipisdan pudina. Biar seketika dan siap.


3. GULAI AYAM LEMAK
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
Bahan-Bahan
1/2 ekor ayam (potong 6)
6 biji cili api (hiris)
11/2 inci kunyit hidup
250 ml santan
1 batang serai (ketuk)
1 helai daun kunyit (racik halus)
Garam

Cara penyediaan:

1. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali daun kunyit dan reneh hingga 35 minit. Biarkan api sederhana hingga ayam masak.
2. Bila sudah masak perasakan dengan garam dan tabur daun kunyit tadi.


4. AYAM PONGTEH DENGAN TAUCU
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong lapan)
30 biji bawang merah (dihiris)
15 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar taucu
2 sudu besar kicap cair
3 sudu besar kicap pekat
1 inci halia (hiris halus)
4 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
10 keping cendawan Cina (rendam dan tos)
3 biji kentang (belah dua)
750ml air
2 biji cili merah dan hijau (buang biji dan hiris panjang)
2 sudu serbuk lada sulah
1 sudu besar daun ketumbar (hiris halus)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawangmerah dan putih hingga perang. 
2. Masukkan ayam, taucu,kicap cair, kicap pekat, halia, bunga cengkih, bunga lawang, cendawan cina, kentang dan air. Biar mendidih.
3. Masukkan cili merah dan hijau, gula dan lada sulah. Gaul seketika dan siap.

5. AYAM PANGGANG ISTIMEWA
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (belah 4)
125ml minyak sayuran
500ml santan
2 batang serai (ketuk)
2 helai daun limau purut
2 helai daun pandan (simpul)
55g gula melaka (parut)
125ml air asam
Krim santan kotak juga diperlukan

Bahan-bahan (dikisar)

30 biji cili kering (rendam dan tos)
20 biji bawang merah
3 ulasbawang putih
1/2 inci halia dan lengkuas
11/2 sudu besarjintan putih
2 sudu besar biji sawi
2 batang serai

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan biar hingga separuh masak.
2. Masukkan santan, serai, daun limau purut dan daun pandan. Reneh hingga 30 minit atau hingga ayam lembut. Dan masukkan gula melaka, air asam jawa dan garam.
3. Keluarkan ayam dan letak dalam loyang untuk dibakar. Kuah tadi biarkan pekat dan campurkan santan kotak. Sapukan kuah tadi keatas ayam dan bakar selama 15 minit dengan suhu 180c.


6. AYAM GORENG BERGAJUS
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
Bahan-Bahan
400g isi ayam (potong dadu)
6 biji cili kering (rendam dan potong kecil-kecil)
200g kacang gajus
2 sudu makan minyak bijan
4 ulas bawang putih (cincang)
1/2 labu bawang besar (potong dadu)
55g nenas (potong dadu)
1 biji capsicum hijau (potong dadu)
2 batang saleri (hiris kasar)
250 ml sos tomato
6 sudu besar sos cili
2 sudu kecil kicap cair
Gula
Garam

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan goreng cili kering dan kacang gajus hingga perang. Ketepikan.
2. Tambah minyak bijan dan tumis bawang putih hingga wangi.
3. Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak. Masukkan nenas, capsicum dan batang saleri. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap cair, gula dan garam.
4. Akhir sekali masuk cili kering dan kacang gajus. Gaul dan hidang.


7. AYAM KUNG PAO

10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
Bahan-Bahan
4 keping isi ayam (potong dadu)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu tepung jagung untuk perapan dan 2 untuk pekat kuah
6 sudu minyak masak
8 biji cili kering (buang biji, potong dua)
4 ulas bawang putih (cincang halus)
2 batang saleri (potong dadu)
1 biji capsicum merah (potong dadu)
55g rebung dalam tin (potong dadu)
20 biji kacang gajus (disangai)
Daun bawang (hiris)
Garam
Gula

Bahan-Bahan (sos)

4 sudu besar cuka Balsamic
2 sudu besar serbuk stock ayam
2 sudu besar sos Hoisin
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar sos bawang putih pedas

Cara penyediaan:

1. Perap isi ayam dengan sos tiam,dan tepung jagung selama 15 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng cili kering selama 1 minit. Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga masak. Ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, saleri, redung dan capsicum.
4. Kemudianmasukkan semua sos tadi dan renehkan. Masukkan bersama ayam dan biar pekat. Masukkan gajus dan daun bawang. Gaul hingga sebati dan hidang


8. AYAM SOS HITAM MANIS
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong 12)
1 sudu kecil kunyit
85g kismis hitam
85ml kicap pekat
250ml air asam jawa
2 helai daun pandan (simpul)
280g nenas potong dadu
Sedikit daun ketumbar (cincang)
Garam
Gula

Bahan-Bahan (kisar)

15 biji cili kering (rendam hingga lembut)
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara penyediaan:

1. Gaul ayam dengan garam kunyit dan goreng hingga garing. Ketepikan
2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan kismis hingga wangi. 
3. Masukkan kicap pekat, air asam jawa, guladan daun pandan. Perisakan dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan ayam dan nenas. Kacau dan perisakan dengan garam dan gula. Taburkan daun ketumbar. Sedia untuk hidang


9. AYAM GORENG JAWA
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong 14)
375ml santan
4 sudu besar air asam jawa
55g tepung beras
Garam

Bahan-bahan (dikisar)

4 cili merah (dibuang biji)
2 sudu teh biji ketumbar
2 biji buah keras
12 biji bawang merah
1 batang serai
1 inci lengkuas dan kunyit
1 sudu kecil gula melaka

Cara penyediaan:

1. Satukan ayam,santan,air asam jawa,garam dan bahankisar dalam periuk. Didihkan dengan api perlahan hingga ayam empuk. Tutup api dan biarkan ayam tadi diperap selama 4 jam dalam peti sejuk.
2. Keluarkan ayam dan salut ayam dengan tepung beras. 
3. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi hingga garing keemasan. Hidangkan ayam tadi dengan baki kuah tadi.

10. AYAM KARI HIJAU THAI
10 Resepi Ayam Berbuka Puasa 
Bahan-Bahan
300 g isi ayam (potong dadu)
4 sudu makanpeskari hujai thai
500ml santan
4 biji terung thai (belah 4)
20 biji terung pipit
2 susdu besar sos ikan
2 helai daun limau purut
2 biji cili hijau (buang biji dan hiris halus)
20 helai Daun selasih manis thai
Gula

Rempah biji (disangai)

1/2 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil biji ketumbar

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis pes kari hijau dan rempah biji tadi hingga naik bau.
2. Masukkan santan dan biarkan reneh dalam api sederhana. Masuk ayam dan terung thai/pipit dan biarkan mendidih.
3. Selepas 10 minit, masukkan sos thai, gula, daun limau purut, cili hijau.
4. Akhir sekali perasakan dan tabur daun selasih.