TOK ABAH SENTIASA DI HATI | masih Liez berbelah bahagi untuk menitipkan coretan perginya Tok Abah yang Liez sayangi. Sempena hari Pahlawan ini, Liez titipkan juga tulisan ini semoga menjadi kenangan. Tok Abah Liez telah menghembuskan nafas terakhir pada 23 Julai yang lalu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pemergian Tok Abah sangat memberi kesan pada kami sekeluarga. Tok Abah adalah bapa kepada mak Liez. Dan kami sangat rapat dengan keluarga mak berbanding keluarga ayah. Banyak masa kami habiskan bersama. Liez masih ingat lagi kenangan diwaktu Liez masih kanak-kanak lagi banyak menghabiskan masa dengan keluarga mak. Saat Liez membaca Whatsapp dari mak Liez dalam group keluarga sudah mengalir air mata ini. Sedih yang teramat dan tak dapat nak Liez rungkaikan kerana Liez tidak berada dengan Tok Abah disaat akhir nyawanya. Tapi Liez bersyukur Allah SWT telah mentakdirkan Liez dapat bersama Tok Abah dan mencium dahi Tok Abah sehari sebelumnya. Sudah lama Tok Abah terlantar sakit. Sakit pedih derita tidak terungkap hanya arwah dan Allah SWT yang tahu. Melihat keadaan Tok Abah yang makin uzur dan tidak berdaya dari hari ke hari meruntun hati Liez. Akhirnya pergi mengadap Sang Pencipta dihari yang mulia hari isnin.. Berehatlah Tok Abah. Kami anak cucu cicit akan mendoakan Tok Abah. Tok Abah akan tetap dalam doa dan ingatan kami selalu. Sesungguhnya kami sangat merinduimu..
2 Comments
al fathihah tuk tok abah.... smg ditempatkan dikalangan hambaNya yang bertaqwa... amin
ReplyDeleteAl Fatihah buat abah, walau redha tapi terkadang terfikir kenapa I tak tunggu. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
ReplyDelete