MESTI CUBA MENU BARU BLUEBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE DARI DOMINO'S | siapa yang suka makan sesuatu yang manis selepas makan? High 5!! Liez pun suka makan dessert lepas makan something savoury terutama lepas makan ikan. Memang habit Liez. Bila sebut benda manis ni Liez nak korang try menu terbaru dari Domino's yang sedap dan manis iaitu Bluberry cheesecake lava cake.
Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
“Rakyat Malaysia
rata-rata meminati manisan pencuci mulut. Hasil kajian kami menunjukkan lebih 10% daripada jumlah jualan
adalah termasuk manisan! Dengan pelancaran manisan baharu ini, kami menjangka
angka tersebut akan meningkat lebih tinggi. Tawaran manisan terbaru kami ini
juga akan menambah kelebihan daya saingan kami dalam pasaran dan menyokong
usaha kami untuk menembusi bahagian pasaran yang lebih besar. Kami teruja untuk
merangkumkan kek ini dalam menu tetap kami dan kami gembira menjadi Restoran
Perkhidmatan Segera (QSR) yang pertama menawarkan Blueberry Cheesecake Lava
Cake. Kedudukan kami sebagai syarikat piza tidak menghadkan kreativiti kami
kepada piza atau sajian utama sahaja dan kami harap pelanggan kami akan seronok
menikmatinya, terutama sekali pada musim Raya. Menyusuli kejayaan manisan kami,
khususnya Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake yang
menjadi kegemaran ramai, hari ini kami mempersembahkan satu lagi manisan yang
lazat untuk pilihan pelanggan kami.”
Linda Hassan, Pengurus Besar,
Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
“Seperti piza kami,
manisan pencuci mulut kami dicipta dengan penuh kasih sayang dan ketelitian,
kesungguhan dan keprihatinan. Kami komited untuk menawarkan makanan dan
perkhidmatan berkualiti, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbaik dan
bermutu untuk manisan ini, termasuk keju krim yang lazat dari New Zealand dan
beri biru dari Perancis. Bahan-bahan bermutu tinggi ini menambah kelazatan kek
lava kami. Satu lagi cabaran dalam menyediakan kek ini ialah cara untuk
mengekalkan imbangan teksturnya.”
Blueberry cheesecake lava cake Domino's ini dihasilkan dengan penuh penelitian untuk memastikan tekstur kek lava ini dibakar dan fokus penting pada leburan ditengah kek ini agar mengalir sempurna. Bagi Liez yang sukakan sesuatu yang lembut dan manis, Blueberry cheesecake lave cake ini adalah pilihan tepat dan yang penting sedap. Dengan rasa masam dari buah blueberry dan cheese memang sangat menepati selera.
Selain Blueberry cheesecake lava cake, korang boleh juga mencuba Chocolate Lava cake adan Peanut butter Lava cake dengan harga RM7.10/satu. Kalau nak lebih berbaloi korang boleh dapatkan dengan pembelian set Buddy Combo atau set Super Combo
Buddy Combo @ RM 42.90 (GST zero)
1 x regular pizza
1 x Garlic Twisted Bread
1 x Blueberry cheesecake lava cake
1 x stuffed cheddar bites
2 x can soft drink
ATAU
Super Combo @ RM 59.50 (GST zero)
2 x regular pizza
1 x Garlic Twisted Bread
1 x Blueberry cheesecake lava cake
1 x Chocolate lava cake OR Peanut butter chocolate lava cake
1 x 1.5L soft drink
Korang jangan lepaskan pelaung untuk dapatkan combo tebaik dari Domino's di semua outlet berhampiran atau boleh je tempah secara online di www.dominos.com.my atau hubungi 1300-888-333.
1 Comments
yeahhh..mmg sedap dan terasa blueberry tu...
ReplyDelete