SELEKSI HERBA DAN REMPAH McCORMICK KINI BERWAJAH BARU !! | Assalamualaikum semua. Ramai tahu tentang produk herba dan rempah McCormick ni. Bagi yang rajin ke pasaraya dan ke seksyen rempah ratus mesti akan jumpa botol-botol kecil comel jenama McCormick ni. Liez antara yang suka beli herba dari jenama ini.

Terbaru, McCormick akan mempersembahkan seleksi herba dan rempah dengan wajah baru yang dengan menyuntik elemen segar untuk setiap produk yang dikeluarkan dengan pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya.
Dengan logo yang dikemaskini dengan penggunaan warna hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk memudahkan pengguna untuk mencari rempah, herba atau perasa yang dikehendaki. 
Inspirasi juga diperlukan ketika memasak? Jadi dengan McCormick baru ini ia disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang cara penggunaan produk McCormick, samada untuk ditaburkan diatas makanan,digandingkan dengan satu lagi produk McCormick atau ditambah didalam hidangan.
Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif  McCormick, “Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, Mc Cormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.”
Banyak produk McCormick sudah berwajah baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web www.mccormick.com.