6 CARA RAWAT KAKI KEJANG KETIKA HAMIL


PUNCA KAKI KEJANG DAN CARA RAWATAN MUDAH | hi korang. Apa aktiviti korang dikala cuti panjang ni? Liez pula menghadiri jemputan majlis perkahwinan 2 hari berturut-turut. Satu hari sampai 2 majlis kena hadirin. Nak tak nak kena juga pergi sebab kawan-kawan dan saudara mara sendiri. Makanya, berjalan non-stoplah kita kehulu kehilir. Bila balik rumah mula sakit kaki atau kejang kaki.

Sebut pasal kejang kaki, teringat masa mengandungkan Qaseh dan Niyaz. Mesti kena kejang kaki setiap malam. Banyak lagi tanda pregnant yang kita boleh perhatikan selain kaki kejang, cuba cek di blog IBUSYURGA untuk senarai penuh. Selalunya Liez akan alami masa mengandung 28 minggu ke atas. Sengsara babe!! Hampir tiap malam meraung tengah malam panggil En. Suami bangun tolong urutkan kaki. Sakit yang tak boleh nak cakap even Liez sampai terfikir kalau terus lumpuh macam mana lah kan. Kalau korang perasan, kejang kaki selalunya berlaku waktu kita tidur atau lepas korang bangun pagi. Betulkan?? 


PUNCA  KEKEJANGAN KAKI BERLAKU

  • terdedah pada suhu rendah - terlampau sejuk
  • peredaran darah terganggu
  • penyakit tiroid
  • dehidrasi
  • masalah buah pinggang
  • kekurangan kalsium
  • kehamilan
  • kekurangan magnesium
  • kekurangan Potassium
  • banyak melakukan aktiviti lasak
Credit: https://www.quora.com
KAEDAH KURANGKAN SIMPTON KEJANG OTOT
  1. lebihkan magnesium dalam diet harian korang seperti lebihkan kekacang, pisang,ikan salmon dan buah epal. Atau sapukan minyak Magnesium pada kaki sebelum masuk tidur. Selain itu boleh cuba rebus air dengan serpihan magnesium dan bila dah sejuk sapukan pada kaki.
  2. ketika tidur atau berehat, letakkan kaki dalam kedudukan tinggi dari paras dada.
  3. berjalan juga boleh bantu masalah kejang kaki. Ia antara satu cara melegakan otot-otot di kaki.
  4. lebihan pengambilan air. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  5. rendam kaki dalam air campuran epsom salt. Ini antara cara ahli sukan atauolahraga mengurangkan kejang otot atau merehatkan otot. Kalau korang boleh tengok, selepas sesuatu sukan tamatpara ahlinya akan berendam didalam air suam yang mengandungi epsom salt.
  6. berurut atau akupuntur. Dua teknik popular digunakan bila seseorang mengalami kejang otot.
  7. lakukan regangan otot sebelum memulakan senaman/aktiviti lasak. Banyak yang lupa melakukan regangan bilanak mula jogging, bersenam dan sebagainya.
Credit:https://www.wikihow.com
Sebenarnya masalah kaki kejang boleh dielakkan jika korang ikut tips-tips diatas. Jaga pemakanan dan minum air dengan secukupnya boleh mengelak dari korang mengalami kejang otot itu. Tapi jika masih lagi berlaku kekejangan:
  • cuba bangun nak bergerak perlahan-lahan untuk membantu peredaran darah 
  • gosok otot kaki beberapa minit
  • duduk atas lantai dengan kaki melunjur selama yang boleh sambil menggerakkan pergelakan kaki secara membulat. Gosok perlahan-lahan bahagian otot yang kejang
Mudah je caranya kan??~ sebelum ni Liez tahu kalau kaki kejang time tidur waktu hamil disebabkan kurang Kalsium atau baby dalam perut dah serap kalsium kita, wallhualam betul ke tidak. Bila dah tahu punca, setiap malam sebelum tidur mesti mintak En. Suami sapukan minyak panas pada betis dan peha. Kalau musim hujan, kena pakai stokin je. Alhamdulillah kurang kena kejang otot.

