CORETAN SUKA DUKA AIDILFITRI 2018 | Assalamulaikum dan selamat hari Sabtu.. Sedar tak sedar dah masuk 23 Syawal hari tapi sebabnya masih lagi dalam bulan Syawal Liez nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf silap dan salah jika ada terkasar bahasa dan perbuatan.
|
CORETAN SUKA DUKA AIDILFITRI 2018 |
Syawal tahun ini turn #teamrayakl dan #teamrayabirutua hihihi~ Alhamdulillah rezeki Ramadhan dan Syawal buat anak-anak. Macam tahun-tahun sebelumnya, Liez akan ambil tempahan biskut raya. Actually bisnes biskut raya ni adalah bisnes Liez dan emak tapi dah dua tahun Liez buat bersendirian. Sebabnya tangan mak Liez sakit dan memang tak mampu nak buat. So Liez takeover dan alhamdulillah tempahan ada dari pelanggan tetap dan dari sahabat-sahabat serta family members. Walaupun dugaan kali ini datangnya dari anak teruna Liez tu tapi Liez berjaya habiskan semua tempahan 3 hari sebelum hari raya. Kalau tidak, malam raya pun kami tak tido tau!!
Raya kali ini baju raya untuk En. Dearie ditempah di BAK Gombak dan Liez serta Qaseh ditempah dengan wife cousin Liez. Dah dua tahun Liez tempah baju raya dengan dia dan Liez sangat -sangat berpuas hati. Walaupun ukuran baju diambil dari ukuran badan tahun lepas tau. Kira superb lah. Nanti Liez share IG dan FB dia untuk korang yang nak tempah baju ye.. Baju Niyaz pulak memang Liez beli je di JAKEL. Kali ni Liez belikan baju melayu kurta YusufIskandar. Suka sangat Liez dengan rekaan dan yang penting material dia sangat senjuk. Kira sesuai la dengan anak-anak kita yang senang berpeluh dan lasak. Baju-baju basahan untuk hari-hari raya pula Liez sempat beli di SOGO dan AEON Wangsa Maju. Kira senang bila belai baju anak-anak sebab dah list down dalam kepala baju apa nak dibeli.
|
CORETAN SUKA DUKA AIDILFITRI 2018 |
Ok, habis pasal persiapan baju raya. Untuk juadah hari raya En Dearie requested nak makan Ayam Kuzi...ehhhh~ ini resepi Liez tengok dari Buku masakan Chef Wan tau! Memang sedap walaupun bahan-bahan yang digunakan agak banyak tapi hasilnya SUPERB!! Liez dah cuba banyak resepi Chef Wan dan Liez berani jamin yang semua resepi masakan Chef Wan terbaik...
Nak cuba resepi Ayam Kuzi tak? >>> Resepi Ayam Kuzi Chef Wan terbaik !!
Raya di KL macam biasa lah, kami akan lepak seharian di rumah Tok Liez. Waktu macam ni memang Liez suka sangat sebab ramai ahli keluarga lain akan berkumpul, maaf bermaafan, gelak tawa dan lagi penting makannnnnn hihihi.. Liez auka momen yang macam ni walaupun sebenarnya Liez adalah sejenis tak suka bergaul (suka bersendirian) tapi kalau dengan family memang Liez suka sangat. Petang hari raya Liez sekeluarga bergerak balik ke Ipoh (family En. Dearie). Memang setiap kali raya Aidilfitri kami akan balik Ipoh. Cuma kalau turn raya Ipoh kami akan pulang awal sebelum hari raya.
Dalam kegembiraan beraya kali ini, ALLAH SWT uji kami. Tok Abah Liez semakin uzur dan tidak bermaya. Tidak mahu makan dan minum hingga kami semua sepakat untuk membawanya ke Hospital Tentera Tunku Mizan Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan lanjut. Waktu tu Liez sekeluarga dah berada di Ipoh dan berita Liez dapat tahu dari mak Liez. Sayu tengok gambar Tok Abah yang dipos dalam group WA family. Nak story banyak pun Liez tak tahh nak bagitahu macam mana. Alhamdulillah Tom Abah dah dibenarkan balik. Mak, aunties dan uncles Liez bergilir menjaga Tok Abah Liez sekarang.
Liez mintak sahabat-sahabat yang membaca blog Liez agar mendoakan agar Tok Abah Liez sihat dan kuat kembali.Liez hargai doa-doa.yang kalian berikan dan semoga ALLAH SWT membalas kebaikan semua.
2 Comments
Semoga Tok Abah kak Liez kembali kuat dan sihat seperti biasa. Raya ni bukan happy sebab dapat makan balik tapi lebih kepada happy berziarah dan berkumpul
ReplyDeletelawa baju Liez sedondon anak. Di doakan Tok Abah kembali sihat
ReplyDelete