Harap info ini dapat bantu korang yang sering kena kekejangan otot terutama sekali yang sedang hamil tu.

Post a Comment

20 Comments

  1. Kinah pulak walaupun tak pregnant masih jugak kejang waktu malam. Tambah sekarang ni musim hujan lagi la menjadi-jadi. Sapu minyak pakai stokin berselimut tu je solution kinah. Mungkin kena banyakkan lagi ambil magnesium pasni

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah, rasanya Kak Sue tak pengalaman kejang kaki nie masa pregnant dulu tapi punya la 'mabuk' tahap teruk gila.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. Ana selalu kena dulu masa pregnant. Lepas tu sebelum tido make sure pakai minyak panas then pakai stokin. Alhamdulillah berkesan.

    ReplyDelete
  4. memang dulu kalau pregnant cepat betul kejang kaki..tiap malam kena sapu minyak panas sampai la bersalin baru ok

    ReplyDelete
  5. Jarang kejang kaki.. Biasa kebas2 skit je tapi tak selalu lah...cara2 akk ni blh la guna nanti..so kalau nk elak kena rajin n bykkn berjalan dan minum air masak kan..

    ReplyDelete
  6. wah tips yang berguna nih. yang tak mengandung pon bole guna tips nih kan kak. hehehe

    ReplyDelete
  7. waa sharing yang bagus nii, eloklah dijadikan rujukan buat preggie mommies out there yg selalu kena kejang tu kn. dulu masa pregnant pernah jugak kena sesekali tp kejap2 je alhamdulillah. masa kejang tu adoii digaan sungguh hehe.

    ReplyDelete
  8. glad you sharing this, last time I don't know of it. I have also kaki kejang during pregnant especially during sleep time.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian Liez..SA sejak umur dh meningkat ni rajin gak kaki kejang...itupun sebab pakai heels lama kat opis...boleh guna guna tips yg liez share ni

    ReplyDelete
  10. Kaki kejang sakit oooo , tapi time pregnant dulu tak pernah kena .. lepas bersalin kena hehe ..

    ReplyDelete
  11. Saya selalu jgk hadapi masalaj kjg kaki ni kak. Sakit die masyalh. Bagus tips ni. Nk kene start amakan dgn diet tu dulu

    ReplyDelete
  12. AM mmg teruk krem kaki masa time pregnant dulu.. mmg sakit yg teramat.. kadang2 tgh malam time tido.. pastu AM tido naikkan kaki hala ke dinding.. susun bantal tinggi bawah kaki n banyakkan minum susu.. alhamdulillah, dah kurang skit krem..

    ReplyDelete
  13. Bagus tips ni. Sis masa ngandung dulu mmg selalu kaki kejang, terutama masa tido. Boleh nangis di buatnya..terkial kial lah nak betulkan kejang tu.

    ReplyDelete
  14. Thanks Liez untuk tips ni. Actually akak pun selalu je cramp sejak baik dari slipped dics ni. So info ni sangat membantu

    ReplyDelete
  15. amni pernah kena kejang time 3rd trimester.sakit gila hahaha.cik suami jadi mangsa la utk urut kaki amni.

    ReplyDelete
  16. Ngeri pulak baca bila tahu yang kekejangan kaki ni ada kene mengena dengan masalah buah pinggang. Minta dijauhkan sebab kerap juga kejang kaki huhuhu. Tapi sekarang dah kurang bila doktoe nasihatkan kurangkan minuman bergas kikiki

    ReplyDelete
  17. Sebagai lelaki tak salah nak tahu hal-hal macam ni kan. Bila ada isteri hamil nanti sekurangnya ada pengetahuan. Hehe

    ReplyDelete
  18. Tips ni bagus lah. Yang bukan mengandung pun boleh pakai tips ni untuk elak kaki kejang. Selalu kaki saya cramp.

    ReplyDelete
  19. Selalu juga kita minum susu untuk elakkan kaki kejang sebab kalsium dalam badan tak cukup. Itu pun kadang kadang masih kejang lagi

    ReplyDelete
  20. Terima kasih atas tips yang di berikan ini. Insyaallah mama akan amalkan jika hamil anak seterusnya

    ReplyDelete